Johor DT Juara Piala Sumbangsih 2015

Johor DT Juara Piala Sumbangsih 2015 setelah mengalahkan Pahang pada perlawanan malam tadi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor. Boleh dikatakan bahawa Johor DT telah berjaya membalas dendam terhadap Pahang, setelah mereka kalah ketika perlawanan Final Piala Malaysia pada tahun lalu 2014.


Johor DT Juara Piala Sumbangsih 2015


Johor DT Juara Piala Sumbangsih 2015


Johor Darul Takzim (JDT) akhirnya dapat membalas dendam terhadap Pahang ketika mereka beraksi di perlawanan Piala Sumbangsih 2015 dengan keputusan 2-0. Lebih menarik lagi, ia diraih pada aksi pembuka tirai Liga Super Malaysia setelah mereka kemarau 29 tahun menjadi juara Piala Sumbangsih. Kali terakhir mereka merangkul juara pada tahun 1986.

Kemenangan ini sekaligus memperolehi tiga mata penuh untuk skuad Harimau Selatan. Ini adalah petanda bahawa skuad Bojan Hodak akan lebih banyak lagi mereka akan buru kejuaraan pada musim 2015 ini.

Gol kemenangan ini diperolehi menerusi hasil jaringan pemain pertahanan mereka Marcos Antonio pada minit ke-36 dan satu lagi melalui penyerang sensasi mereka Luciano Figueroa pada minit ke-58.

Pada aksi malam tadi, skuad kendali Zainal Abidin Hassan seakan tidak bermaya dan hilang punca dan arah. Mungkin ketiadaan Azzamuddin Akhil sedikit sebanyak merencatkan tumpuan mereka memburu gol. Sementara itu penyerang orang besi mereka Dickson Nwakaeme dan Martias Conti pula seakan dirantai oleh pertahanan Johor DT yang diketuai oleh Marcos Antiono dan Mohd Fadhli Shas.

Kedudukan ini hinggalah kekal ke masa penamat 90 minit, sekaligus menyaksikan skuad Johor DT Juara Piala Sumbangsih 2015 dan yang pertama mereka julang tropi pada musim ini.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
9 Komentar untuk "Johor DT Juara Piala Sumbangsih 2015"

Memang layak jadi juara, line up semua pemain taraf antarabangsa. Nampak macam JDT ambik semua piala ja tahun ni

Saya tak minat sangat tengok bola. Jadi nak ulas lebih lebih pun tak berani. Kalau Malaysia lawan negara lain, mungkin saya boleh beri ulasan yang baik.

Tahniah! kepada Johor. Semoga terus maju ke hadapan.

Ya Johor DT memang layak dan lebih manis dapat balas dendam ketika mereka kalah pada Final Piala Malaysia 2014 lalu.

Kta tidak boleh lihat pada skuad Johor DT saya, piala liga Malaysia akan lebih meriah kerana keempat-empat pemain import dapat diturunkan kesemuanya.

Tahniah buat JDT..hehe

You ought to be a part of a contest for one of the finest websites on the net. I am going to recommend this website! tenda dome great outdoor

Very nice blog post. I absolutely love this website. Thanks! tenda dome great outdoor

http://fbeautyshop.com/elora-beauty-organic/
http://fbeautyshop.com/glubela-fleecy/
http://fbeautyshop.com/nes-v-hwi/
http://fbeautyshop.com/zero-sebum-drying-powder/

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top