sensasi2020

Menyekat Penyebaran Keganasan, Seksual Di Facebook | sensasi2020 Menyekat Penyebaran Keganasan, Seksual Di Facebook - sensasi2020

Menyekat Penyebaran Keganasan, Seksual Di Facebook

Laman sosial Facebook telah menyatakan bahawa pihaknya akan Menyekat Penyebaran Keganasan, Seksual Di Facebook. Sekatan ini meliputi segala bentuk keganasan seperti video pembunuhan, penyembelihan, seksual seperti foto bogel (pornografi) bagi mengemas kini standart komunitinya di laman jaringan sosial yang mendapat jumlah pengguna sebanyak lebih kurang 890 juta di dunia.



Menyekat Penyebaran keganasan, seksual Di Facebook
Facebook


Menyekat Penyebaran Keganasan, Seksual Di Facebook


Segala bentuk keganasan seperti jenayah terancam, penyembelihan, pembunuhan, mengalakkan kebencian, seksual, penyebaran video lucah, pornografi dan yang berkaitan dengannya tidak akan mendapat tempat di ruangan Facebook.

Sebelum ini banyak klip video berkaitan perlaksanaan hukuman mati, penggal kepala kerap diedarkan di laman ini oleh kumpulan Islamic State (IS) sebagai alat propaganda dan kebencian yang melampau.

Garis Panduan Terbaru


Mengikut garis panduan terbaru yang dikeluarkan, Facebook akan menyekat segala imej keganasan yang dipaparkan di laman sosial Facebook mereka. Ini bagi menjaga sensitiviti, anggapan pengguna terhadap laman mereka.

Dalam waktu yang sama, mereka juga akan menyekat penyebaran gambar bogel untuk mengaibkan individu terbabit kecuali untuk tujuan perubatan, kesihatan, penyusuan ibu, seni dan sebagainya.

Standard komuniti terbaru yang dikeluarkan itu bagi mewujudkan persekitaran yang sihat, agar orang ramai saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Facebook mahu pengguna yang berdaftar menggunakan nama sebenar mereka. Ramai yang mengkritik dan mengecam terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama samaran sebagai individu yang menyebarkan maklumat yang palsu, jahat dan ganas.

Selain itu, Facebook juga melarang sebarang bentuk berkaitan buli siber dan akan menyekat sebarang kandungan yang memalukan atau menjatuhkan maruah seseorang atau individu yang terbabit. 

Dengan perkembangan terbaru Menyekat Penyebaran Keganasan, Seksual di Facebook patut disokong oleh semua orang.


Baca Entri Berkaitan: 



Back To Top