Salam Maal Hijrah 1436H Bersamaan 2014/2015 Masihi.


Salam Maal Hijrah 1436H Bersamaa 2014/2015 Masihi. Alhamdulillah... syukur kita kepada Allah SWT dengan limpah dan kurniaNYA, maka kita sekali lagi dapat menyambut Salam Maal Hijrah atau sambutan Awal Muharam. Selawat dan salam kita ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. Tema Maal Hijrah pada tahun ini adalah "Perpaduan Nadi Transformasi Negara".


Salam Maal Hijrah, selamat tahun baru Islam, Takwin Hijrah, Kalendar Islam tahun Baru Islam
Salam Maal Hijrah 1436H

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharam adalah hari yang penting bagi umat Islam kerana berlaku satu peristiwa penting dalam sejarah Islam. Ia adalah memperingati penghijrahan Rasulullah dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.

Dikesempatan akhir bulan Zulhijjah 1435H dan awal Muharram 1436H, saya mengucapakan Salam Maal Hijrah 1436H buat semua sanak-saudara, rakan-rakan blogger dan semua umat Islam di seluruh dunia. Maka bertambah lagilah setahun umur kita. Semoga Allah Taala panjangkan usia kita agar dapat beramal denganNYA. Selamat Tinggal 1435H dan Selamat Datang 1436H.

Salam Maal Hijrah 1436H

Kalendar Islam bagi panduan umat Islam adalah Takwin Hijrah atau Takwin Islam. Ia diguna pakai secara meluas di kebanyakan negara Islam bagi menentukan hari kebesaran Islam. Takwin Islam merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan) dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun.

Mula penggunaan Kalendar Tahun hijrah adalah hasil daripada ilham Khalifah Ar-Rasyidin dan disusuli Saidina Umar Al-Khatab r.a. Kalendar Hijrah adalah bersandarkan peristiwa hijrah Rasulullah. Peristiwa itu adalah perintah Allah SWT supaya membuat satu perubahan atau tranformasi perhijrahan dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Satu perjuangan dan pengorbanan yang besar agar kaum Muhajirin dan Kaum Ansar bersatu di bawah satu agama iaitu Islam.

Sehingga ke hari ini, kita dapat saksikan Takwin Hijrah atau Takwin Islam untuk penggunaan umat Islam abgi menentukan hari-hari penting dalam Islam seperti Awal Muharam (Tahun Baru Islam), Awal Ramadhan (Hari Raya Aidiladha), 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha) dan sebagainya.

Peristiwa Penting Dalam Bulan Muharam

  • 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khatab menetapkan bahawa hari pertama bagi setiap tahun untuk tahun baru Islam (kalendar hijrah).
  • 10 Muharam - Dinamakan juga hari "Asyura". Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mengambarkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. 
Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa’ yakni 10 Muharram,  maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat;  dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa’,  maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah,  dan 10, 000 orang mati syahid;  dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa’,  maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat.  Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa’,  maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Akhir kata... Salam Maal Hijrah 1436H Bersamaan 2014/2015 Masihi. Pohon kemaafan, jika ada kesalahan dan kesilapan di sepanjang perkongsian ilmu antara kita. Berazamlah dengan membuat penghijrahan daripada keburukan ke arah kebaikan. Semoga Allah Taala terima perhijrahan kita. Insya Allah.....!

Jangan lupa, kita diseru untuk membaca doa ketika di akhir tahun dan di awal tahun hijrah.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Salam Maal Hijrah 1436H Bersamaan 2014/2015 Masihi."

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top