JDT Juara Liga Super 2015

JDT Juara Liga Super 2015. Juara Liga Super Malaysia 2015 milik JDT walaupun tewas kepada Felda United dengan jaringan 1-2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Mereka berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super 2015 selepas persaingnya Pahang juga turut kecundang kepada Terengganu 1-3. 



JDT Juara Liga Super 2015
JDT Juara Liga Super 2015


JDT Juara Liga Super 2015


Tahniah! JDT Juara Liga Super 2015 untuk dua tahun berturut-turut. Walaupu tewas dengan Felda United tetapi tetap menjadi juara kerana Pahang juga turut kecundang ketika bertemu Terengganu 1-3 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu. JDT mengumpul 46 mata, hanya perbezaan 2 mata mengatasi Pahang yang hanya mendapat 44 mata. 

JDT berhak mendakap dan menjulang Piala Liga Super 2015 setelah mereka bekerja keras sepanjang perjalanan Liga Super berlangsung. Kejayaan ini diukur berdasarkan perjuangan anak-anak buah Mario Gomez yang sentiasa memberi persebahan yang terbaik setiap kali diturunkan.

Pada aksi menentang Felda United, Felda United tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol pertama menerusi Shahrul Saat pada minit ke-4. Berselang 6 minit kemudian, Felda United memperolehi sepakan penalti setelah Ndumba Makeche dijatuhkan di dalam kawasan petak penalti oleh Junior Eldstal. Indra Putra Mahyuddin mudah menyempurnakan sepakan penalti menewaskan penjaga gol JDT, Farizal Marlias. 

Bagaimana pun, segala usaha yang tidak pernah berputus asa,  akhirnya JDT mendapat gol saguhati menerusi jaringan Luciano Figueroa pada minit ke-34. 

Pada separuh masa kedu, Felda United buntu menambah gol, walaupun JDT bermain dengan 10 pemain. Keputusan 1-2 terus kekal hingga ke wisel penamat. 

Kini sahlah JDT Juara Liga Super 2015. Tahniah buat pasukan JDT sekali lagi....mengekalkan kejuaraan Liga Super. Kini.... JDT bolehlah mengidam Juara Piala Malaysia 2015 pula selepas ini. Kita tunggu dan lihat siapa Juara Piala Malaysia pada tahun ini?

Keputusan Lengkap, jangan lupa terjah di Keputusan Terkini Liga Super 22 Ogos 2015.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "JDT Juara Liga Super 2015"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top