Salam Aidilfitri 2015

Salam Aidilfitri 2015. Selamat hari raya Aidilfitri, ambo ucapkan kepada semua sanak-saudara, rakan-rakan taulan dan semua yang mengenali diri ini. 



                                 
Salam Aidilfitri 2015
Salam Adilfitri 2015



Salam Aidilfitri 2015


Sempena dengan hari yang mulia ini, ambo ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Mari berpantun sempena Aidilfitri yang mulia ini.


Syawal telah menjelang tiba,
Bermaaf-maafan diantara kita ,
Takbir berkumandang menusuk jiwa,
Semoga ceria bersama keluarga.


Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Blog dicipta penganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.


Semoga ibadat puasa dan sedekah amal jariah yang kita lakukan pada bulan Ramadhan mendapat keberkatan dan pahala berganda daripada Allah SWT. Semoga kita berjumpa lagi di Ramadhan tahun depan. Insya Allah.... jika kita diberikan umur yang panjang.


                           
Salam Aidilfitri 2015
Salam Aidilfitri Untuk Semua


Jika pulang ke kampung halaman masing-masing atau pergi berkunjung ke rumah sanak-saudara, memandulah dengan berhati-hati. Ingatlah orang tersayang.

Akhir kata saya ucapkan Salam Aidilfitri 2015, maaf, zahir dan batin.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Salam Aidilfitri 2015"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top