Cara Pendekkan Link Entri Atau URL Anda

Cara Pendekkan Link Entri Atau URL Anda dengan cara yang paling mudah dan cepat. Sangat sesuai untuk alamat URL (link) entri yang panjang. Ia akan memudahkan anda untuk di kongsikan di Facebook, Twitter, Instagram atau di mana-mana saja yang anda fikirkan perlu.


Cara Pendekkan Link Entri Atau URL Anda


Ada banyak cara sebenarnya untuk anda perolehi secara percuma. Ianya amat mudah, cepat dan mesra pengguna. Bila mana ia dipendekkan, senang untuk kita kongsikan di media sosial atau di mana. Ia berguna untuk tajuk entri yang panjang. Kadang-kadang rimas juga bila menggunakan link yang panjang berjela. Saya kongsikan 5 tempat untuk anda boleh lakukannya.

 The Power Of The Link


bitly - The power of the link
Bitly


Bitly Inc adalah company yang mengendalikan servis pendekkan untuk link. Ia telah ditubuhkan pada 2008 lagi. Lebih daripada 600 Billion pengguna memendekkan link mereka dalam sebulan. Ini menunjukkan syarikat yang bagus dan dilakukan bila-bila masa, tidak terhad dan mesra pengguna.

Lihat contoh link panjang ini: 
http://www.som2u.cf/kamilsalleh.html dan apabila dipendekkan akan menjadi begini http:bit.ly/1B7aMDZ 


 Generated Short URL


goo.gl - Generated short URL
goo.gl

 
Google URL Shorterner merupakan satu teknik memendekkan URL (Uniform Resource Locator) di World Wide Web (WWW). Ia dikendalikan oleh google.com sendiri. Ia juga amat senang dilakukan, pantas dan mesra pengguna. Ia memberi satu kemudahan bagi pengguna yang ingin pendekkan link mereka agar kelihatan link yang menarik, klik trek yang sempurna dan ringkas.

Contoh link panjang:
http://mobicow.com/referral/publisher?ref=6641 dan apabila dipendekkan menjadi seperti ini:  http://goo.gl/EE2tOh


Making Over A Billion Long URL Usable



TinyURL

TinyURL adalah satu lagi kemudahan servis untuk menjadikan link pendek. Ia ditubuhkan semenjak Januari 2002 lagi. Ia dikendalikan oleh aplikasi secara automatik untuk pendekkan link. Keputusan apabila link dipendekkan menjadi lebih mudah untuk dibaca oleh kebanyakkan browser laman web.



Contoh link panjang: 
http://www.sensasi2020.com/2015/01/malaysia-best-blog-2015.html bila dipendekkan menjadi seperti ini:  http://tinyurl.com/q3ea8dc


More Value For Your Link


Bit.do URL Shortener
Bit.do

Bit.do adalah satu servis teknik untuk menukarkan URL yang panjang (tapak atau alamat halaman) untuk versi yang lebih pendek. Versi pendek URL biasanya lebih jelas dan muidah untuk dikongsikan di laman sosial dan senang diingati. Apabila seseorang mengakses alamat yang telah dipendekkan, pelayar (browser) akan pergi ke URl asal. Ia juga dikenali sebagai URL redirection atau URL redirect.


Contoh link panjang:
http://en.wikipedia.org/wiki/URL_shortening  dan apabila di pendekkan menjadi seperti ini:  http://bit.do/urlwiki


Make Your Link Manageable


Ow.ly


Ow.ly juga adalah servis memendekkan link (URL) yang dikendalikan oleh HootSuite Media Inc. Satu syarikat pengurusan ternama yang diciptakan oleh Ryan Holmes pada tahun 2008 antara muka pengguna. Sistem ini adalah dalam bentuk papan pemuka dan menyokong integrasi rangkaian sosial seperti Twitter, Facebook, Linkedln, Google +, Foursquere, My Space, Wordpress dan TrendSpottr mixi.

"Ukurkan kejayaan anda. pasangkan Ow.ly dengan HootSuite dan mendapatkan analisis yang mendalam dengan setiap link anda semasa berkongsi". Inilah gambaran yang diberikan daripada Ow.ly sebagai kempen mereka".


Contoh link panjang: 
http://www.sensasi2020.com/2015/01/jom-aktifkan-mykad.html dan apabila dipendekkan menjadi begini:  http://ow.ly/IfNLS


Ini saya tutorial saya untuk kali ini "Cara Pendekkan Link Entri Atau URL Anda", semoga ia dapat memberi banyak manfaat kepada anda semua. Jadikan kemudahan ini dengan sebaik-baiknya. Semoga berjumpa lagi di tutorial lain pula....!
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
10 Komentar untuk "Cara Pendekkan Link Entri Atau URL Anda"

banyak rupanya caranya..ohoho..tips yang bagus..:D

bagus abe Kamil buat artikel mcm ni. mmg banyak manfaat ni & sangat membantu.. thanks for sharing

Sama-sama.... apa yang bsik boleh dikongsikan kepada blogger atau pengunjung. Bolehlah pilih yang mana terbaik untuk pendekkan url artikel kita nanti.

Orang macam lu... takkan tak tahu. ho...ho...apapun tetima kasih bro sudi berkunjung ke sini.

ambe lebih suke bitly sebab boleh customize dgn nama url yg kita nak...terbaik bro kamil tips ni!

setujuh dengan mbak Diana, artikel ini sangat membantu saya sebagai Bloger ketika ingin melakukan BW namun dengan URL yang cukup panjang akan merepotkan

thanks

Moga dapat memberi manfaat kepada semua rakan-rakan. Barang yg baik perlu dikongsikan....

Tanpa Nama
delete

http://lynk.my antara penyedia url shortener yang menjana pendapatan para blogger khasnya untuk rakyat malaysia

Thanks, saya sudah pun menggunakan 'Google URL Shorterner' dengan mudah dan berkesan :D

masih ada juga nih klik.. http://bit.ly/29Uot2z

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top