Berbuka Puasa Di Casa Ombak Bersama Keluarga

Berbuka Puasa Di Casa Ombak Bersama Keluarga. Al-maklum sajalah bila saja bulan Ramadhan menjelma, pasti kita akan berpuasa di siang hari dan bila tiba waktu Maghrib, maka kita diwajibkan berbuka puasa. Sudah pasti kita akan mencari satu tempat yang menarik untuk berbuka puasa selain daripada di rumah sendiri.



Berbuka Puasa Di Casa Ombak Bersama Keluarga
Sempat Juga Bergambar Bersama Akma Omar



Berbuka Puasa Di Casa Ombak Bersama Keluarga



Berbuka Puasa Di Casa Ombak Bersama Keluarga
Buffet Ramadhan 2015 Di Casa Ombak



Sebenarnya Berbuka Puasa Di Casa Ombak Bersama Keluarga tidak pun dirancang sebagai tempat untuk berbuka puasa. Mungkin kerana rezeki kami sekeluarga, Akma Omar aka Ombak Creative telah mempelawa saya dan anak-anak saya ke Buffet Ramadhan. Terima kasih Akma Omar yang bermurah hati menjemput kami sekeluarga, bukan itu saja beliau juga mengajak keluarga blogger lain untuk ke majlis Buffet Ramadhan Casa Ombak 2015.



Berbuka Puasa Di Casa Ombak Bersama Keluarga
Keriangan Di Wajah Ketika Berbuka Puasa



Casa Ombak adalah tempat yang perlu anda semua cari jika inginkan satu suasana santai yang menawan, terlindung daripada jalam besar kota raya yang sibuk. Walau pun tempatnya sedikit ke dalam, namun anda pasti teruja bila masuk ke tempat ini. Anda seperti pergi ke sebuah taman permainan kanak-kanak. Untuk mengetahui tentang tempat ini bolehlah pergi ke Ombak Creative atau hubungi Akma Omar atau Shieda Omar dan ingin dapatkan info terkini berkaitan Buffet Ramadhan Casa Ombak.


Untuk mengetahui alamatnya, bolehlah anda rujuk di bawah ini:

Casa Ombak @ Ombak Creative
22, Jalan Damai, 55000, Kuala Lumpur.
Telefon: Call/whatsapp - 012-6421550, 012-6621062, 012-3010725.
Telefon Office - 03-21818750
Lokasi Google Maphttp://bit.ly/1FtXJ0W
Harga Buffet Ramadhan: Dewasa - RM55nett
                                             Kanak-kanak - RM27nett (5-12 tahun)




Berbuka Puasa Di Casa Ombak Bersama Keluarga
Berbuka Puasa Di Casa Ombak Bersama Keluarga




Ramai juga blogger yang hadir pada 20 Jun 2015 di Casa Ombak ketika majlis ini diberlangsung. Di antara yang blogger hadir yang boleh saya sempat catatkan adalah Akma Omar dan Shieda Omar, sebagai tuan rumah (host), Bro Framestone, Ishak Ismail (Sohoque), Boni Kacak, Nur Misnan, Latifah Bee, Roshidayu Che Mat, Melastik Bintang, Halim Brothers, Nor Iman Nazuki dan ramai lagi yang tak sempat nak catatkan serta pengunjung lain yang buat tempahan untuk berbuka puasa di Casa Ombak.



Ada Cerita Lucu Di Sebalik Berbuka Puasa Di Casa Ombak


Kami sekeluarga telah rancang nak ke Casa Ombak @ Ombak Creative dengan teksi. Disebabkan Kereta Kelisa yang kak tidak digunakan waktu itu, maka saya minta izin untuk pinjam bagi menyenangkan saya ke Casa Ombak dengan selamat dan bila pulang nanti senanglah nak pulang kembali ke rumah.



