Cara Mudah Dapat MyLesen JPJ

Cara Mudah Dapat MyLesen JPJ. Kita sedia maklum, ramai rakyat kita tidak memiliki lesen memandu lesen terutamanya motosikal. Inilah peluang terbaik untuk mendapatkan lesen motosikal dengan cara mudah dan murah. Ia adalah inisiatif JPJ yang mengalakkan golongan muda dan orang ramai memiliki lesen motosikal yang sah dari segi undang-undang. MyLesen telah menggunakan taglinenya "1Rakyat 1 Lesen".



Cara Mudah Dapat MyLesen JPJ
MyLesen JPJ



Cara Mudah Dapat MyLesen JPJ


Inilah masa yang paling tepat dan paling sesuai untuk memiliki lesen sah dengan memohon MyLesen yang dikendalikan oleh JPJ melalui sekolah memandu di seluruh Malaysia. Peluang begini tidak perlu dilepaskan begitu sahaja. Progran MyLesen telah dibuka pendaftarannya pada 15 September sehingga 15 Oktober. masih lagi ada masa untuk memohon. 

Program MyLesen ini mendapat kerjasama daripada Institut Latihan Memandu. Harga yang dikenakan amat mudah dan murah disekitar RM299 termasuk GST. Ia adalah lesen memandu jenis B2 sahaja. Ia ternyata lebih murah jika menggunakan saluran biasa yang dikenakan bayaran sebanyak RM350.

Untuk lebih menarik, mereka yang mendaftar secara percuma sebagai Ahli Skuad Muda 1JPJ akan diberikan keutamaan menyertai program MyLesen ini. Boleh mendaftar bila-bila masa, jika berminat.



Di Mana Boleh Dapatkan MyLesen?


Sebagai rakyat kita sebenarnya wajib memiliki lesen memandu. Oleh itu dapatlah segera MyLesen sebelum ianya ditutup pendaftarannya. Dianggarkan hanya 40,000 lebih sahaja yang telah mendaftar MyLesen. Sepatutnya perkara ini diambil perhatian, lebih lagi golongan muda yang berumur 16 tahun ke atas.

Bolehlah dapatkan MyLesen di mana-mana Institut Latihan Memandu atau boleh juga muat-turun borang secara online. Boleh layari di Borang MYLesen.


Kenapa Perlunya Miliki MyLesen?


  • Menggalakkan orang ramai memiliki lesen memandu yang sah dari segi undang-undang.
  • Membantu orang ramai yang teringin memerlukan lesen memandu tetapi kurang berkemampuan dari segi kewangan.
  • Memberi pendidikan tentang undang-undang Jalan raya serta membina etika pemanduan cara selamat dan berhemah.
  • Mengelakkan pihak ketiga mengambil keuntungan yang berlebihan daripada calon pemandu.
  • Merealisasikan sasaran kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya melibatkan penunggang motosikal melalui program peningkatan taraf pengetahuan, kemahiran dan sikap mengenai keselamatan jalan raya.
  • Meningkatkan tahap kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya menunggang tanpa lesen memandu yang sah dan akan lebih parah jika mengakibatkan kematian.


Senarai Institut Latihan Memandu MyLesen


Terdapat banyak Institut Latihan Memandu yang ambil program MyLesen ini. Ia meliputi seluruh Malaysia. Ini bagi memudahkan orang ramai untuk mendaftar sambil mengenakan yuran pembayaran RM299 yang amat murah dan mudah. Untuk mengetahu senarai Institut Latihan Memandu yang terdekat dengan tempat tinggal anda bolehlah layari di Institut Latihan Memandu.


Semoga program ini mendapat sambutan yang mengalakkan. Diseru agar anak-anak muda, belia-belia dalam lingkungan 16 tahun ke atas ambil peluang keemasan ini. Jika belum memilikinya cepat-cepatlah mendaftar.

Ingatlah orang tersayang, tidak usahlah menunggang motosikal jika tiada lesen memandu. Sudah-sudahlah apa yang berlaku terhadap penunggang motosikal sebelum ini. Lebih-lebihlagi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Siapa yang susah? Sudah pasti ibubapa anda, sanak-saudara anda, rakan-rakan anda. Jalanraya bukan tempat berlumba.... ha...ha..!


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
8 Komentar untuk "Cara Mudah Dapat MyLesen JPJ"

Bagus inisiatif sebegitu. Semoga setiap pemandu di negara kita lebih bertanggungjawab.

Bagus inisiatif sebegitu. Semoga setiap pemandu di negara kita lebih bertanggungjawab.

bagus ada program sebegini... menggalakkan memandu secara sah.... kalau kena saman sbb takda lesen lagi mahal kena bayar... Hehe....c

masa dah semakin suntuk..dah nak tutup nie

bagus camni at least bantu org dapat lesen yg sah

Program macam ni sekurang-kurangnya membantu pihak yang memang memerlukan..yang kurang berkemampuan...

MV pun lesen nak tamat dah hujung bulan ni...

cepatlah mendaftar
lepas nie jangan timbul isu "tak ramai yang mendaftar"
banyak betul keluar dalam tv dan radio bila ramai xapply
tapi dalam tv dan radio tak de plak nak iklankan

kmpul duit dlu skg ni..bru nk amik lesen..tp mmg xreti lgsung moto n kete..hehe

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top