Yeo's Sitkom Blog Kontes - Minuman Yeogurt Pilihan anak-Anak Ku. Inilah peluang aku untuk menyertai kontes ini khas untuk peserta Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2015 yang akan di adakan pada 13 Jun 2015 ini di Taman Cabaran, Presint 5, Putrajaya. 


Yeo's Sitkom Contest For Blogger



Yeo's Sitkom Blog Kontes - Minuman Yeogurt Pilihan Anak-Anak Ku


Kesempatan ini saya sebagai salah seorang peserta majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2015 menyahut cabaran dalam segmen "Yeo's Sitkom Contest For Blogger". Satu kontes yang menguji para peserta untuk mengunakan medium blogging bagi menghasilkan sebuah sitkom berbentuk video yang berdurasi tidak melebihi 60 saat atau pun reka sebuah komik bersiri berkongsepkan komedi dan jenaka.

Semua video atau komik tersebut hendaklah dikongsi melalui media sosial seperti berikut:


  • Blog - Perkongsian sepenuhnya.
  • Youtube - Muat naik menerusi akaun persendirian.
  • Instagram - Muat naik bahagian menarik di akaun persendirian ( guna hastag #YeosSitkom #YeosMalaysia #Yeos #SBBYeos2015 ).
  • Facebook - Kongsi atau share blogspot di akaun persendirian.

Di bawah ini adalah satu komik kelaka atau lucu yang penuh berjenaka daripada saya yang dibuat khas untuk segmen "Yeo's Sitkom Contest For Blogger" anjuran Yeo's Malaysia bersama Denaihati Network. Sitkom komik jenaka ini bertajuk "Yeo's Sitkom Kontes - Minuman Yeogurt Pilihan Anak-Anak Ku".


Yeo's Sitkom Contest For Blogger
Yeo's Sitkom Blog Kontes - Minuman Yeogurt Pilihan Anak-Anak Ku


Hanya inilah karya yang sempat saya rekakan di saat-saat akhir kerana ia bermula pada 29 Mei lagi dan berakhir pada 10 Jun 2015 bagi menghantar penyertaan. Semoga ia dapat menarik pihak juri dan terpilih sebagai pemenang. Insya Allah.... Para pemenang akan diumumkan pada 13 Jun 2015 iaitu tarikh bermulanya majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2015.


Hadiah bagi pemenang sitkom ini adalah 3 biji GoPro Hero 4 Silver dan produk Yeo's serta untuk saguhati adalah produk Yeo's bernilai RM50.00.

Untuk keterangan lebih lanjut boleh ikuti di "Contest Sitkom Yeo's".

Semoga berjaya buat semua peserta yang mengambil bahagian dalam sitkom ini dan jangan lupa ikuti sitkom jenaka dan kelakar daripada saya, yakni "Yeo's Sitkom Blog Kontes - Minuman Yeogurt Pilihan Anak-Anak Ku".