2015 Disambut Penuh Keinsafan. Tahun baru 2015 telah tiba, kelmarin seluruh rakyat Malaysia menyambut tahun baru dengan penuh keinsafan dengan menyemai benih-benih keimanan dalam diri dengan semangat yang cekal menghadapi gelombang kehidupan yang dihadapi.

                               
2015 Disambut Penuh Keinsafan
2015 Disambut Penuh Keinsafan


2015 Disambut Penuh Keinsafan


Segala bentuk hiburan seperti sambutan ambang tahun baru dibatalkan di seluruh Malaysia yang telah direncanakan sebelum ini sebagai menghormati mangsa yang dilanda banjir besar di Kelantan dan juga pantai timur seperti Terengganu dan Pahang, tragedi yang menimpa pesawat AirAsia Qz8501 dan beberapa tragedi di luar jangkaan sepanjang 2014.

Diantara peristiwa yang tidak dapat dilupakan adalah kehilangan pesawat MH370, tregedi yang menyayat hati sanubari iaitu pesawat MAS MH17 ditembak jatuh di Timur Ukraine dan terbaru pada 28 Disember 2014, Ahad yang lepas.

Pada malam di ambang tahun 2015, lebih daripada 1,500 orang berkunjung ke Karnival Raudhah Nasional FM yang disampaikan oleh dua-beradik. Mereka adalah Ustaz Mohd Kazim (adik) dan Mohd Najimuddin (abang). Ia diadakan di Masjid Putra Jaya.

Sementara itu, saya di sini ingin mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2014", tahun penuh keinsafan. Saya sebagai seorang blogger, sudah pasti ingin menghulur bantuan sebaik mungkin dengan menfokuskan entri atau artikel yang berkualiti dan diminati oleh pengunjung yang mahukan maklumat yang terkini, berita sensasi dan ingin fokus untuk jana duit dengan blog/website, Facebook adds, emel marketing dan banyak lagi.

Harapan saya..... agar Malaysia tercinta ini aman, makmur dan sentosa. Semua kaum dapat hidup dengan selesa dan dapat lakukan aktiviti harian dengan selamat. Semoga tahun baru 2015 memberi kita seluruh rakyat Malaysia dengan suasana aman dan tanpa ada peristiwa yang tragedis berlaku.... Insya Allah..tahun 2015 disambut penuh keinsafan.

Wassalam......!!