Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna


Google Street View Untuk Kemudahan Pengguna, mencari lokasi di mana saja di seluruh dunia tanpa masalah. Menggunakan aplikasi ini boleh dilakukan di komputer di rumah atau pun melalui telefon pintar anda. Kita boleh pasang aplikasi tersebut di smartphone melalui laman web ini. Ternyata ia memberi satu kepuasan yang maksimun. Anda boleh install sekarang jika mahu di pasang di smartphone. Untuk android dan iOS Apple Store ada disediakan di sini.




Google Street View Aplikasi Terkini

Menggunakan Google Stree View (GSV) adalah aplikasi terkini daripada Google Map. Menerusi laman web Google Map ternyata membuat semua pengguna teruja. Lokasi yang saya cari di sini ialah di bandar Kota Bharu, Kelantan. Saya dapat informasi mengenai aplikasi ini pada bulan lepas. ia begitu menarik perhatian saya.

Google Street View Untuk Kemudahan Pengguna
Google Street View Kota Bharu, Kelantan

Pada pendapat saya, aplikasi ini memudahkan pengguna atau orang ramaiuntuk mencari dan melihat keadaan lokasi di negara ini melalui paparan gambaran sebenar setiap lokasi di seluruh dunia dan Malaysia amnya. Aplikasi ini ternyata mempunyai ciri-ciri fizikal sebenar di sesebuah kawasan, mercu tanda, bangunan, tempat sejarah, jalan-jalan dan pusat pelancongan dan sebagainya.

Paparan foto-foto yang dapat di lihat secara 360 darjah memberi banyak kemudahan dan manfaat kepada orang ramai. Ia merupakan satu perkembangan terkini apabila aplikasi Google Map yang terkenal sebagai satu agen carian lokasi di seluruh Malaysia tanpa masalah. Cuma line internet perlulah laju untuk melihat keseluruhan kawasan tertentu.

Google Street View (GSV) mula diperkenalkan di Malaysia semenjak setahun lalu dan kini Google Malaysia berjaya merakam 90 peratus imej-imej pemandangan di sepanjang jalan raya, lebuhraya, destinasi pelancongan, dan kawasan awam di Semenanjung Malaysia.

Lokasi Terkini

Kita hanya perlu menarik ikon Pegmen yang berwarna kuning ke peta lokasi yang dicari di website Google Maps, kita dapat menerokai lokasi yang dipilih menerusi gambar. Uniknya mengenai GSV ialah kita boleh berjalan dan mengembara di kawasan yang dipilih dengan menekan penunjuk arah menerusi paparan 360 darjah.Kita boleh menggunakan GSV dengan pantas sama ada di laman web atau menerusi aplikasi di smartphone masing-masing.

Setiap gambar lojasi yang dipaparkan menerusi laman web itu tepat dan betul kerana ia diambil secara manual oleh pasukan Operasi Street View, Google Malaysia dengan memandu van dan menunggang motosikal untuk ke kawasana awam manakala kamera galas untuk merakam pemandangan di dalam hutan.

Pihak Google Malaysia sentiasa kemas kini imej lokasi dan data GSV kerana setiap jalan dan tempat-tempat di Malaysia sentiasa berubah. Mereka berjaya merakam 90 peratus imej di kawasan awam di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan proses secara berterusan terutama untuk merakam imej-imej yang terkini.

Google Map telah digunakan oleh penggunadi seluruh dunia, ia meliputi 61 buah negara dan Malaysia salah satu daripadanya. Sehingga kini, Google mempunyai berbillion pengguna yang boleh mengakses GSV di luar negara. 

Kita tidak perlu bimbang privasi di kediaman rumah dan kawasan lokasi anda kerana Google Malaysia mengaburkan wajah manusia, plat kenderaan dan alamat rumah sebagai langkah keselamatan.


Pengguna Boleh Buat Aduan

Google banyak menerima aduan melalui pengguna yang tidak mahu wajah atau imeh kediaman mereka dipaparkan di GSV. Untuk mengadu tentang priviti tersebut jika nombor flat kenderaan atau alamat nombor rumah anda tidak dikaburkan, anda hanya perlu menhantar permintaan dan sebarang aduan dengan mengklik butang "Report a Problem di bawah laman sesawang tersebut.

Anda juga boleh layari Google Street View di laman web www.maps.google.com.my untuk memulakan pengembaraan menerusi aplikasi ini.

Saranan saya gunakan aplikasi ini dengan sebaik mungkin bukannya untuk tujuan yang tidak baik atau ingin membuat sesuatu yang boleh mengancam keselamatan pengguna lain.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top