Sepetang Bersama Blogger 2015. Alhamdulillah.... 13 Jun 2015 bermulanya "Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2015". Ianya berlangsung di Taman Cabaran, Presint 5, Putrajaya. Himpunan besar-besaran semua blogger di Malaysia dan Indonesia.


                                 
Sepetang Bersama Blogger 2015
Sepetang Bersama Blogger 2015



Untuk pengetahuan semua, saya pergi ke SBBYEO'S2015 bersama anak sulong saya sebagai teman sambil memperkenalkan suasana kemeriahan aktiviti blogger anjuran Denaihati Network. Inilah masanya untuk membiasakan diri anak-anak dengan suasana sebagai seorang blogger. Untuk mendapatkan kisah bagaimana "Anak Menyokong Minat Ayah Untuk Berblog".




Sepetang Bersama Blogger 2015
Anak Menyokong Minat Ayah Berblog


Sepetang Bersama Blogger 2015


Hari ini kami dapat bersama dengan kumpulan blogger terpilih, yakni dalam kumpulan 4 #BTHYEOS04. Semua blogger dipisahkan menjadi 10 kumpulan besar untuk merebut hadiah keseluruhan sebanyak RM5000. Semua kumpulan diberi oleh penganjur untuk melakukan aktiviti Treasure Hunt secara santai. Kumpulan kami BTHYEOS04 seramai 9 orang bersama dikehendaki berjalan dalam aktiviti treasure hunt dan perlu memenuhi 6 checkpoint yang disediakan. Kumpulan yang berjaya tempat pertama akan mendapat RM2000, tempat kedua RM1200 dan ketiga RM800.



Blogger Treasure Hunt - Aktiviti Checkpoint, Sepetang Bersama Blogger 2015
Treasure Hunt - Aktiviti Checkpoint
                                

Sepetang Bersama Blogger 2015
Team Kami #BTHYEOS04


Blogger Treasure Hunt Di Sepetang Bersama Blogger 2015


Checkpoint pertama kami perlu melengkapkan puzzle bergambar dan perlu melengkapkan puzzle gambar terakhir dengan memanjat "wall climber".  kami juga berselfie secara berkumpulan.                              
Checkpoint kedua kami di kehendaki  memberi  isyarat  tangan tanpa bersuara  kepada rakan kami untuk menyusun kotak. 

Seterusnya checkpoint ketiga sedikit menguji minda kami di mana kami perlu menimbulkan sebatang jarum di atas mangkuk yang berisi air.

Meneruskan checkpoint keempat pula kami perlu berfikir secara kreatif bagaimana mahu meletakkan  sebuah tin minuman yeos menjadi senget 45%. 

Checkpoint kelima sungguh  menguji ketahanan kami kerana perjalanan ke sana sedikit dengan menaiki berbukit. Kami perlu menjawab soalan bagi setiap peserta. Disebabkan ada antara kami yang tidak memenuhi jawapan yang betul jadi kami dikenakan denda.

Walaupun sedikit kepenatan,  tapi kami seronok kerana kami disediakan dengan minuman yang ditaja oleh pihak penaja YEO'S MALAYSIA

Seterusnya di checkpoint  terakhir  lebih menguji kami.  Bayangkanlah setelah sedikit kepenatan,  kami perlu mengarang sebanyak 350 patah perkataan tentang aktiviti Blogger Treasure Hunt.

Sepetang Bersama Blogger 2015 dengan menggunakan hashtag #SBBYeos2015 #DenaihatiNetwork #BloggerEvent #TreasureHuntYeos #BakarlahBBQ #JopanaMy #TheSumbs #ThePhotolicious #eQurban #JamTawafDenaihati #BTHYEOS04 untuk aktiviti sepanjang SBBYEOS2015 berlangsung. 

Walaupun begitu  kami rasa seronok kerana dapat berkenalan dan bersilaturrahim dengan sahabat-sahabat serta aktiviti yang mengajar kami untuk jadi orang yang positif dan berdaya saing.  Alhamdulillah.......

Walaupun tidak berjaya...sekurang-kurangnya dapat memberi satu pengalaman yang menarik yang tidak dapat dilupakan.


Penghargaan Untuk Penaja Utama Yeo's Malaysia "Sepetang Bersama Blogger 2015"


Jutaan terima kasih buat Yeo's Malaysia sudi menjadi penaja utama yang tidak pernah jemu memberi sokongan buat semua blogger.

Semua sumbangan dan tajaan minuman Yeo's amat hebat untuk "Sepetang Bersama Blogger 2015". Minuman yang disukai ramai ini menjadikan kami sekumpulan bertenaga untuk meneruskan aktiviti cabaran lasak Treasure Hunt.



                               
Sepetang Bersama Blogger 2015
Yeo's Malaysia



Tidak lupa juga buat team Denaihati Network yang bertungkus-lumus menjayakan Sepetang Bersama Blogger 2015. Semua penaja lain dan sumbangan blogger-blogger bagi menjayakan majlis ini. Untuk melihat gambar-gambar menarik, bolehlah ikuti di entri "Gambar-Gambar Menarik Sepetang Bersama Blogger 2015". Sekian, terima kasih semua...,,,,,