Hari Sukan Negara 10 Oktober 2015. Hari ini bermulanya Hari Sukan Negara 2015. Ia julung kali diperkenalkan pada tahun ini bagi memupuk rakyat Malaysia untuk bersukan agar sentiasa sihat, cergas dan cerdas.

                                         
                                             
Hari Sukan Negara 10 September 2015
Hari Sukan Negara



Hari Sukan Negara 10 Oktober 2015


Tidak dapat disangkalkan lagi,sukan merupakan satu bidang yang terbaik untuk memberikan kita sihat dari segi kesihatan, cergas, cerdas, berdaya maju, bersemangat waja dan berwawasan.

Hari Sukan Negara #HariSukanNegara 2015 diwujudkan untuk membina asas ke arah negara yang bersukan dan untuk kita jadikan sukan sebagai acara amalan setiap masa  masyarakat Malaysia. Ini adalah idea Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin untuk menjadikan Hari Sukan Negara ini sebagai acara tahunan.

Hari Sukan Negara 2015 (HSN) juga adalah agenda penting kerajaan dalam membantu untuk meningkatkan perpaduan, salatulrahim antara semua kaum, meningkatkan kualiti kesihatan rakyat agar sentiasa sihat, malahan kerajaan akan membesarkan lagi tapak-tapak penyertaan acara sukan untuk rakyat dan tepat untuk rakyat mengamalkan cara hidup sihat dengan bersukan.

Ini dapat memupukkan jadi diri yang teguh, bersemangat waja dan ini boleh mengenal pasti bakat-bakat baru untuk menjadikan athlet Kebangsaan atau Malaysia untuk diserapkan ke mana-mana acara sukan yang berpotensi tinggi boleh bersaing di peringkat antarabangsa.

Kesimpulannya....Hari Sukan Negara 10 Oktober 2015 amat sesuai dijalankan secara tahunan kerana sukan adalah untuk semua, yakni untuk kita, keluarga kita, rakan kita dan semua masyarakat.

Jadilah Negara Kita Negara Bersukan. Natijahnya, usaha ini jadikan rakyat Malaysia lebih aktif dan bakal mencetuskan satu gerakan yang mampu meningkatkan penglibatan sukan di peringkat akar umbi dan sekaligus membentuk lebih ramai bintang sukan pada masa hadapan.