Adakah Bisnes Online Tanpa Daftar Dianggap Haram? Sekarang ini heboh diperkatakan tentang bisnes online perlu didaftarkan. Ramai respon tentang perkara ini, ada yang menyambut baik dan ada juga yang menentang perlaksanaan ini. Kenapa ada yang menyokong dan ada yang menentang? Baiklah kita huraikan satu persatu kenapa kita perlu mendaftar bagi mengelakkan ia dianggap sebagai haram oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).


Bisnes Online Di media Sosial Perlu Daftar Di SSM


MAHU FREE DOT MY DOMAIN
KLIK DI BAWAH

http://www.freemydomain.my/hop.php?ref=kamil


Adakah Bisnes Online Tanpa Daftar Dianggap Haram?


Bisnes Online Tanpa Daftar Dianggap Haram
Bisnes Online Tanpa Daftar Dianggap Haram


Boleh dikatakan ramai yang sudah berniaga secara online di Facebook, Instagram, blog dan media sosial lain tetapi berapa ramaikah yang sudah mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)? Ini bermakna peniaga dalam talian (online) perlu mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM. Seandainya gagal berbuat demikian, anda dianggap menjalankan urusan bisnes secara haram.

Langkah sedemikian ini diperkenalkan bertujuan untuk memelihara dan melindungi hak pengguna Malaysia daripada dieksploitasi atau ditipu oleh peniaga atau penjual yang tidak bertanggungjawab.

Mengikut Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna 2012, peniaga melalui online wajib untuk memamparkan nama perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan (syarikat), alamat emel, dan nombor telefon di laman web/blog, Facebook, Instagram dan sebagainya.


Peniaga Online Wajib Daftar Di SSM

 
Suruhanjaya Syarikat malaysia (SSM)
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)



Anda boleh berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai satu langkah yang bijak bagi mengelak dikenakan tindakan dan dianggap sebagai haram. Tidak mahu tidak, kita terpaksa mendaftar bagi mengelak dikenakan tindakan. Ini terpulang kepada peniaga itu sendiri. pasti ada sebab-sebab tertentu kerajaan menbuat peraturan ini. Apapun ianya ada pro dan contranya.

 

Pronya

  • Mengelak daripada kena tipu.
  • Kita boleh semak dan siasat tentang siapa yang menjual (bisnes online) menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Risiko terkena tipu oleh penjual adalah rendah.
  • Pembeli akan merasa selesa dan selamat untuk membeli secara online. Ini meningkatkan keyakinan terhadap pengguna.

Contranya

  • Dengan hanya menjual satu atau dua barang nak dikenakan daftar juga di SSM. Ini sudah tentu tidak sepadan dengan bayaran pendaftaran yang kita bayar itu.
  • Peniaga baru terasa takut untuk untuk membuat bisnes online. Ini mengakibatkan peratusan orang-orang Melayu berjaya dalam perniagaan semakin kurang.
  • Ramai yang akan terkena tipu dengan tawaran barangan menerusi urusniaga jualan secara online dan pengguna tidak dapat membuat aduan atau tindakan ke atas penjual tersebut.
Persoalan sekarang Adakah Bisnes Online Tanpa Daftar Dianggap Haram. Apakah hukum haram ini diistilahkan sebagai melanggar undang-undang Malaysia dan bukanya mengikut hukum syarak?  
Maklumat berkaitan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). sila rujuk di bawah:

Menara SSM@Sentral, No. 7 Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral 50623 Kuala Lumpur.
SSM Contact Centre:
Tel: 03-7721 4000
Fax: 03-7721 4001

SSM General Line:
Tel: 03-2299 4400
Fax: 03-2299 4411
E-mel: enquiry@ssm.com.my

Atau

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (ROB)
Tingkat 16, Sunway Putra Place,
100 Jalan Putra,
50622 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4043 0811
Fax: 03-4043 0832

Facebook:  https://www.facebook.com/ssmofficialpage
Twitter: https://twitter.com/ssmofficialpage