Lions XII Juara Baru Piala FA 2015

Lions XII Juara Baru Piala FA 2015 setelah mengalahkan Kelantan dengan jaringan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Lions XII muncul juara buat kali pertama setelah ia mula dipertandingkan pada tahun 1990. Hasrat Kelantan untuk mengekalkan trofi Piala FA 2015 di Malaysia gagal.



Lions XII Juara Baru Piala FA 2015
Credit: BH - Lions XII Juara Piala FA 2015


Lions XII Juara Baru Piala FA 2015


Lions XII Juara Baru Piala FA setelah menumpaskan Kelantan dengan jaringan 3-1 malam tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil. Lions XII tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol pertama pasukan mereka, apabila Faris Ramli yang bijak menyambar bola terus ke gawang gol Kelantan pada minit ke-6 yang dikawal oleh Mohd Khairul Fahmi (Apek). 

Walaupun Kelantan mula menambahkan asakan ke kubu lawan, namun gagal mendapatkan gol penyamaan hinggalah ke wisel penamat separuh masa pertama. 



Kelantan Buntu Dapat Gol


Bersambung ke separuh masa kedua, Kelantan akhirnya mendapatkan gol menerusi Wan Zack Haikal pada minit ke-63 memperdayakan penjaga gol Lions XII, Mohd Izwan Mahbud. Keputusan 1-1 tidak kekal lama, apabila Mohd Sahil Suhaimi menyumat gol kedua pasukan Lions XII akibat kesilapan Nik Shahrul Azim menolak bola ke kaki pemain Singapura Lions XII.

Lions XII bermain dengan cara bertahan untuk mengekalkan keputusan 2-1 dan sesekali mereka membuat serangan balas yang sentiasa mengacam pertahanan Kelantan. Usaha Kelantan memasukkan Austin Amutu untuk mencari gol penyamaan tidak kesampian tetapi sebaliknya Lions XII mendapatkan sepakan penalti apabila Amirizdwan menjatuhkan pemain Lions XII di dalam kotak penalti untuk menyelamatkan pintu gol daripada dibolosi.

Tenangan penalti diambil oleh Mohd Sahil Suhaimi. Beliau berjaya memperdayakan Apek untuk gol ke-3 pasukan mereka pada minit-minit akhir perlawanan. Keputusan ini kekal hinggalah ke wisel penamat. Kini Lions XII Juara Baru Piala FA 2015 untuk musim ini.


Tahniah pasukan Singapura Lions XII berjaya muncul Juara Baru Piala FA 2015, sementara itu Kelantan boleh mencuba lagi pada tahun hadapan. Tahniah juga buat pasukan The Red Warriors yang bermain dengan baik, cuma nasib tidak menyebelahi pasukan The Red Warrior. Insya Allah, boleh cuba lagi pada musim hadapan.



Tahniah Lions XII, Final Piala FA 2015, Lions XII muncul juara.
Ucapan Tahniah PM Untuk Lions XII



Kekalahan Kelantan ini mendapat perhatian Perdana Menteri, apabila beliau mengucapkan tahniah kepada Singapura Lions XII di atas kemenangan mereka malam tadi. Terima kasih semua peminat bolasepak "TRW" kerana telah memberi sokongan dengan penuh semangat kesukanan.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
5 Komentar untuk "Lions XII Juara Baru Piala FA 2015"

Menurut saya informasi ini sangat membantu kita semua, website seperti ini akan terus dikunjungi orang dan mendapatkan trafic yang tinggi sekali. Salam sukses terus ya dari saya untuk anda

Good info nih.
Salam kenal ya dari http://www.situsaya.com

saya setuju dengan cristine
dari saya pribadi selamat buat lion XII semoga makin sukses

good info nih...
http://bloggedewek.blogspot.com

Jual Obat Wasir Herbal Ambejoss Dari De Nature Indonesia Efektif Untuk Mengobati Penyakit Wasir Stadium 1-4 Tanpa Operasi Dijamin Puas.

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top