Cabaran menulis entri dengan tulisan tangan

Blogger perempuan sekarang macam-macam mereka lakukan untuk menjadikan suasana arena blog menjadi lebih menarik. Terbaru adalah "Cabaran menulis entri dengan tulisan tangan" by sensasi2020". Ini semua idea daripada geng "Grup Mama Blogger Malaysia". Namun begitu kaum lelaki pun boleh sertai juga.Tak salahkan? Janji entri yang ditulis dengan tangan harus disertakan di entri ini.



Cabaran Menulsi Entri Dengan Tulisan Tangan by sensasi2020
Cabaran Menulis Entri Dengan Tulisan Tangan


Cabaran Menulis Entri Dengan Tulisan Tangan


Rasa tercabar juga bila mana masa berbalas komen di Facebook, Suria LekatLekit mempelawa blogger lelaki agar sama-sama menyahut cabaran ini. Untuk memenuhi hasrat grup mereka saya rasa berbesar hati untuk menulis entri menggunakan tulisan tangan atau oghe puteh kato handwritting.






Tulisan comel atau tidak, itu tidak penting. Apa saja kita boleh tulis, tidak terikat pada mana-mana syarat dan peraturan. Ia adalah untuk suka-suka (Just Kidding). Tiada hadiah disediakan dan tiada expire (tarikh tamat) disertakan. Mungkin 365 hari atau lebih dari itu.

Semoga sedikit sebanyak memberi persaingan kepada kaum hawa. Tulisan tidaklah cantik macam bidadari tetapi dapat memenuhi cabaran diberi. Rasanya semua orang boleh bacakan? Kalau tidak boleh baca, alamatnya mata tu sudah semakin nak kabur. Bolehlah pergi ke kedai cermin mata dan buat tempahan.


Tulisan Tangan Mencerminkan Peribadi Seseorang


Betul ke tulisan tangan mencerminkan peribadi seseorang. Itu saya tak pasti tetapi nak tahu lebih lanjut boleh baca di entri "Tulisan Cerminkan Peribadi Kita" karangan blogger terkenal Hasrul Hassan. Di situ diceritankan jenis tulisan, ada yang condong, tegak, mengiring. Kalau tulisan jenis rapat, jarang, bulat, leper semuanya ada huraiannya.

Apapun makna di sebalik tulisan yang penting saya dah penuhi syarat penganjur blog Suria LekatLekit. Semoga apa saja makna di sebalik tulisan tangan atau handwritter, apa yang penting segala catatan kita di atas kertas boleh disalin kembali ke artikel blog anda. 

Ada ramai juga yang buat lakaran isi-si penting artikel blog di atas kertas dahulu. Ini bagi memudahkan menaip setiap ayat yang perlu disambungkan apabila isi kandungan sudah dilakarkan dengan tulisan tangan di atas kertas.

Akhir kata, saya sahut Cabaran menulis entri dengan tulisan tangan. Saya buat inipun sekadar suka-suka, namun begitu ia lebih sekadar memperkenalkan blog sensasi2020 di mana blog wanita. Ini kerana kebanyakan blog saya dijelajahi oleh kaum Adam sahaja. 

Diharap selepas ini ramai awek-awek yang sudi terjah blog saya setelah melihat kepada tulisan saya nanti. Ehhhhh.....perasan pulak.  

Semoga terhibur, apa yang penting kerjasama dan saling bantu-membantu. Insya Allah...!
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
23 Komentar untuk "Cabaran menulis entri dengan tulisan tangan"

Ni idea ni hehehe.

Betul... Dengan tulisan tangan kita blh tahu personaliti dan keperibadian seseorang..

Tak taulah saya, mungkin kot sedikit sebanyak. Kalau tak pun bolehlah buat kesimpulan sendiri kerana apa kelebihan kita, kita sendiri merasainya.

wah tulisan english style... kalau lelaki tulisan macam ni kategori cantik la. Apapun tahniah kerana menjadi blogger lelaki pertama menyahut cabaran ni. Insya Allah nanti ada sau entri yang menyenaraikan peserta2 yg join cabaran ni tapi bukan sekarang.. terima kasih sudi memeriahkan cabaran ni

saya on the way menyahut cabaran ni hehehehe

Saya suka "membaca" orang, sebagai satu ilmu dan panduan dalam kehidupan. dan tulisan tangan adalah salah satu cara untuk "membaca" keperibadian sesorang tu

stylenya tulisan. jarang tulisan lelaki cantik mcm ni. hehe!

Dengan cara melihat peribadi seseorang, kita boleh baca perwatakan dia pula kan?

Sama-sama Suria... saya pun sekadar suka-suka, bagi memeriahkan suasana blogger. Kadang-kadang kita tak tahu nak tulis apa untuk artikel terbaru.Dengan keyword ini, adalah idea sikit nak tulis artikel berkaitan.

Semoga ramai lagi yang turut meriahkannya.

Ya ke cantik, apa maksud di sebalik tulisan saya ini. Condong ke kiri. Nik Khazami boleh buat kesimpulan ke?

tulisan orang kreatif kot... :)

aha...ha... kreatif bab seni tetapi tak kreatif bab jana duit dgn blog. Hrp kepada contest saja tsk cukup.

Tanpa Nama
delete

Memang sensasi .. Tulisannya smart.. Salam perkenalan..dari awek mak 4 anak.. Hehehehe.

lebih kurang... hehehe

daebak bang kamil! :)
tulisan bang kamil macam tulisan komputer da. cantik :)

malula pula kalau aku tulis pakai tangan kat blog. tulisan tak cantik. hahaha.

Cantik juga tulisan tangan abam Kamil ni, boleh dibaca,ada bunga-bunga simpul lagi tuh :)

tulisan saya tak cantik la..

Salam. Hee tulisan kemas dan cantik juga.

Good luck... saya pun dah sahut cabaran ni... update pun guna hp skrg... huhuu... entri en sensasi 2020 nanti laptop keluar saya baca deh.... betul tu tulisan tangan cerminkan peribadi kita...

Ini link untuk terjah blog saya yg biasa jah http://cikash.blogspot.com/2015/03/cabaran-menulis-entri-dengan-tulisan.html

cantik laa tulisan.. bukan semua lelaki dapat menulis dengan tulisan secantik nih.. kat opis ada laa jugak seorang lelaki yang memiliki tulisan yang cantik..

Cantik tulisan abg kamil

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top