Review Blog: Yeopmaz.com Jadi Pilihan

Review Blog: Yeopmaz.com Jadi Pilihan untuk dinilai sebagai sebuah blog yang perlu saya lontarkan pendapat, ulasan dan pandangan agar menjadi sebuah blog yang ada kualiti tersendiri. Nak tahu... sekarang adalah masa terbaik untuk direview blog beliau agar empunya diri Khairil Mazri menerima dengan hati yang terbuka.

Saya bukanlah seorang yang pakar dalam menilai sesuatu blog, lebih lagi mengkritik blog beliau yang dilihat secara kasar memang tiada cacat-celanya. Saya cuba cungkilkan seberapa banyak kelemahan dan kekurangan pada blog YeopMaz.com. Selepas itu barulah kita cari kelebihannya pula. Saya akan letakkan dalam ulasan pro dan kontra. Bukan senang nak mencari kecacatan pada thema Wordpress yang diolah sebegitu sempurna dengan plugin yang jitu dan  SEO Yoast dan SEO All In One Pack yang cukup power SEO.



Header Blog Yeopmaz.com


Review Blog: Yeopmaz com Jadi Pilihan


Blog yeopmaz.com telah menjadi pilihan saya untuk direview. Cadangan untuk review blog telah diutarakan oleh MrHanafi kepada saya melalui WhatApp pada 9 September yang lalu. Cadangan beliau amat bagus untuk memeriahkan lagi suasana di group WhatsApp Blogger Best Network yang semakin bertambah ramai keahliannya. Jika ada yang masih sudi untuk join group BBN dipersilakan hubungi melalui no telefon saya Kamil Salleh 013-9995015 atau MrHanafi 011-38228381.




Apa Ada Pada Blog YeopMaz.com  


Jom kita cari apa yang ada pada blog beliau. Blog yang menggunakan platform Wordpress sebagai blog peribadi/personal beliau. Blog ini dimiliki oleh saudara Khairil Mazri yang telah berkecimpung lebih kurang 10 tahun sebagai penulis blog/blogger tetapi telah menukar theme Iconic One Pro baru saja sebulan. 

Seorang yang cukup peramah ketika berbicara dengannya. Saya pernah bersua dengannya pada SBB2014 anjuran Denaihati Network. Mari kita kupas satu-persatu apa yang ada di blog YeopMaz.

1. Template

Template memainkan peranan yang terpenting untuk sesebuah blog. Yeop telah menggunakan template Iconic One Pro Theme. Satu template premium yang berpengaruh, banyak digunakan oleh blogger berasaskan Wordpress. Ia jenis responsif, mesra SEO, loading laju dan banyak lagilah nak bercerita tentang template ini. Tahniah Yeop Maz... telah  memilh template ini. Anda tidak keseorangan menggunakan template Iconic One Pro. Saya pun turut menggunakannya di blog kamils

Pro dan kontra - Terbaik dan amat sesuai untuk semua yang mementingkan kualiti. ia banyak digunakan oleh blogger di seluruh dunia dan ianya mudah membosankan pembaca jika tidak di susun dengan bijak dan sempurna.

  

2. Header Blog

Rata-rata header blog di Blogspot dan Wordpress berbeza. Kebanyakannya hanya tertulis nama blog dan sedikit discription berkaitan penerangan sesuatu blog. Lihat saja blog En Titan, Anarm, Amanz, MrHanafi, eizil, kamilsalleh.my semuanya tiada header blog. Ini bermakna header blog bukan perkara utama yang diperlukan oleh sesebuah blog, walaupun kita sedia maklum header blog merupakan satu pintu gerbang sesebuah blog. Kita juga tahu bahawa header blog yang besar membuatkan blog itu menjadi berat. Ini mungkin salah satu sebab kenapa blog Yeop Maz tiada header blog yang khusus, tidak seperti blog berasaskan platform blogspot.

Pro dan kontra - Semakin besar header blog, semakin berat blog tersebut.


3. Author

Apa itu author atau istilah bahasa Melayu adalah pengarang, yakni empunya diri blog terbabit. Ini menunjukkan bahawa Yeop telah menggunakan sepenuhnya fungsi author untuk diletakkan di blog beliau. Beliau huraikan secara terperinci tentang perasaan beliau yang terpendam di hati, diluahnya melalui blog sambil berkongsi informasi kepada pengunjung dan pembaca.

Pro dan kontra - Mudah dikenali dan sebagai satu biodata diri agar mudah dikenali apabila terserempak dengannya nanti, tetapi awas ia mudah dimanupulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


4. Widget

Yeop Maz menggunakan kesempatan kelebihan widget ini di padang di blog beliau. Beliau hanya menggunakan widget amat minimun tetapi yang menjadi kemuskilan kenapa Yeop Maz pasang button sosial media dan share melalui Facebook, Twitter, Google+ terlalu banyak. Ini menampakkan sedikit kecacatan pada blognya.

