Keadaan Kota Bharu Selepas Banjir Besar

Pada malam Jumaat lepas, aku berpeluang pulang ke negeri kelahiran ku Kelantan (Kota Bharu). Keadaan Kota Bharu Selepas Banjir Besar semakin berdebu dengan cuaca yang panas terik. Keadaan lapan bulan lepas sehingga sekarang tidak banyak berubah.


                               
Kota Bharu keadaan berdebu dengan cuaca panas terik
Keadaan Kota Bharu Selepas Banjir Besar


Keadaan Kota Bharu Selepas Banjir Besar


Aku pulang ke Kota Bharu pun kerana ada urusan berkaitan tawaran jualbeli rumah secara sewamilik. Dengan tawaran yang cukup menarik, apa lagi terus berkira-kira mahu ke seminar penerangan dan taklimat di sebuah hotel di Kota Bharu. Tanpa berfikir panjang terus beli tiket di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.


                               
Keadaan Kota Bharu Selepas Banjir Besar
Beginilah Keadaan Lorong Di Sekitar Bandar Kota Bharu


Aku perhatikan keadaan bandar Kota Bharu tidak ubah seperti padang pasir. Keadaan amat berdebu dengan cuaca yang panas terik. Kita boleh lihat kesan selepas Banjir Besar Di Kelantan 2014 iaitu pada bulan Disember tahun lalu.

Ada juga bangunan yang sudah dibaik pulih dan ada juga yang belum dibaiki. Namun bagi aku, ia mengambil masa yang panjang untuk baik pulih seperti sediakala. 

Banjir yang besar adalah musibah dan ia juga adalah ujian Allah Taala terhadap umatnya, agar sentiasa berdoa, bersyukur dan memohon keampunan dan agar sentiasa mengingatinya.


Pulang Ke Kota Bharu Ada Urusan Penting


Kali terakhir aku pulang ke Kota Bharu adalah pada Hari Raya Aidilfitri pada tahun lepas. Pada malam Jumaat 13 Mac 2015 berpeluang pulang ke Kota Bharu.  Ia berkaitan sewa beli rumah dangsn deposit yang rendah dan sewamilik perlu di bayar sekitar RM450.00 hingga RM1250.00.

                               
Keadaan Kota Bharu Selepas Banjir Besar
Sempat Juga Bergambar Bersama Banner Tunjong Properties


Seingat aku, dengan tawaran begitu begitu menarik minat aku untuk memilikinya. Gaji yang diperolehi bolehlah buat bayaran bulanan untuk rumah itu nanti.

Sesi penerangan dan taklimat di adakan di sebuah hotel di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu iaitu di Pacific Lounge, New Pacific Hotel. Perumahaan yang akan di bina di Bandar Tunjong, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan.

Tepat jam 10 am, sampailah aku bersama kakak ipar dan abang ipar. Perasaan hati mana tidak teruja? Selama ini belum pernah miliki rumah sendiri. Dalam hatiku berkata "Alangkah gembiranya jika dapat miliki rumah sendiri, di negeri sendiri pulak tu". 

                             
Di Dewan New Pacific Hotel


Namun bukan rumah yang ditawarkan tetapi adalah kondominium. Memang dari dulu lagi aku minat pada rumah teres setingkat bukannya kondominium. Apa boleh buat, terpaksalah juga dengar taklimat itu. Mana tahu dengan tawaran yang diberi, terbuka hati untuk tinggal di Kondo nanti?

Hati mula rasa tawar, bila mana bos syarikat perumahan itu memberi penerangan semakin menarik. Apa tidaknya, apa yang tercatat di banner tidak sama dengan sesi penerangan. Kalau untuk rumah teres bukan waktu yang terdekat mungkin untuk Fasa 2 dan Fasa 3 akan dibina 10 tahun lagi barangkali.

Katanya pengurus syarikat perumahan sewamilik ini, apabila kita meninggal dunia, si pewaris pula yang wajib bayar selama tempoh 30 tahun. Bagi aku bukan tidak mahu beli tetapi belum cukup wang untuk membelinya. Bagi mereka mungkin tawaran yang diberikan menarik tetapi perlu ada sekurang-kurangnya 10% sebagai wang pendahuluan. Ia disekitar RM25,000,00. Di mana mahu dapat wang sebanyak itu kalau orang seperti kita ini mahu belikannya.

Aku, abang ipar dan kakak ipar keluar dengan perasaan lemah longlai. Kami pun keluar tanpa mengisi borang. Bukan rezeki kami untuk miliki kondominium ini, mungkin sesuai untuk orang lain.


Berada Di Kelantan Negeri Kelahiranku


                               
Berada Di Kelantan Negeri Kelahiranku
Hotel New Pacific


Terasa teruja juga, tinggal di Kelantan selama 2 hari 1 Malam. Selebihnya tinggal dalsm bas express. Dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dengan Bas Perdana Express, bertolak 9 malam. Pukul 4.30 pagi sampai di Terminal Bas, Tesco, Kota Bharu. Kak ipar yang ambil aku di situ.

Tiada banyak masa untuk menziarahi rakan-rakan lama ketika di Kota Bharu. Nak pergi baiki telefon aku yang rosak di kedai handphone rakan pun dia tiada (cuti).

Sempat juga berjalan kaki di bandar Kota Bharu. Melihat keadaan sekitarnya. Mana boleh lupa dengan bandar tempat aku membesar dan bekerja sebelum ini. Banyak kenangan terukir di negeri Kelantan, Tanah Serendah Sekebun Bunga, negeri pemerintahan  Cik Siti Wan Kembang.


Selamat Tinggal Kota Bharu Buat Waktu Ini


                               
Terminal Bas Tesco, Kota Bharu, Kelantan


Pada pagi Ahad 15 Mac 2015 jam 9.30 pagi masa untuk pulang kembali ke Ampang, Selangor. Kak ipar dan abang ipar yang menghantar aku dan anak lelakiku ke stesen bas Terminal Bas Tesco, Kota Bharu.

Masa pulang dari Kota Bharu Ke Kuala Lumpur, aku menaiki Sani Express pula, bertolak sekitar jam 9.40 pagi. Kami sampai 7 petang di TBS, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

Lepas itu kami berdua naik LRT ke Ampang. Kami sampai pukul 8 malam. Rasanya mahu saja tinggal lebih lama di Kota Bharu tetapi apakan daya, kerjaya perlu diteruskan untuk sesuap nasi untuk keluarga.

Moga ada rezeki yang lebih dan dipermudahkan segsla urusan kami sekeluarga. Doa-doa daripada rakan-rakan dan dorongan mereka amat bermakna. Aku ucapkan jutaan terima kasih. Jumpa lagi...!


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
5 Komentar untuk "Keadaan Kota Bharu Selepas Banjir Besar"

Banyak pelajaran yang dipetik. Pengalaman yang menarik dan berharga....

Memang betul tu Rud-Arsenio.... terima kasih buat sohabat sudi berkunjung ke blog saya di sini.

banjir boleh jadi pelajaran akan kebesaran Allah dan selalu ingat akan perintah dan larangan Nya

Yup betul tu bro.... setiap kejadian ada hikmat di sebaliknya. Semoga kita lebih dekat dengan Allah Taala.

Allah menguji umatnya dlm pelbagai bentuk.. ade hikmahnyaa :)

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top