Berbuka Puasa Di Casa Ombak Bersama Keluarga
Beg POLO Yang Tertinggal Di Casa Ombak



Saya tidak lama berbuka di Casa Ombak disebabkan ada perjumpaan dengan agen pinjaman kereta pada pukul 10.00 malam. "Dah Lama Nak Miliki Kereta Idaman Produa Alza Advance, warna oren, berkenang betullah....."  Itulah kata-kata yang diucapkan di hari sedah sekian lamanya. Masa itu, saya terpaksa pulang dengan tergesa-gesa dan pula ada sesi bergambar dan interview/temuramah oleh pihak Ombak Creative tentang suasana di Casa Ombak dan masakan serta layanan yang mereka berikan.

Apabila sampai saja di Bandar baru Ampang, saya singgah sebentar di CIMB Bank, Bandar Baru Ampang untuk mengambil duit RM???? untuk bayaran deposit kepada agen pinjaman supaya dicepatkan proses pembelian Produa Alza Advance. Sedang etrcari-cari Kad ATM CIMB Islamik, tiba-tiba terasa ada sesuatu yang kurang. Bila difikir kembali rupanya beg bimbit "POLO" yang saya sering bawa untuk diisi dokumen penting dan Extra smartphone di dalamnya.

Apa lagi terus saya telefon Boni Kacak untuk bertanya tentang beg tersebut. Alhamdulillah... beg itu telah disimpan oleh pihak Akma Omar dan Ombak Creative. Ini bermakna di Casa Ombak adalah selamat daripada diganggu oleh mana-mana pihak yang cuba untuk mencari kesempatan di atas segala kawalan di sepanjang majlis ini berlangsung. Saya terpaksalah kembali ke Casa Ombak mengambil beg tersebut dan meminta ke pada agen pinkaman agar ditunda perjumpaan pada jam 10.30 malam salah sebuah restoran mamak di Pandang Indah.

Pujian hari diberikan terhadap Casa Ombak yang menjaga keselamatan pengunjung dan pintu sentiasa diawasi bagi mengawal suasana di kawasan tersebut. Saya ucapkan jutaan tetrima kasih kepada pihak Ombak Creative, krew-krew dan pekerja Casa Ombak yang bertungkus-lumus untuk menjayakan hari pertama Buffet Ramadan 2015 diadakan. walaupun ada sedit kelam-kabut di pihak penganjur. 

Jutaan terima kasih sekali lagi diberikan kepada pihak Ombak Creative terutamanya Akma Omar dan Shieda, keluarganya yang lain serta para pekerja mereka yang memberi layanan terbaik kepada kami sekeluarga serta blogger-blogger lain.

Jangan lupa ikuti majlis "Berbuka Puasa Di Casa Ombak Bersama Keluarga" untuk mengetahui cereta terkini berkaitan "Buffet Ramadhan" dan banyak lagi yang anda tidak tahu pasal Ombak Creative atau casa Ombak.

Akhir kata "Selamat Berpuasa Ramadhan A-Mubarak" dan "Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015" kepada semua sanak-saudara, rakan-rakan blogger dan semua yang mengenali diri ini. Maaf. Zahir dan Batin dari kami sekeluarga.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
9 Komentar untuk "Berbuka Puasa Di Casa Ombak Bersama Keluarga"

Terbuka untuk blogger bila2 masa, masuk group chatting Akma Omar dan tetspkan bila mahu datang. Senangkan?

Nasib baik selamat disimpan beg tu kan...banyak benda penting tu..

Memang betul tu Jia Rizaira... ada handphone dan dokumen serta slip gaji dan juga wang siling. Hw..he...

ow yeke? ok nanti ada masa saya datang :D

saya baru plan nak tengok gambar makanan yang disediakan :D

Teringin juga nak iftar di casa ombak tapi macam jauh pulak dari ganu ke kl, haha.

p/s Nasib baik beg tak hilang. Salam ramadhan juga dari saya =)

teringin pulak nak selfie dengan bro Kamil dan famili..ho..ho..nasib baik tak de apa-apa

waah gembiranya. saya ingin juga macam tuh lah.
http://bloggedewek.blogspot.com

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top