Piala AFF Suzuki 2014: Keputusan Semasa Malaysia vs Vietnam Separuh Akhir Pertama

Piala AFF Suzuki 2014: Keputusan Semasa Malaysia vs Vietnam Separuh Akhir Pertama. Vietnam selaku juara kumpulan A akan bertandang ke Malaysia untuk menghadapi perlawanan peringkat separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, Selangor pada 7 Disember 2014 jam 8.00/8.45 malam dalam saingan Piala AFF Suzuki 2014.


Piala AFF Suzuki 2014: Malaysia vs Vietnam
Piala AFF Suzuki 2014: Malaysia vs Vietnam


Untuk Dapatkan Income Tanpa Keluar Modal


Piala AFF Suzuki 2014

Malaysia vs Vietnam





KEPUTUSAN SEMASA

Malaysia vs Vietnam Separuh Akhir Pertama

7 Disember 2014

Malaysia ( 1 ) vs ( 2 ) Vietnam
Masa: 8.00/8.45 malam.
Tempat: Stadium Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Penjaring Gol: Safiq Rahim Penalti m-13 (Mas)
Vo Huy Toan m-32 (Vietnam).
Van Quyet Nguyen m-60 (Vietnam).

Vietnam berada di tangga ke-3 di dalam kalangan negara ASEAN berbanding dengan Malaysia yang berada di tangga ke-6, namun bukan bermakna kita tidak boleh mengalahkan mereka (Vietnam). Rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan berpihak kepada pasukan daripada Vietnam. Malaysia hanya menang 2 kali, Vietnam menang 3 kali dan seri sebanyak 2 kali.

Jurulatih Vietnam Toshiya Miura menghormati Malaysia selaku naib juara kumpulan B mengiringi Thailand ke peringkat separuh akhir. Sementara itu Vietnam merupakan pasukan yang menjuarai peringkat kumpulan A. Pada peringkat kumpulan, Vietnam tidak pernah kalah dan mengumpul 7 mata dengan keputusan dua kali menang dan sekali seri.

Jurulatih Malaysia pula Dollah Salleh, sudah ada formula dan strategi tertentu untuk mengekang asakan atau ancaman daripada Vietnam pada kali ini. Malaysia perlu menyekat setiap gerakan yang dilakukan oleh anak buah Toshiya Miura jika mahu menang pada kali ini. 

Malaysia kehilangan dua tonggak utama iaitu Syukor Adan dan Mohd Amri Yahaya setelah mereka telah mengunpul dua kad kuning. Ini sedikit sebanyak merencatkan perancangan Dollah Salleh tetapi beliau sudah ada penganti yang boleh diserapkan ke sebelasan utama untuk menyaingi Vietnam.
 
Selepas perlawanan ini Malaysia dan Vietnam akan bermain pula di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada 11 Disember 2014 nanti. Malaysia perlu menang pada peringkat separuh akhir pertama jika mahu ke peringkat akhir nanti.

Rekod Pertemuan Antara Malaysia vs Vietnam


Untuk lebih lanjut berkaitan rekod pertemuan antara Malaysia vs Vietnam bolehlah lihat jadual atau carta di bawah untuk lebih detail lagi. Malaysia hanya menang dua kali, seri dua kali dan kalah sebanyak tiga kali.


TAHUN
MALAYSIA
VIETNAM
PENJARING
PERINGKAT
1998
0
1
Nguyen Hong Son
Kumpulan
2000
0
0
-
Kumpulan
2000
3
0
Rosdi Talib, Rusdi Suparman (2)
Penentu tempat ke-3/4
2002
1
2
Tran Truong Giang, Nguyen Min Phuong, Indra Putra Mahyuddin (2)
Penentu tempat ke-3/4
2008
3
2
Phan Thanh Luong, Nguyen Vo Phong (2), Indra Putra Mahyuddin (2)
Kumpulan
2010
2
0
Safee Sali (2)
Separuh Akhir Pertama
2010
0
0
-
Separuh Akhir Kedua
2014
?
?
?
Separuh Akhir Pertama
2014
?
?
?
Separuh Akhir Kedua


Entri Berkaitan:


Jadual Piala AFF Suzuki 2014
Piala AFF Suzuki 2014: Singapura vs Malaysia
Piala AFF Suzuki 2014: Jadual Perlawanan Separuh Akhir Pertama
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
3 Komentar untuk "Piala AFF Suzuki 2014: Keputusan Semasa Malaysia vs Vietnam Separuh Akhir Pertama"

Selamat menonton bang kamil! ;)
Malam ni kan? Suami PG da awal-awal set nak tengok online :D

Aduhai... Malaysia kalah 1-2 bertemu Vietnam. Apa boleh buat pemain Malaysia hanya setakat itu aje boleh mereka lakukan.

semoga dapat bangkit pusingan kedua nanti...

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top