Kelantan Bertemu Lions XII Di Pentas Final Piala FA 2015

Kelantan Bertemu Lions XII Di Pentas Final Piala FA 2015. Kelantan menyekat juara bertahan, Pahang untuk melangkah ke pentas Final Piala FA pada 23 Mei 2015 depan. Aksi penuh dramatik di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi. 


                                       
Kelantan vs Pahang, Kelantan menang 3-1, Kelantan layak ke final Piala FA 2015
Sumber: Aksi Kelantan vs Pahang Separuh Akhir Kedua Piala FA 2015



Kelantan Bertemu Lions XII Di Pentas Final Piala FA 2015


Kelantan yang ketinggalan 0-1 pada Separuh Akhir Pertama Piala FA 7 Mei lalu ternyata tidak sedikit pun melemahkan semangat pemain yang diberi gelaran "The Red Warriors" itu. 

The Red Warriors, juara edisi 2012 dan 2013 menang 3-1 menumbangkan skuad Tok Gajah dengan agregat 3-2. Kelantan akan menentang Lions XII pada pentas Final Piala FA pada 23 Mei, iaitu pada Sabtu depan.

Gol-gol Kelantan dijaringkan melalui Wan Zaharulnizam pada minit ke-17, Austin Amutu pada minit ke-75 dan 91 dalam waktu kecederaan. Sementara gol tunggal Pahang disumbangkan oleh Gopinathan pada minit ke-57 separuh masa kedua. Untuk keputusan penuh bolehlah ikuti di Keputusan Terkini Kelantan vs Pahang Separuh Akhir Kedua Piala FA 2015.



Lions XII Mengiringi Kelantan Ke Final Piala FA


Impian Terengganu untuk mengiringi Kelantan ke pentas akhir Piala FA 2015 pada Sabtu depan tidak kesampaian walaupun menang mengalahkan Lions XII malam tadi 3-2 namun begitu, Terengganu kalah menerusi agregat 4-4 . Ini memberi kelebihan kepada Lions XII kerana memiliki kelebihan gol di tempat lawan.

Gol-gol Terengganu diperolehi menerusi Paulo Rangel pada minit ke-22 dan ke-47 (penalti), NorShahrul Idhlan Talaha minit ke-59 sementa Lions XII mendapatkan gol melalui Mohd Khairul Amri pada mini ke-16 dan 26 separuh masa pertama.



Kelantan Lawan Lions XII Final Piala FA 2015


Kelantan Bertemu Lions XII Di pentas Final Piala FA 2015. Kedua-dua pasukan ini akan berentap pada 23 Mei 2015. Perlawanan Akhir Piala FA akan diumumkan kemudian nanti. Kemungkinan ianya berlangsung di Stadium Shah Alam atau di Stadium Nasional Bukit Jalil. 

Sudah pasti pertemuan menarik oleh kedua-dua pasukan ini di Final Piala FA nanti. Kelantan semestinya mahu Piala FA dibawa pulang ke Kota Bharu setelah mereka telah membawa Piala FA pada tahun 2012 dan 2013 yang lalu.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Kelantan Bertemu Lions XII Di Pentas Final Piala FA 2015"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top