7 Cara Lajukan Komputer Anda

7 Cara Lajukan Komputer Anda. Pada hari ini ada pelbagai jenis komputer yang berada di pasaran di seluruh dunia. Rekabentuknya yang menawan dan terpesona, kecanggihan teknologi kini semakin pesat sehingga tidak terkejar mengikutinya.



7 Cara Lajukan Komputer Anda
Komputer DiSerang Virus



Dalam kecanggihan dan kehebatan teknologi tetapi ada ketikanya komputer itu pun menjadi pelahan juga. Kenapa ini terjadi? Kebanyakan terjadi disebabkan oleh komputer itu berhabuk, terlalu panas, ruang cakera keras (Hard Disk) semakin mengecil kapasitinya, file dan folder berselerak di ruangan cakera, malware, virus, spyware, Firewall dan banyak lagi perkara-perkara lain yang kita tidak sedari.


7 Cara Lajukan Komputer Anda

Ikuti 7 Cara Lajukan Komputer Anda yang akan saya terangkan di bawah ini, agar sedikit sebanyak dapat melajukan kembali komputer kita yang bermasalah berkaitan nak buka folder atau fail yang lambat,, internet semakin merayap untuk membuka sesuatu aplikasi dan sebagainya. 


7 Cara Lajukan Komputer Anda
Paparan Amaran Di Window 7

  • 1. Bebaskan Ruangan Cakera Keras (HDD) - Bebaskan ruangan cakera keras (Hard Disk) ini maknanya remove segala aplikasi, delete perisian yang tidak digunakan, hapuskan segala fail dan folder yang tidak memerlukan dan buang segala yang berada di "Recycle Bin" agar jumlah ruang bebas yang ada di dalam cakera keras boleh meningkatkan prestasi komputer anda.

Defragment Cakera Keras
Defragment Disk


  • 2. Defragment Cakera Keras - Defragment cakera keras ini sangat penting untuk menyusun fail yang berada di cakera keras. Fungsinya adalah memampatkan ruangan cakera keras agar mudah untuk sistem pencarian fail dilakukan. Ini dapat mempercepatkan untuk mencari sesuatu fail dan folder. Walaupun ia memakan masa tetapi memberi prestasi yang hebat terhadap komputer anda.

  • 3. Format Cakera Keras - Sebelum anda lakukan format terhadap cakera keras anda, disarankan copy atau salin dahulu fail-fail penting seperti dokumen,  foto (JPEG), video (MP4), musik (MP3) dan apa saja yang anda fikirkan penting untuk backup/salinan.

RAM untuk meningkatkan kelajuan komputer anda
Random Access Memory (RAM)

      
  • 4. Tambah Kapasiti RAM (Memori) - Biasa ia menyediakan slot secukupnya untuk menambah Random Access Memory (RAM). Ada juga komputer ini tidak menggunakan sepenuhnya kapasiti maksimum yang ada di sebuah komputer. Jika ianya belum maksimum, nah.... bolehlah ditambah kapasitinya agar segala proses kelajuan anda berjalan dengan pantas.

7 Cara Lajukan Komputer anda
Disk Cleanup





  • 5.  Gunakan Perisian Pengoptimaan Sistem  - Pengoktimaan Aplikasi ini adalah untuk mengimbas, mengesan, menyekat, menghapuskan malware, spyware, virus, membuang fail yang tidak diingini, menyusun semula registry, memperkemaskan fail-fail yang berselerak dan mengoptimumkan sistem  Window Firewall di komputer anda. Biasanya perisian ini dilengkapi dengan beberapa aplikasi dan utiliti untuk menyeleggaraan sisem komputer anda seperti Disk Clean-up, CClean, Chkdsk, Antivirus dan sebagainya. Ia boleh didapati secara percuma atau berbayar. Ia biasa sudah disediakan dalam sistem komputer anda.



Cakera Keras atau harddisk jenis Baru
Solid State Drive (SSD)

  • 6. Tukar HDD Kepada SSD - Yakni tukar cakera keras (Hard Disk) jenis lama kepada yang baru jenis Solid State Drive (SSD). Ini dapat meningkatkan tempoh proses boot dan prestasinya agar sesuatu komputer apabila dibuka (ON) akan menjadi cepat dan laju. Kapasiti yang lama disekitar 40GB dan 80 GB (PATA). Sekarang ini ia meningkat kepada 1TB hingga 1026TB (1PB), (SATA). Apabila sudah lama cakera keras akan menjadi bad sector dan ia cepat rosak, Untuk sentiasa hard disk tahan lama kerapkan guna "Chkdsk" di komputer anda.


7 Cara Lajukan Komputer Anda
Komputer Terkini 2015




  • 7. Tukar Komputer Baru - Ini adalah jalan terakhir sekiranya semua yang 6 proses diatasi sudah dijalankan tetapi masih perlahan juga. Anda boleh memilih dengan cara memasang sendiri (Clone) atau beli di kedai komputer yang sudah tersedia untuk dijual. Bagi aku... pasang sendiri secara "Clone". Ini memerlukan kemahiranan untuk memasangnya. Jika beli yang baru pastikan anda membuang perisian yang tidak perlu (bloatware) dan disyorkan memasang perisian antivirus terkini atau keselamatan internet. Jangan lupa pasang juga pengoptimaan sistem.

Hanya ini saja 7 Cara Lajukan Komputer Anda yang perlu anda lakukan untuk melancarkan kerja-kerja anda setiap hari. Bolehlah ikuti cara tersebut. Semoga komputer anda selepas ini akan menjadi laju, lancar dan senang dikendalikan. Selamat mencuba.....
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
3 Komentar untuk "7 Cara Lajukan Komputer Anda"

Wah, tip-tip yang berguna!

Kadang-kadang saya pun naik runsing melihat komputer lambat memproses maklumat. Sebab itu saya lebih suka menggunakan pemprosesan yang lebih lanjut, lebih-lebih lagi jiak melibatkan editing foto dan video.

:)

saya cuma perlukan kelajuan internet sahaja..dah tak de kerja editing video macam dulu-dulu

Cara ketujuh paling mudah.... hahah :)

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top