sensasi2020

Keistimewaan Bulan Mei Jadi Kenangan | sensasi2020 Keistimewaan Bulan Mei Jadi Kenangan - sensasi2020

Keistimewaan Bulan Mei Jadi Kenangan

Keistimewaan Bulan Mei Jadi Kenangan. Bulan Mei merupakan bulan penuh memori buat aku. Bulan yang memberi sejuta kenangan. Setiap orang ada bulan yang istimewa yang menjadikan bulan yang amat bermakna dalam hidup, bulan penuh ekspresi. Mari aku hitungkan apa keistimewaannya supaya ia menjadi kenangan dan ingatan saya sepanjang hayat.



Selamat hari guru, happy birthday, ulang tahun kelahiran, anniversary,
Keistimewaan Bulan Mei Jadi Kenangan


Keistimewaan Bulan Mei Jadi Kenangan


Sepanjang bulan Mei ini, banyak hari istimewa sebenarnya. Antara hari-hari besar yang ada dalam bulan Mei bagi saya adalah:

  • 5 Mei Ulangtahun Perkahwinanku
  • 16 Mei Hari Lahirku
  • 15 Mei Hari Lahir Anak Sulung Perempuanku
  • 16 Mei Hari Guru Penuh Makna
  • 10 Mei Buat Hari Ibu
  • 1 Mei Hari Pekerja dan Mula Bekerja
  • 15 Mei Hari Jururawat


5 Mei Ulangtahun Perkahwinanku


                                   
Happy Anniversary, Ulangtahun Perkahwinan, Hari Lahir, Hari Jadi, Happy Birthday
5 Mei - Ulangtahun Perkahwinan



Pada 5 Mei yang lalu, yakni 5 Mei 2015 tarikh paling bermakna dalam hidupku... Dalam hidup bersama, kami dikurniakan 4 orang cahaya mata. 1 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Terima kasih Tuhanku.... yang memberikan aku rezeki dan anak-anak yang baik dan menghormati orang tua. 

Kami hidup bersama dah 18 tahun, satu tempoh yang agar lama juga. Kami bahagia walaupun kadang-kadang ada juga pertengkaran. "Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Inikan Pula Suami-Isteri".

Semoga kebahagiaan kami kekal hingga ke Syurga. Insya Allah.... Kebahagiaan adalah sesuatu yang paling nikmat hidup bersama. Saling memahami dan hormat-menghormati adalah rahsia kebahagiaan hidup sebagai suami-isteri.




16 Mei Hari Lahirku


                                       
Keistimewaan Bulan Mei Jadi Kenangan
16 Mei Hari Lahirku


Hari ini 16 Mei genablah usiaku ke-44 (berterus-terang sikit). Awal 40-an lah sekarang ini ya... Terima kasih buat rakan-rakan yang banyak ucapkan kata-kata semangat di media sosial Facebook. Doakan agar aku sejahtera dan  murah rezeki nanti, Insya Allah....

Sebelum sampai tarikh 16 Mei, saya dapat Voucher Birthday daripada majikan tempat saya bekerja. Apa lagi terus digunakan. Dapatlah makan free di Secret Recipe, Ampang, Selangor.

Saya hanya bawa anak sulung yang perempuan kerana dia pun birthday juga pada 15 Mei sehari awal sebelum tarikh lahir saya. Ini bermakna, dia 15 Mei dan saya 16 Mei, selang satu hari je...



Keistimewaan Bulan Mei Jadi Kenangan
Celebrate Bersama Anak


15 Mei Hari Lahir Anak Perempuan Sulungku



15 Mei hari lahir anak perempuan sulungku
Selamat Hari Lahir Anakku 15 Mei 2015



Beruntung jugak, bila mana anak perempuan yang sulung dan aku berbeza cuma satu hari saja, dia lahir pada 15 Mei dan aku pula 16 Mei. Beliau sekarang dah boleh dikatakan "Sweet 17". Dia akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2015 ini. "Abah doakan Kakak Yaya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti. Bolehlah lawati blog dia di "BisikanHatiYaya".

Jadikanlah anak yang berguna dan dapat memberi hati kami ibubapa gembira dan dapat menjaga adik-adik sekalian supaya kejayaan Kakak Yaya boleh diikuti oleh adik-adik nanti.



