Azraai Khor Abdullah Sah Jurulatih Baru Kelantan

Persoalan kes mengenai jurulatih Kelantan akhirnya terjawab. Azraai Khor Abdullah Sah Jurulatih Baru Kelantan untuk mengantikan George Boateng.


                               
Azraai Kor Abdullah Sah Jurulatih Baru Kelantan
Azraai Khor Abdullah
                 

Azraai Khor Abdullah Sah Jurulatih Baru Kelantan



Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengumumkan perlantikan menjadi jurulatih Kelantan yang baru mengantikan jurulatih mereka yang direhatkan sebelum ini akibat kekalahan demi kekalahan skuad Kelantan ketika Liga Super 2015.

Pertukaran jurulatih tersebut adalah yang pertama dalam Liga Super Malaysia tahun ini.

Perlantikan tersebut telah disahkan oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa menerusi akaun media sosial Facebook miliknya.

Ketua jurulatih baru Kelantan ini akan dibantu oleh dua penolong jurulatih yang sedia ada iaitu Zahasmi Ismail, bekas pemain Kelantan ketika era kebangkitan Kelantan sebelum ini dan Sideek Shamsuddin. Pelantikan ini berkuat kuasa serata merta bermula 25 Mac 2015.

Bagaimana Kedudukan George Boateng Sekarang?



Perubahan tersebut bakal menyaksikan Grorge Boateng dilantik menjadi pengarah teknikal skuad yang mendapat jolokan "The Red Warriors" itu.

Goerge Boateng kini bertindak sebagai penasihat, latihan dan pembangunan barisan kejurulatihan bagi menaikkan kembali skuad Kelantan, skuad Presiden di bawah kendali KAFA dalam jangka masa panjang.

Boateng akan dibantu oleh Hashim Mustapha yang turut bertindak sebagai ketua pasukan peninjau dan penyelidikan dan dibantu oleh Nafuzi Zain selain untuk skuad Piala Presiden.

Kini Azraai Khor Abdullah Sah Jurulatih Baru Kelantan. Desas-desus isu ini akhirnya terjawab.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top