Rakyat Malaysia Gila Telefon Pintar. Ketagihan terhadap telefon pintar oleh rakyat Malaysia semakin membimbangkan. Mereka bolehlah dikategorikan sebagai penyakit mental. Ia sudah begitu ketara dengan kecanggihan teknologi terkini terhadap telefon pintar.


Rakyat Malaysia Gila Telefon Pintar, hamba telefon pintar, ketagih telefon pintar
Rakyat Malaysia Gila Telefon Pintar


Rakyat Malaysia Gila Telefon Pintar


Pada masa kini lebih daripada 7 juta pengguna telefon pintar di Malaysia. Ia begitu banyak digunakan di kalangan anak muda. Difahamkan sesetengah mereka begitu ketagih atau gila sehingga mengambil masa sehingga 14 jam sehari dikhususkan untuk melayari internet (online) seperti layari Facebook, website, WhatsApp, WeChat, Telegram, Instagram dan sebagainya.


Rakyat Malaysia Gila Telefon Pintar, ketagih telefon pintar, kegilaan rakyat Malaysia terhadap telefon pintar
Media Sosial Menjadi Ketagihan Rakyat Malaysia


Diantara tanda-tanda ketagihannya adalah seperti berikut:
  • Menggunakan sesuatu telefon terlalu kerap dan waktu yang lama dalam satu masa.
  • Kerap menggunakannya asal saja ada waktu terluang terutama pemainan game, video dan sebagainya.
  • Tidak menghiraukan tentang bersosial di kelayak ramai akibat tidak mahu ketinggalan menggunakannya.
  • Asyik bermain telefon walaupun ketika makan, berehat, bekerja, tidur dan sebagainya.
  • Menjadi kegilaan hingga sanggup menghabiskan wang ringgit semata-mata ingin dapatkan telefon pintar canggih seperti iPhone 6 Plus, Samsung Galaxy Note 4 dll.
  • Berdampingi dengan telefon sepanjang masa, baik di dalam rumah, di luar rumah, di tempat kerja, tandas, di dalam masjid dan sebagainya.
  • Tidak perdulikan orang di sekeliling walaupun bersama ibubapa, jiran tetangga, orang berdekatan dan sebagainya.

Ini semua boleh memudaratkan dari segi kesihatan, daya berfikir, penglihatan, bersosial, berkomunikasi dan banyak lagi. Ia memberi banyak keburukan kepada pengguna yang terlalu lama menggunakannya. Boleh dikatakan bahawa "Rakyat Malaysia Gila Telefon Pintar".


Di antara mudarat yang boleh kita simpulkan:
  • Kanak-kanak akan kurang berinteraksi di alam realiti - Variasi aplikasi dan permainan dalam telefon pintar menyebabkan mereka asyik dengan menekan di skrin telefon mereka. Ini akan mengurangkan mereka bergaul dengan rakan lain di sekeliling. Mereka sudah tentu bersifat individualistik dan terkurung di dunia mereka.
  • Merencatkan daya penglihatan pengguna - Terlalu kerap dengan pendedahan cahaya yang berlebihan di skrin dan ini sedikit sebanyak akan melemahkan daya penglihatan mereka. Kalau kita lihat ramai kanak-kanak kini berkaca mata.
  • Mengganggu kesihatan pada usia muda - Mengakibatkan mereka sering terasa pening kepala, migrain, kerap sakit kepala terutamanya kanak-kanak dan pelajar dan remaja.
  • Minda menjadi semakin lemah - Ia menjejaskan daya berfikir yang cekap dan pantas. Ia mempengaruhi untuk menumpu pelajaran dan sentiasa ingat terhadap telefon pintar mereka di rumah. Ada juga yang sanggup membawa telefon pintar mereka ke sekolah. Mereka akan bosan untuk belajar dan tidak menumpu sepenuhnya terhadap guru yang mengajar. Lebih teruk lagi mereka melayari sesawang yang negatif yang mengandungi lama-lama pronografi, keganasa, seks bebas dan sebagainya.
  • Hilang selera makan - Kebanyakan pengguna telefon pintar tidak menghiraukan terhadap makanan terutama sarapan pagi. Apabila bangun saja daripada tidur terus terkam telefon mereka.
  • Tidak cukup tidur - Mereka sudah tentu kurang tidur sehingga jam 4 pagi masih lagi bergitu asyik mereka gunakan. Ada di kalangan gila telefon pintar tidur bersama telefon mereka dan ada yang terlelap bersama gadget mereka.

Malangnya , tiada kajian yang lebih khusus dilakukan oleh kerajaan, namun kita sudah nampak kesan negatif terhadap rakyat Malaysia yang kian ketara. Sementara itu, kajian telah dijalankan di negara China dan Korea yang menunjukan beberapa kesan tidak baik kepada penduduk mereka di sana dengan penurunan terhadap produktiviti kerja, personaliti dan corak perhubungan antara satu sama lain. 


Perlu Kuat Kuasakan Kod Etika Telefon Pintar


Sebetulnya perlu diadakan satu kod etika terhadap penggunaan telefon pintar ini. Ia perlu dilaksanakan bagi mengelak sindrom ketagih dan rakyat Malaysia gila telefon pintar atau pun gadget terkini dan ia sudah pasti menjejaskan produktiviti mereka.

Kod etika yang boleh dicadangkan terhadap pihak berwajib iaitu pekerja dilarang melayari internet pada waktu bekerja manakala penggunaan telefon pintar perlu dielakkan ketika berlangsungnya mesyuarat di pejabat. Telefon mereka boleh diletakkan di tempat khas yang disediakan oleh majikan. Langkah begini sememangnya bagus bagi mengelakkan daripada terus menjadi kegilaan pengguna terutamanya rakyat Malaysia keseluruhannya.