Header Ads

Selamat Tahun Baru 2015, Tahun Penuh Sensasi

Selamat Tahun Baru 2015, Tahun Penuh Sensasi. Tahun 2014 kita akan meninggalkan pergi dan tahun 2015 menjelang tiba kini. Tahun 2014 penuh dengan kehidupan yang penuh suka dan duka. Keazaman yang lalu mungkin terlaksana dan tidak mustahil penuh suram dengan peristiwa yang berlaku.


Selamat tahun baru 2015, Tahun Penuh Sensasi
Selamat Tahun Baru 2015


Selamat Tahun Baru 2015, Tahun Penuh Sensasi


Kini kita berada di tahun 2015. Tahun yang penuh dengan sensasi. Peristiwa di tahun 2014 kita tinggalkan. Namun banyak perkara yang belum terlaksana. Apakah azam kita yang lalu sudah dikecapi atau sekadar azam yang tinggi di permulaan tahun dan semakin kelam di penghujung tahun 2014.

Harapan kita kini sudah pasti ingin mencari kehidupan yang lebih baik daripada tahun lepas. Keazaman yang tinggi mengunung bakal kita tanam dalam hati bagi mencapai hajat yang tidak tertunai pada tahun lalu.

Pasti kita pasang impian untuk mencari rezeki yang berganda untuk menghadapi tahun yang lebih sensasi dengan sejuta rintangan yang terpaksa kita tempuhi di sepanjang tahun 2015 nanti.


Tiada Jalan Mudah Untuk Hidup Senang Di tahun 2015


Tiada jalan mudah untuk hidup senang di tahun 2015 yang penuh mencabar ini. Siapa yang masih berangan tanpa tindakan, sudah pasti ianya menemui kegagalan. Tiada jalan singkat sebenarnya untuk berjaya dan mengecapi kehidupan yang lebih baik. Namun ini semua adalah satu cabaran buat kita semua.

Ingatkan Allah Taala sentiasa, banyakkan berdoa, bersedekah, beramal ke arah kebaikan, sering memberi kepada yang memerlukan, hulurkan bantuan sekadar terdaya dan apa saja hal-hal berkaitan kebaikan mestilah diamalkan dan tinggalkan segala perkara-perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah. Insya Allah.....Allah Taala akan menolong hambanya yang sentiasa berusaha dan tidak mudah berputus asa.


Banyakkan Bersyukur Di Atas Nikmat Yang Allah Berikan


Jangan lupa mengucapkan Alhamdulillah dan bersyukur di atas nikmat yang Allah Taala berikan terutama umur kita yang diberi sekadar pinjaman untuk kehidupan di muka bumi ini. Kehidupan yang singkat ini perlu digunakan sepenuhnya dengan amalan yang baik-baik.

Semoga kehidupan kita, keluarga, sanak-saudara, rakan-rakan dan seluruh umat Islam agar tahun yang memberi sejuta makna di tahun 2015 ini. Saya berdoa agar anda semua kaya dan berjaya, Insya Allah....

Wassalam.....

10 ulasan:

  1. Salam bro...Selamat Tahun baru 2015, moga terus berjaya dan kaya di dunia dan akhirat. Insya Allah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Puan Aniza, saya doakan anda sekeluarga bahagia di dunia dan juga akhirat.

      Padam
  2. Salam

    SELAMAT TAHUN BARU 2015

    Bersama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran bagi seluruh negara dan seluruh dunia. Semoga 2015 ini akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... amin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu bro.... sama2 kita berdoa dan dekatkan diri kepada Allah Yang Esa dan agar negara kita aman sentiasa.

      Padam
  3. Salam 2015. Semoga kita semua dapat mengharungi tahun yang penuh mencabar ini. Perlu lebih banyak persediaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat tahun Baru buat Cik Pinz, moga anda bertambah kesejahteraan bersama keluarga.

      Padam
  4. Balasan
    1. Selamat Tahun baru buat Nadia Johari juga dan keluarga tercinta.

      Padam
  5. Tanpa Nama27.1.15

    Assalamualaikum .
    Cepat sungguh masa berlalu.Sudah nak masuk bulan ke-2 dalam 2015.

    Apa pun Kak Anie nak kenalkan diri dan Kak Anie baru nak bermula dalam dunia blogging..

    Harapan kak Anie dapat teguran dan support dari seniors..

    BalasPadam

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Dikuasakan oleh Blogger.