Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah Popular Di Ampang


Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah Popular Di Ampang. Setiap hari kita perlu makan untuk mrngekalkan kesihatan diri selain daripada kebersihan. Untuk mengekalkan tenaga seharian bekerja, kita perlu makan tiga kali sehari. Nasi kukus sesuai di makan pada waktu tengahari, petang atau malam.

                             
Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah Popular Di Ampang
Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah

Tempat Makan Yang Sesuai


                                
Oh Azizah Cafe, Food Court Taman Kosas
Bubur Nasi Ayam
                           
Bila ingin makan, sudah tentu kita perlu mencari tempat yang sesuai untuk dimakan. Apa kata saya syorkan anda makan di Food Court Taman Kosas, Ampang, Selangor. Tuan punya kedai ini adalah kakak saya yang sulong. Namanya Azizah Salleh, sudah 10 tahun menetap di Ampang, Selangor. Masakannya memang sedap, lazat dan menyelerakan. Bakat yang ada pada kakak saya terselah. Ia diwarisi daripada ibu saya.



Oh Azizah Food Court
Tuan Punya Kedai Oh Azizah Kanan Sekali Bersama Tegar dan Puan Aniza

Paling teruja bila seorang Artis dari Indonesia berkunjung di gerainya. Sempat juga ia berselfie bersama Tegar, seorang penyanyi kanak-kanak dari Indonesi yang top lagu "Aku Yang Dulu Bukanlah Sekarang".
                                 



Tempat Strategik, tumpuan ramai, ramai pengunjung
Lokasi Food Court Taman Kosas

Ia terletak di lokasi yang strategik, iaitu jalan menuju ke Flat Taman Kosas atau Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor ataupun jalan nak ke Ampang Water Front tapi sebelum lampu isyarat ke Giant Spectrum, Bandar Baru Ampang kita harus ke kiri selepas saja terlihat Station Minyak Caltex. Masuk simpang kiri itu akan berjumpa dengan sebuah Medan Selera atau Food Court yang agak terlindung.
                                
Nasi Kukus, masakan panas, mee goreng, nasi kerabu, mee kari
Lauk-Pauk Di Kedai Oh Azizah

Kalau anda sudah biasa ke sini, anda pernah singgah atau makan, pasti akan berjumpa dengan tempat ini. Sebenarnya tidaklah susah sangat nak cari di sini. Lainlah jika orang luar daripada Selangor atau Kuala Lumpur.

Makanan Berkhasiat


                           
Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Popular
Ayam Goreng Berempah Oh Azizah

Untuk makan kita memerlukan makanan yang berkhasiat dan menyelerakan. Oleh itu kita perlu makan untuk memberi tenaga sebagai penambah tenaga untuk bekerja di sepanjang hari. 

Apa kata bila tiba waktu malam kita juga kena makan untuk mengantikan tenaga yang dihabiskan semasa bekerja. Waktu yang terbaik adalah pada pukul tujuh lebih.

                             
Pelbagai masakan terdapat di kedai Oh Azizah
Laksa Penang, Laksa Kelantan, Laksam, Mee Kari Turut Dijual

Anda perlu mencuba masakan yang ada di Food Court Taman Kosas iaitu "Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah", salah satu gerai yang menarik perhatian anda bila berkunjung di situ. 


Banana Cheese, Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah
Kredit: MahaMahu - Food Court@Taman Kosas

Jika anda terbaca kisah "Banana Cheese" di blog MahaMahu, sudah semestinya di Food Court inilah, tetapi yang Gerai Oh Azizah adalah bersebelahan kedai jual banana cheese tadi.

                             
Tongkat Ali Cafe, Pearl Cafe
Menu Minuman Yang Disediakan

Bukan setakat nasi kukus saja mereka jual. Pelbagai masakan lagi yang ada di situ. Menu dan harganya agak sederhana, sesuai untuk seisi keluarga.

                             
senarai menu, menu pilihan, menu makanan
Menu Di Kedai Oh Azizah
Boleh dikatakan setiap malam ramai pengunjung/pelanggan yang singgah di Food Court Gerai Oh Azizah. Kebanyakan mereka berpuas hati terhadap makanan yang disediakan. Suasana yang santai, keadaan malam yang sederhana cerah amat berminat oleh pelanggan. Ada layar gergasi di sana, jika ingin menimati juadah sambil menonton filem, sukan, drama daripada ASTRO.


Foot Court, Gerai Oh Azizah, Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah
Suasana Pelanggan Di Waktu Malam

Masakan Lain Di Food Court Oh Azizah

                           
Laksam, Laksa Penang, Laksa Kelantan, mee kari
Laksam Turut Dijual

Bukan setakat nasi kukus ayam goreng berempah, Masakan panas pun ada di situ, nasi kerabu, mee kari, laksa Kelantan, laksam, laksa penang, bubur nasi ayam dan pelbagai lagi masakan yang disediakan untuk pelanggan.

Selamat berkunjung ke Medan Selera atau Food Court Taman Kosas untuk menikmati juadah di sana. Jangan lupa mencuba "Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah" cukup popular di Ampang.

Kalau di waktu pagi dan petang, anda juga boleh beli di cawangannya yang terletak di Medan Bukit Indah berhadapan Kedai Hardware, Bukit Indah, Ampang, Selangor.

Untuk keterangan lebih lanjut atau sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi di:
  • Azizah Salleh (Kak Zah)
  • No Tel: 0102631324
  • Alamat: Food Court Taman kosas, Jalan Kosas, Ampang, Selangor.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah Popular Di Ampang"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top