Sekolah Ditutup 2 Hari seluruh Semenanjung Malaysia kecuali Kelantan bermula hari ini (5 Oktober 2015) dan esok (6 Oktober 2015) akibat keadaan jerebu semakin teruk. Ini disebabkan Indek Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat dan diperingkat bahaya kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah.


                                 
Sekolah Ditutup 2 Hari
Sekolah Ditutup Akibat Jerebu


Sekolah Ditutup 2 Hari


Sesi penutupan ini melibatkan lebih daripada 6700 buah sekolah, yakni membabitkan 3,779,000 pelajar dan guru.

Jerebu Oh Jerebu.... Berikut keadaan jerebu yang semakin buruk dengan bacaan IPU dan dijangka bertambah serius di Semenanjung Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia membuat keputusan untuk menutup semua sekolah kecuali di Kelantan selama 2 hari.

Dalam keadaan cuaca semasa yang teruk, Sekolah Ditutup 2 Hari dan kementerian akan memantau dari masa ke semasa bacaan Indek Percemaran Udara (IPU) di seluruh Malaysia, terutama di Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Indek Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan mencatat bacaan yang tidak sihat pada pagi semalam iaitu di antara 200 hingga 300 lebih. Di Shah Alam, Selangor bacaan IPU mencecah paras berbahaya, yakni 308. Manakala di Kuala Lumpur (271), Johor (147), Negeri Sembilan (200), Melaka (173), Pahang (134), Perak (175), Kedah (147), Pulau Pinang (166), Terengganu (115), Perlis (85) dan Kelantan (78).


Nasihat Ketika Berjerebu


  • Elakkan daripada keluar rumah. Anak-anak pula biar bermain di dalam rumah. Kalau nak keluar juga, bawa mereka dengan menaiki kereta. Jangan terdedah kepada udara yang sangat bahaya itu.
  • Digalakkan untuk memakai topeng mulut dan hidung, ketika mahu masuk dan keluar daripada kereta.
  • Banyakkan minum air kosong, agar tekat sentiasa basah.... ini untuk mengelak tekak kering. Kalau tidak ia akan terkena penyakit asma, batuk, selsema dan bersin jika terdedah terlalu lama dengan jerebu ini.


Apapun kita tunggu dalam 2 hari ini, bagaimana keadaan jerebu ini. Adakah ia terus berjerebu atau sebaliknya?

Mungkin... jika bertambah teruk bacaan IPU, maka sudah pasti cuti sekolah akan disambung lagi. Adakah Sekolah Ditutup 2 Hari akan bersambung lagi? Kita tunggu dan lihat.