Kelantan Mencari Pemain Import Baru

Kelantan Mencari Pemain Import Baru. Jurulatih baru Kelantan, Mohd Azraai Khor Abdullah berusaha mencari pemain import baru bagi memperkuatkan jentera serangan dalam waktu terdekat bagi memastikan ia tidak terus mengalami kekalah demi kekalahan.



Kelantan Mencari Pemain Import Baru
Mohd Azraai Khor Abdullah: Sumber - theredwarriorsfc.com


Kelantan Mencari Pemain Import Baru


Kelantan Mencari Pemain Import Baru bagi memperkuatkan bahagian jentera serangan dan tengah mereka. Ini disebabkan oleh kekalahan demi kekalahan pasukan mereka ketika saingan Liga Super 2015. Ketumpulan bahagian penyudah amat ketara di ketika ini. 

Jurulatih baru Kelantan Mohd Azraai Khor Abdullah sedang berusaha menguji pemain import baru mereka bagi mengantikan pemain import yang sedia ada, yakni Emmanual Kenmogne (Cameroon), Issac Pupo (Liberia), Jonathan McKain (Australia).


Pemain Import Perlu Diuji


Ada tiga pemain import yang baru tiba bagi menguji dari segi kecergasan, kemahiran, kepantasan dan skil yang ada pada mereka. Pemain import yang dimaksudkan adalah Keiven Sami Gongcalves fernandes, 29, Bertino Joao Cabral Barbosa, 23 dari Portugal dan Gilmar Jose Dos Santos Filho berasal dari Brazil. Tiga pemain import dari Portugal adalah bahagian serangan, sementara Santos Filho di bahagian tengah. 

Pengendali The Red Warriors sebelum ini telah menguji seorang pemain import di posisi serangan iaitu Austin Amutu dan akan terus menguji sama ada dia layak beraksi untuk Kelantan atau pun tidak. Walau pun kesuntukan masa, Kelantan harus berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan bagi mengelak berlakunya kesilapan dalam pemilihan pemain import.



Kelantan Perlu Bangkit Kembali


Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mahu pastikan Kelantan bangkit kembali dan mempamerkan taring mereka yang sebelum ini terkuat dan ditakuti oleh pasukan lawan pada Liga Super pada dua dan tiga tahun lepas.

Beliau mahu pemain yang betul-betul berkualitidan mempunyai ciri-ciri sebagai seorang penyerang yang hebat dan memiliki tahap kecergasan yang tinggi serta bebas daripada kecerderaan.

Pada persaingan musim ini, Kelantan telah bermain sebanyak 7 kali. Mereka menang hanya 2 kali, seri 1 kali dan mengalami kekalahan sebanyak 4 kali. The Red Warriors kini berada di tangga 3 terbawah, diikuti ATM dan Sime Darby.

Kelantan Mencari Pemain Import Baru dan tugas memilih pemain akan diserahkan kepada jurulatih dan pengurus pasukan supaya ianya berjalan dengan lancar dan mengikut penilaian yang mereka tetapkan bagi memastikan pemain import benar-benar berkualiti dan memberi impak yang positif kepada pasukan Kelantan pada musim Liga Super 2015 ini.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Kelantan Mencari Pemain Import Baru"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top