Mari Berbelanja Di 1MYES 2014. Masih ramai yang tidak tahu apa itu sebenarnya 1MYES. Satu program yang diwujudkan khas untuk jualan akhir tahun di seluruh Malaysia di gedung-gedung terpilih dan dianjurkan oleh Tourism Malaysia. ia dijalankan untuk menarik minat pelancong untuk membeli-belah di Malaysia. Ia sebenarnya bukan untuk pelancong saja, ia meliputi semua orang yang berada di Malaysia.



Mari Berbelanja Di 1MYES, Jualan Akhir Tahun 1 malaysia
1MYES


Mari Berbelanja Di 1MYES 2014


Apa itu 1MYES. Ia adalah istilah daripada bahasa Inggeris iaitu "1 Malaysia Year End Sale" dan kalau diguna pakai istilah bahasa Melayu adalah "Jualan Akhir Tahun 1 Malaysia". Ia telah bermula 14 November lagi dan berakhir pada 4 Januari 2015. Ia kembali lagi pada tahun 2014 dengan menawarkan pelbagai dikaun menarik dengan potongan harga sehingga 90%. Ia membantu meningkatkan perbelanjaan pelancong ke Malaysia dan memberi manfaat kepada peruncit tempatan menghasilkan pendapatan yang lumayan. 


Mari berbelanja di 1MYES
1MYES - Acara Perasmian Yang Lepas


Jualan yang gila-gila, big sale, jualan jumbo, potongan sehingga 90%, hadiah percuma, jualan tidak masuk akal dan sebagainya. Ini sudah tentu menarik pelanggan sehingga mereka terbeliat biji mata melihat tawaran yang amat hebat. Walau bagaimana pun kita seharusnya bijak berbelanja atau berbelanja secara berhemah. Jangan boros ketika berbelanja agar jangan lupa dengan istilah berbelanja ikut keperluan bukannya kemahuan.

Saya sertakan tip-tip ketika membeli-belah di musim 1MYES ini agar tidak boros berbelanja.

  • Tuliskan senarai barangan yang hendak dibeli - Kita boleh senaraikan barangan yang hendak dibelikan itu dan cuba buang senarai mana-mana barangan yang tidak mustahak. Kita perlu beringat selalu pepatah mengatakan berbelanjalah mengikut keperluan bukannya kemahuan.
  • Elak Daripada Menggunakan Kad Kredit -  Semua orang sedia maklum, kad kredit adalah satu kad yang boleh kita membeli sesuatu barangan tanpa perlu kita membawa wang tunai tetapi awas, ia satu langkah yang tidak bijak. Anda sudah pasti akan terperangkap dengan bebanan hutang jika gagal mengawal perbelanjaan.
  •  Kenal pasti barangan yang dibeli betul-betul murah giler - Maklum sajalah... banyak premis perniagan mereka, mereka letakkan tanda harga yang memukau tetapi sebenarnya ia diubah-suai agar nampak murah. Kita digalakkan membuat tawar-menawar agar harga itu lebih murah lagi.
  • Lakukan perbandingan harga - Jangan terburu-buru membeli barangan yang kita berkenan, kalau boleh lakukan perbandingan harga untuk mengelakkan daripada tertipu dengan promosi dan potongan harga yang ditawarkan. 
  •  Membeli-belah di waktu yang sesuai -  Ia boleh dibeli pada awal 1MYES atau di saat-saat akhir program jualan ini berakhir. Ini adalah kerana waktu inilah stok barangan mereka mahu dihabiskan sebelum digantikan dengan barangan baru untuk tahun baru 2015. Mendapatkan barangan di awal promosi kerana barangan ynag dijual oleh mereka masih baru dan banyak pilihan pula tu... 


Jom Mari Berbelanja Di 1MYES dengan tawaran promosi yang hebat, Ia sudah pasti menjimatkan wang anda dengan barangan terpilih dan tawar yang cukup berbaloi dan murah giler. Selamat berbelanja di 1MYES di seluruh Malaysia.