Mat Razi Mat Ail Calon BN DUN N01 Pengkalan Kubor


Mat Razi Mat Ail Calon BN DUN N01 Pengkalan Kubor. Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Tumpat, Mat Razi Mat Ail, dipilih sebagai wakil BN dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor. Beliau popular dengan panggilan Ayah Aji dalam kalangan anak-anak murid di sekolah Pondok Simpangan.

                               
Calon Barisan Nasional (BN)
Ustaz Mat Razi Mat Ail

Mat Razi 49, adalah anak tempatan dan juga merupakan Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tumpat. 

Beliau juga merupakan pengasas pondok dan menjadi kebanggaan di kalangan penduduk tempatan dan anak murid kerana kemampuannya mengajar ilmu agama dan mengaji Al-Quran.


Mat Razi Mat Ail (BN), Wan Risdi Wan Wan Ibrahim (PAS), Izat Bukhary (PKR)
PRK DUN Pengkalan Kubor Pada 25 September 2014
 
Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada Barisan Nasional (BN) akibat kanser hati pada 20 Ogos yang lepas.

Pilihanraya kecil pada kali ini adalah pertandingan melibatkan tiga penjuru. Mat Razi akan ditentang oleh Calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan Calon Bebas, Izat Bukhary daripada PKR.


Mat Razi Mat Ail (BN), Wan Rosdi Wan Ibrahim (PAS), Izat Bukhary (BEBAS)
Calon PRK DUN Pengkalan Kubor

Proses penamaan calon telah diadakan pada pukul 10 pagi iaitu  13 September 2014 di Dewan Bilik Gerakan Pejabat Tanah Dan Jajahan Tumpat dan proses mengundi akan diadakan pada 25 September ini.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Mat Razi Mat Ail Calon BN DUN N01 Pengkalan Kubor"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top