Piala AFF Suzuki 2014: Jadual Perlawanan Akhir Malaysia vs Thailand

Piala AFF Suzuki 2014: Jadual Perlawanan Akhir Malaysia vs Thailand. Malaysia akan bertemu Thailand pada perlawanan akhir. Pada peringkat final pertama, Malaysia akan berkunjung ke Thailand dan pada peringkat perlawanan akhir kedua akan bermain di Malaysia.


Piala AFF Suzuki 2014: Jadual Perlawanan Akhir Malaysia vs Thailand
Piala AFF Suzuki 2014: Thailand vs Malaysia (Akhir)


Piala AFF Suzuki 2014

Jadual Perlawanan Akhir


Akhir Pertama

17 Disember 2014

Thailand (   ) vs (   ) Malaysia

Masa: 8.00 malam.
Tempat: Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand.


Piala AFF Suzuki 2014, AFF Suzuki Cup 2014
Aksi Pemain Malaysia vs Thailand





Akhir Kedua

20 Disember 2014

Malaysia (   ) vs (   ) Thailand
Masa: 8.00 malam.
Tempat: Stadium Nasional, Bukit Jalil, Malaysia.


Piala AFF Suzuki 2014, AFF Suzuki Cup 2014
Pemain Malaysia



Pada peringkat akhir Piala AFF Suzuki 2014 diadakan perlawanan timbul balik. Pada peringkat akhir pertama, Malaysia berkunjung ke Stadium Rajamangala, Bangkok. Harimau Malaya perlu menang jika mahu mendakap Piala Aff Suzuki 2014 kali ini sebagai bekalan untuk dibawa pulang.

Pada peringkat akhir kedua pula,  Malaysia akan menanti kunjungan pasukan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Jika Malaysia berjaya di Thailand pada peringkat akhir pertama, sudah apsti perlawanan akhir kedua akan menjadi lebih mudah. Namun dalam bola sepak apa-apa saja boleh berlaku?

Jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh perlu mengekalkan pemain ketika Malaysia bertemu Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam pada perlawanan peringkat separuh akhir kedua yang lalu. 

Ramai pemimpin dan peminat Harimau Malaya memuji apa yang Dollah Salleh lakukan terhadap anak buahnya dengan merombak secara drastik. Dollah Salleh telah menurunkan pemain berusia seperti Shukor Adam, Mohd Badhri Radzi, Indra Putra Muhayuddin, Amri Yahaya tepat pada masanya. Pemain pengalaman seperi mereka ini tidak mudah luntur semangat dan sentiasa memberi komitmen yang boleh dikira 200% ketika bertemu Vietnam tempoh hari.


Insentif Sebanyak RM100,000 Jika Bergelar Juara


Berdasarkan komitmen pemain Harimau Malaya pada peringkat separuh akhir ketika bertemu Vietnam, sudah tentu FAM akan memberi insentif terhadap pemain yang telah bersungguh-sungguh mengharumkan nama Malaysia dalam bolasepak peringkat ASEAN ini.

Sekiranya pemain bermain dengan bersungguh-sungguh sewaktu bertemu Vietnam tempoh hari, tidak mustahil Malaysia akan berjaya menjadi juara nanti. Kita saksikan nanti adakah Harimau Malaya mengekalkan rentak permainan mereka atau merelakan mereka dikalahkan oleh pemain Thailand? 

Kita perlu akui imbuhan sebanyak RM10,000 akan menjadi pendorong dan semangat pemain akan lebih berkobar-kobar untuk berjaya. Pengorbanan pemain untuk mengharumkan nama Malaysia dalam bolasepak perlu ditawarkan insentif di atas pengorbanan mereka.


Rekod Pertemuan Malaysia vs Thailand Pada Piala AFF Suzuki


Kejohanan: 11 kali.
Malaysia Menang: 2 kali.
Thailand Menang: 6 kali.
Keputusan Seri: 3 kali.
Jumlah Jaringan: MALAYSIA ( 9 gol).
                               THAILAND (16 gol).

Jom sama-sama pakat kita sokong Harimau Malaya beraksi di Piala AFF Suzuki 2014 di Thailand mahu pun di Malaysia pada 17 Disember dan 20 Disember 2014 nanti. Anda boleh saksikan perlawanan tersebut di TV9. Selamat berjuang untuk team Harimau Malaya, kami sokong anda sepenuh jiwa dan raga bagi meningkatkan moral pemainan anda semua.

"Majulah Sukan Untuk Negara"
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
4 Komentar untuk "Piala AFF Suzuki 2014: Jadual Perlawanan Akhir Malaysia vs Thailand"

harap sangat Malaysia dapat cari kelebihan gol di thailand nanti

Itulah yang kita harapkan untuk perlawanan pertama akhir piala aff suzuki 2014.

Harap haraplah Malaysia menang kan? Amin...

cara nak cegah demam

Moga kita menang di kedua-dua vanue. Dapat bawa piala AFF Suzuki 2014 ke Malaysia. Insya Allah..

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top