16 Mei Hari Guru Penuh Makna


Keistimewaan Bulan Mei Jadi Kenangan kerana ia jatuh pada 16 Mei bersamaan Hari Guru. Walaupun dah lama tinggalkan alam persekolahan, namun aku tak pernah lupa pada jasa dan pengorbanan mereka ketika aku di bangku sekolah. 

Walaupun aku tak dapat ke Universiti atau IPT awam, sedikit sebanyak ilmu yang mereka ajar melekat di dada ini. Terima kasih cikgu-cikgu sek keb Geting, Tumpat dan Sek Men Cabang Empat, Tumpat dan Sek Men Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.


10 Mei Buat Hari Ibu


Selamat Hari Ibu buat ibu mertua yang disayangi, kaulah ibu penganti kepada ibu ku.... Kedua-dua ibubapa saya sudah pergi mengadap Allah Taala. Selamat Hari Ibu... ibu mertuaku.....

Al-Fatihah buat ibu dan bapaku.... anakmu sedang berdoa dan mensedekahkan Al-Fatihah dan Surah Yaasin, semoga kamu damai di sana dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Maafkanlah segala kesalahan anakmu ini, Insya Allah...


1 Mei Hari Pekerja dan Mula Bekerja



1 Mei Hari Pekerja dan Mula Bekerja
Chef Kamil



Bermulanya hidup baru di ibukota setelah lama bertapa di bumi sendiri selama ini. Orang kata "Kita Perlu Berhijrah Untuk Mengubah Kehidupan"

Berkat kesabaran dan mahu mengubah hidup, kami rela melalui onak dan duri melayari bahtera di lautan bangunan yang tinggi untuk mencari kehidupan baru.

Alhamdulillah.... akhirnya dapat bekerja di Secret Recipe, walaupun niat sebenar nak buka perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual kek. Namun apakan daya, semua bahan-bahan mentah agak tinggi di Kuala Lumpur ini. Maka niat itu terbantut. Bisnes yang dibuat tak mengalakkan. Sebagai alternatif, saya kerja makan gaji di Petaling Jaya (Secret Recipe), sampailah sekarang di 3D Depatment.



Keistimewaan Bulan Mei Jadi Kenangan
3D Depatment


Walaupun gaji taklah mahal sangat tetapi bolehlah menampung makan, minum, belanja persekolahan anak-anak dan pakaian mencukupi. Rezeki Allah ada di mana-manakan? Oleh itu berikhtiar dan berusaha adalah jalan menuju kejayaan. Selamat Hari Pekerja.....


15 Mei Hari Jururawat


Tak ramai rakan-rakan yang brkerja sebagai jururawat tetapi jururawat ini kerjanya tidak kira masa, siang dan malam asyik melayan pesakit. Pesakit pula banyak karenah dan memberi satu tugas yang cukup berat. Selamat Hari Jururawat.....

Begitulah penutup tentang artikel yang bertajuk "Keistimewaan Bulan Mei Jadi Kenangan". Satu artikel yang menghuraikan tentang bulan Mei di sini.

Kemaafan dipinta sempena hari yang penuh keceriaan dan bersejarah  lagi penuh kenangan indah. Jangan lupa selalulah terjah di blog ini sebagai tanda sokongan anda semua....

Sekian, terima kasih....

7 Komentar untuk "Keistimewaan Bulan Mei Jadi Kenangan"

Alhamdulillah.. nikmat anugerah Illahi di bulan Mei.. Tahniah dan semoga terus sukses.. :)

perghhh mmg bulan mei bulan yg penuh bersejarah buat bro. mmg layak entri ni dikarang

Terima kasih Saudara ku Khir Khalid.... setiap orang ada bulan yang paling istimewa, contohnya bulan kelahiran, bulan dapat ijazah, bulan dapat ke Universiti dan sebagainya.

Terima kasih bro... sudi brtandang ke blog ini. Saya dah kenal eXplorasa.... yang ambil foto di SBB 2014 tahun lepas. Foto yang menarik...

tak sedar dah saya yang kite ni dipehunjung bulan mei,sekejap jer rase,nanti nak masuk bulan puasa plk..

Social networking can help me better relationships. I also use it to trade in a few items. It seems everything is very good.
www.facebookbaixargratis.com.br

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top