#SehatiSejiwa Tema, Logo, Lagu & Lirik Hari Kemerdekaan Malaysia 2015

#SehatiSehiwa Tema, Logo, Lagu & Lirik Hari Kemerdekaan Malaysia 2015. Tema yang cukup menyentuh hati dengan menggunakan slogan yang cukup menarik #SehatiSejiwa. Ia melambangkan kecintaan kita dan jiwa murni kita terhadap negara Malaysia. Untuk tahun 2015 ia tidak lagi dikira berdasarkan ulangtahun tetapi sebaliknya mengikut tahun seperti "Hari Kemerdekaan 2015".




#SehatiSejiwa Tema, Logo, Lagu & Lirik Hari Kemerdekaan Malaysia 2015
Hari Kemerdekaan Malaysia 2015 - #SehatiSejiwa


#SehatiSejiwa Tema, Logo, Lagu & Lirik Hari Kemerdekaan Malaysia 2015


#SehariSejiwa Tema, Logo, Lagu, Lirik Hari Kemerdekaan Malaysia 2015 telah diumunkan oleh bekas Menteri Komunikasi & Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek baru-baru ini. Pemilihan tema #SehatiSejiwa kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat Malaysia yang akan menyambut pada 31 Ogos 2015 nanti. Semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia ditekankan bagi melambangkan kecintaan kita terhadap Malaysia dengan penuh jiwa dan raga.


Tegas beliau, bermula pada tahun 2015, Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan tidak lagi disebut berdasarkan ulangtahun tetapi berdasarkan tahun semasa ianya disambut.



Tema Hari Kemerdekaan Malaysia 2015


Sehati Sejiwa (#SehatiSejiwa) - Melambangkan perpaduan antara Sarawak, Sabah dengan Semenanjung Malaysia. Sehati Sejiwa turut membawa maksud bersama membantu antara satu sama lain jika sesebuah negeri mengalami malapetaka.



Logo Hari Kemerdekaan Malaysia 2015



#SehatiSejiwa Tena, Logo, Lagu & Lirik Hari Kemerdekaan Malaysia 2015
MALAYSIA - #SehatiSejiwa


RASIONAL LOGO 

Logo ini mengambarkan Peta Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang dikelilingi dalam bentuk hati. Logo ini membawa maksud kesatuan rakyat Malaysia yang sehati sejiwa. Bersama-sama menjaga keamanan dan keharmonian negara Malaysia.


MAKNA WARNA LOGO

Warna Merah - Lambang keberanian dan kesetiaan pada negara yang tercinta.

Warna Biru - Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum.

Warna Kuning - Lambang kedaulatan negara di bawah naungan Raja Berpelembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.

Warna Putih - Menjadi lambang kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin dan rakyar.


RASIONAL TEMA


#SehatiSejiwa adalah cerminan kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat kepada negara tercinta. Kesenadaan #SehatiSejiwa setiap lapisan masyarakat Malaysia akan terus menyatukan kita tanpa mengira garis sempadan nautika lautan, susur-galur keturunan, kepercayaan, adat resam dan negeri kelahiran.

Sambutan Hari Kemerdekaan 2015 bertemakan #SehatiSejiwa yang mampu bergerak dan menyemarakkan perasaan kasih sayang serta hormat-menghormati di antara kita. Ia akan meneguhkan lagi semangat petrotisme yang menjadi tonggak dan tiang seri kepada keharmonian dan perpaduan bangsa Malaysia. #SehatiSejiwa adalah titian hubungan - Yang Jauh Didekatkan, Ukhwah Dipereratkan, selamanya.


Lagu Hari Kemerdekan Malaysia 2015


Bersatu Hati Perkukuh Solidariti Nasional bagi merapatkan ukhwah antara kaum di Malaysia. Lagu Hari Kemerdekaan Malaysia 2015 menyentuh setiap pendengar. Ia diterapkan sedemikan rupa agar rakyat Malaysia dapat meghayati sepenuhnya Hari Kebangsaan Malaysia untuk tahun ini. Jom mari kita hayati sepnuh jiwa dan raga Lagu Hari kemerdekaan malaysia 2015 ini.






Lirik Hari Kemerdekaan Malaysia 2015


#SehatiSejiwa

Demi ……tanah yang bertuah
Taman….. cinta merdeka ..aaa
Kasih …di hatiku ini
Untukmu ….tanah pertiwi …iii

Dari …..utara selatan
Juga….. timur ke barat
Turut gagah ….Sabah Serawak
Se….hati Sejiwa.......

(Chorus)
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa

(Bridge)
Laut luas terbentang
Bukan satu halangan
Untuk kita bersama
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya…..


(Chorus)
Walaupun berbeza
Budaya Agama
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan
Marilah bersatu

Sehati sejiwa......

Malaysia Kekal Sejahtera … Korus Iban Kadazan…
(Mi i so ginavo) kadazan
(Kitai Dekak Mujur) iban
( mi i so ginavo)kadazan
(Ngetan Ke Menua) iban
(Mi i soginavo) kadazan
(Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati Sejiwa......


Lagu : Muhammad Yuri Edris
Lirik : Siso Kopratasa & Yuri Edris
Penyanyi : Alif Satar /choir Gemersik Chorus
Penyanyi Latar : Gemersik Chorus


Hayati sepenuhnya setiap Hari Kemerdekaan Malaysia 2015, yakni #SehatiSejiwa Tema, Logo, Lagu & Lirik Hari Kemerdekaan Malaysia 2015 pada tahun ini. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia 2015 buat semua rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan sepenih jiwa dan raga.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "#SehatiSejiwa Tema, Logo, Lagu & Lirik Hari Kemerdekaan Malaysia 2015"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top