Beliau telah menggunakan aplikasi mobile/android untuk diguna pakai atau di pasang di smartphone pembaca. Ini satu kelebihan buat blog beliau dan membolehkan dan menyenangkan pembaca apabila memasang aplikasi tersebut di smartphone mereka.. 

Ada satu yang tiada di blog Yeop Maz, yakni Google Plus. Kemungkinan dah ada author, membuatkan Yeop tidak memasangnya. Inilah kepentingan membuat Review Blog: Yeopmaz.com Menjadi Pilihan. Di situ kita boleh mencari apa yang terencat dan boleh cuba perbaiki.

Susunan widget pada blog Yeop tidak tersusun sepenuhnya. Sepatutnya Yeop letakkan kotak "SEARCH" (Carilah Apa Saja...) di atas sekali di sebelah kanan dan widget button share tu perlu dibuang kerana ianya sudah banyak di pasang. 

Pro dan kontra - Widget yang dipasang di blog akan menampakkan kecantkan sesebuah blog tetapi jika berlebihan ia menyakitkan mata dan loading blog akan mengambil masa yang lama dan ini membuat pengunjung lari tanpa meninggalkan komen.


5. Warna

Sesuatu warna di blog memberi kesan yang sangat baik untuk pembaca. Ia juga adalah satu daya penarik. Pemilihan warna bersifat subjektif, ia mengikut selera pemilik blog itu sendiri. Yeop telah menggunakan warna merah di theme blognya. Warna merah yang dipilih amat sesuai buat beliau. Bagi saya apa saja warna memang cantik tetapi perlu menggunakan warna yang tidak terlampau menyilau mata dan ini akan menentukan kecantikkan sesebuah blog. 

Pro dan kontra - Warna yang cantik memberi satu daya penarik terhadap sesebuah blog dan jika memlih warna yang tidak sesuai akan menganggu pembaca.

 6. Kelajuan Blog



Review Blog: yeopsmaz jadi, pilihan.
Kelajuan Blog Boleh diikuti Di PageSpeed Insight



Ramai yang bercita-cita untuk melajukan blog mereka, Yeop Maz tidak terkecuali dalam soal ini. Loading blog yang lama memberi kesan yang tidak baik pada sesuatu blog. Google pun suka kelajuan blog agar ia dapat menilai dari segi SEO, PageRank, SERP, berautoriti dan paling penting cepat diindex oleh Googlebot di Web Master Tool.

Pro dan kontra - Semakin laju sesebuah blog, maka semakin menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan dan kembali menziarahi blog tersebut di lain masa.


Permarkahan Tahap SEO 



Review Blog: Yeopmaz.com Jadi Pilihan
SEO Score Di Blog yeopmaz.com


Blog Yeopmaz.com tidak begitu memuaskan dari segi pemarkahan dari segi SEO di chkme.com. Saya tak tahu bagaimana chkme menilai sesebuah blog. Mungkin perbezaannya template blogspot boleh coding css kod sementara Wordpress lebih kepada plugin yang mereka pasang.

Saya tidak mahu membandingkan kelebihan dan kekurangan Wordpress dan blogspot, ia bersifat subjektif. Ia mengikut penilian anda sendiri.


Kesimpulannya:


Saya memohon maaf jika ada teguran saya terhadap blog yeopmaz.com ini membuat beliau tidak senang duduk. Saya hanya memberi pandangan secara peribadi dari seorang blogger terhadap blog orang lain.

Apapun... saya hanyalah insan biasa dan masih belajar, belajar dan belajar. Ini adalah keikhlasan saya untuk mereview blog beliau. Entri Review Blog: Yeopmaz.com Jadi Pilihan kerana saya diamanahkan untuk membuat review pun diatas kerelaan sendiri. Ia telah dikemukakan dan dipersetujui oleh rakan-rakan lain dalam group Best Blogger Network.


Diharap Yeop menerima kritikan dan cadangan saya dengan hati terbuka. Bukan niat saya untuk memburukkan blog beliau tetapi sebagai kritikan yang membina dan ikhlas dari saya. Beliau berhak untuk menerima dan mengubahnya atau terus kekal dengan yang asal.

Semoga blog Yeop Maz terus maju jaya dan menjadi blog yang dikenali ramai oleh semua blogger di Malaysia dan seluruh dunia. Insya Allah.... Semoga sedikit sebanyak pandangan saya memberikan blog Yeop lebih bernilai lagi dan menjadi satu blog yang memberi nilai dan kualiti terhadap pembaca.

Wassalam.....

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Review Blog: Yeopmaz.com Jadi Pilihan"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top