Caj Jalur Lebar Turun Di Malaysia

Caj Jalur Lebar Turun Di Malaysia mulai bulan Mei ini. Pengguna jalur lebar di Malaysia yang berjumlah hampir 25 juta orang bakal  menerima penjimatan sehingga 57 peratus.



                                        
Caj Jalur Lebar Turun Di Malaysia
Harga Pakej Asas Jalur Lebar




Caj Jalur Lebar Turun Di Malaysia



Syarikat-Syarikat telekomunikasi utama Malaysia Celcom, DiGi, U Mobile, Maxis, Time Dot Com dan Telekom Malaysia bersepakat menurunkan caj pakej asas perkhidmatan yang selama ini terlalu tinggi dengan akses kelajuan yang amat rendah.

Pengurangan perkhidmatan Caj Jalur Lebar Turun Di Malaysia merupakan penjimatan di antara 11 sehingga 20 peratus daripada harga semasa yang ditawarkan sebelum ini bagi dua perkhidmatan yakni prabayar dan pascabayar. Ini bermakna perkhidmatan mudah alih ditawarkan pada harga RM25 bagi langganan bulanan sebanyak 1GB dan dengan kualiti perayauan sekurang-kurangnya 3G-HSPA.



Malaysia Paling Kompetitif Di Asia Tenggara


Penurunan caj jalur lebar ini sekaligus menjadikan Malaysia sebagai negara paling kompetitif di Asia Tenggara selepas Singapura dan Brunei.

Sementara itu bagi perkhidmatan tetap, Telekom Malaysia (TM) dan Time Dot Com juga bersetuju menurunkan pakej jalur lebar asas dengan kelajuan 1Mbps yang menawarkan penggunaan data percuma sehingga 1GB pada kadar RM38 sebulan.

Bagi pakej TM streamyx, sebelum ini harganya RM88 sebulan dan ia akan menjimatkan pengguna mereka sebanysk 57%. Begitu juga dengan TM Unifi yang mempunyai kelajuan 10Mbps ada kadar RM179 berbanding RM299 sebelum ini.

Semua penurunan caj perkhidmatan ini akan brrkuat kuasa selewat-lewatnya bulan Jun depan. Penurunan caj jalur lebar ini dapat menambahkan lagi pengguna baru dan memberikan ramai pengguna tetap mereka menerima caj yang rendah dengan perkhidmatan yang bermutu.

Sebelum ini Kerajaan Mahu Kadar Caj Telekomunikasi Diturunkan, maka dengan pengumuman oleh pihak kerajaan memberi pengguna Malaysia akan lebih penjimatan dengan akses internet yang mereka gunakannya nanti. 

Kita sebagai pengguna sudah pasti menyambut baik baik Caj Jalur Lebar Turun Di Malaysia dan perkhidmatan ini memberi orang ramai dapat satu kemudahan ases internet dengan kadar yang rendah dan berkualiti.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
5 Komentar untuk "Caj Jalur Lebar Turun Di Malaysia"

good info bang kamil :)

kawan guna bb celcom je, dapat pakej untuk pekerja 7gb dengan harga RM75 , ok lah tu dari harga asal 6gb rm90

bagi yang selalu guna..tak cukup 1gb je sebulan.

nice sharing admin.. TQ!

Alhamdulillah. Dapat juga berminat di kala barang lain naik harga.

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top