Banjir Besar Di Kelantan 2014

Banjir Besar Di Kelantan 2014. Bencana banjir besar di Kelantan semakin mengerunkan dan membimbangkan apabila kira-kira 37,518 orang telah dipindahkan untuk hari ini iaitu pada 25 Disember 2014, berbanding pagi tadi di sekitar 32,731 orang. 


Banjir Besar Di Kelantan 2014
Banjir Besar Di Kelantan 2014


Menurut portal berita kerajaan negeri, ia membabitkan magsa banjir di semua daerah di negeri Kelantan iaitu, Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Kota Bharu, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat. Negeri Kelantan merupakan negeri yang paling teruk dilanda banjir untuk tahun ini.

Untuk lebih lanjut tentang sesuatu portal berita tentang banjir bolehlah layari di eBanjir Portal VI.


Banjir Besar Di Kelantan 2014





Sehingga kini bacaan paras air di Tambatan Di Raja, Tangga Krai, Jambatan Guilmard, Sungai Golok di Rantau Panjang terus meningkat naik lebih daripada paras berbahaya. Paras air di Tambatan Di Raja, Sungai Kelantan telah melimpah ke bandar Kota Bharu. Kali terakhir banjir besar di Kelantan pada 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2004.


Lokasi: Gua Musang

Bahaya lebih besar bakal menanti penduduk di Kelantan apabila sukatan paras air terus meningkat di mana tiga sungai kini melebihi paras bahaya iaitu Sungai Galas 48.65 meter ( paras bahaya 38 meter ), Sungai Lebir 38.13 meter ( paras bahaya 36 meter ) dan Sungai Kelantan di Tangga Krai 34.10 meter ( paras bahaya 25 meter ). Daerah yang paling teruk di landa banjir ialah Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.



Lokasi: Kuala Krai
Lokasi: Kuala Krai

Mangsa Banjir Dipindahkan

Difahamkan jumlah terkini mangsa-mangsa banjir dianggarkan kira-kira 37,518 orang. Jumlah teramai adalah di daerah Tumpat iaitu seramai 8202 orang diikuti Pasir Mas (7287 orang), Gua Musang (7385 orang), Kuala Krai (4864 orang), Kota Bharu (3345 orang), Tanah Merah (3840 orang), Machang (1133 orang), Jeli (1269 orang) dan di ikuti Pasir Puteh (193 orang).


Lokasi: Hospital Raja perempuan Zainab II
Lokasi: Hospital Raja Perempuan Zainab II

Mereka di tempatkan di pusat pemindahan banjir di setiap daerah masing-masing. Semua mangsa banjir telah disedaikan segala kelengkapan pakaian, selimut, bantal, kain, Tuala, Tooto, makanan seperti beras, biskut, Ikan sardin dalam tin, air mineral, gula, minyak masak, susu, kopi, teh uncang dan sebagainya.

Sementara itu, seramai 157 pesakit di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di kota Bharu dipindahkan sebelum air bah mula dimasuki di sesetengah bangunan di hospital berkenaan.


Lokasi: Stadium Sultan Muhammad IV
Lokasi: Stadium Sultan Muhammad IV


Sementara di Stadium Sultan Muhammad IV juga dikelilingi dengan air banjir, sesuatu yang belum terjadi sebelum ini hingga mencecah paras separuh daripada keadaan stadium terbabit.

Dilaporkan bahawa Pasukan Bomba dan Penyelamat, klinik-klinik, hospital kerajaan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah bertungkus-lumus untuk menyediakan segala kemudahan, kelengkapan dan keperluan bagi menjamin keadaan mangsa-mangsa banjir dalam keadaan selamat.

Sehingga ke hari ini empat orang terkorban akibat banjir di Kelantan. Ia suatu yang membimbangkan. Semoga kita sebagai manusia biasa tidak dapat lari daripada berlaku tragedi yang tidak diduga ini. Walau bagaimana pun kita dinasihatkan agar berhati-hati dan ikut arahan daripada pihak berkuasa.

Jika ada apa apa yang berlaku dan jangan teragar-agar melaporkan atau menghubungi pihat berwajib. Musibah ini menjadi satu tragedi yang tidak dapat kita halangnya kecuali dengan izin Allah taala.

Solat hajat dan doa merupakan senjata yang paling terbaik perlu dilakukan oleh semua rakyat Malaysia bagi membantu supaya tragedi banjir ini tidak akan menjadi lebih teruk. Insya Allah....
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
5 Komentar untuk "Banjir Besar Di Kelantan 2014"

Banjir kali ni memang sadis.. ujian dari-Nya kan.. ya Allah, sayunya hati.. moga keadaan bertambah baik dari sebelumnya..

Dari entry ni kita tahu bahwa setiap 10 tahun akan berlaku banjir besar... selepas dari ni Kerajaan Kelantan kena bersedia dengan lebih lagi sebab lagi 10 tahun, akan lebih ramai lagi penduduk yg perlu dipindahkan

banjir yang cukup dahsyat ..
takziah kepad yang menghadapi musibah ini

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top