Nasib Malang Menimpa Calon UPSR


Nasib Malang Menimpa Calon UPSR. Ujian Percapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 menjadi sejarah hitam apabila kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris bocor. Seramai lebih daripada 400,000 calon UPSR telah selesai menjawab, namun telah dibatalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dikatakan soalan Matematik turut bocor juga.


KPM - Kertas Soalan UPSR Bocor,
KPM -  Kertas Soalan UPSR Bocor

Kertas Soalan UPSR Bocor

Calon perlu menduduki semula kertas soalan Sains yang dijadualkan pada 30 September ini dan sementara kertas soalan Bahasa Inggeris akan diberitahu kelak. Pengarah Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr Na'imah Ishak berkata, keputusan itu dibuat setelah kandungan soalan kertas tersebut tersebar meluas dalam media sosial.


Pelajar Calon UPSR 2014, Soalan UPSR Bocor
Pelajar Calon UPSR 2014

Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang terlibat yang membocorkannya. Mereka perlu bertanggungjawab dan akan dikenakan tindakan sekeras-kerasnya kerana ia melibatkan kredibiliti dan integriti Kementerian Pendidikan.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan, sudah banyak kali soalan bocor berlaku, bukan sahaja kertas soalan UPSR, kertas soalan untuk PMR, SPM, STPM pernah berlaku sebelum ini.
 

Tindakan Sengaja Mensabotaj 

Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dukacita ekoran kertas Sains 018, 028, 038 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 10 September 2014 lepas telah disahkan bocor. Beliau memohon maaf kepada calon pelajar dan ibubapa mereka dan berjanji akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya. Semoga dalang yang terbabit akan dihukum sekeras-kerasnya. Beliau juga turut berkata, ia tidak menolak kemungkinan kebocoran kertas peperiksaan UPSR sebagai tindakan sengaja untuk mensabotaj dirinya dan Kementerian Pendidikan.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Nasib Malang Menimpa Calon UPSR"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top