Sekolah Ditutup 2 Hari

Sekolah Ditutup 2 Hari seluruh Semenanjung Malaysia kecuali Kelantan bermula hari ini (5 Oktober 2015) dan esok (6 Oktober 2015) akibat keadaan jerebu semakin teruk. Ini disebabkan Indek Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat dan diperingkat bahaya kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah.


                                 
Sekolah Ditutup 2 Hari
Sekolah Ditutup Akibat Jerebu


Sekolah Ditutup 2 Hari


Sesi penutupan ini melibatkan lebih daripada 6700 buah sekolah, yakni membabitkan 3,779,000 pelajar dan guru.

Jerebu Oh Jerebu.... Berikut keadaan jerebu yang semakin buruk dengan bacaan IPU dan dijangka bertambah serius di Semenanjung Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia membuat keputusan untuk menutup semua sekolah kecuali di Kelantan selama 2 hari.

Dalam keadaan cuaca semasa yang teruk, Sekolah Ditutup 2 Hari dan kementerian akan memantau dari masa ke semasa bacaan Indek Percemaran Udara (IPU) di seluruh Malaysia, terutama di Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Indek Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan mencatat bacaan yang tidak sihat pada pagi semalam iaitu di antara 200 hingga 300 lebih. Di Shah Alam, Selangor bacaan IPU mencecah paras berbahaya, yakni 308. Manakala di Kuala Lumpur (271), Johor (147), Negeri Sembilan (200), Melaka (173), Pahang (134), Perak (175), Kedah (147), Pulau Pinang (166), Terengganu (115), Perlis (85) dan Kelantan (78).


Nasihat Ketika Berjerebu


  • Elakkan daripada keluar rumah. Anak-anak pula biar bermain di dalam rumah. Kalau nak keluar juga, bawa mereka dengan menaiki kereta. Jangan terdedah kepada udara yang sangat bahaya itu.
  • Digalakkan untuk memakai topeng mulut dan hidung, ketika mahu masuk dan keluar daripada kereta.
  • Banyakkan minum air kosong, agar tekat sentiasa basah.... ini untuk mengelak tekak kering. Kalau tidak ia akan terkena penyakit asma, batuk, selsema dan bersin jika terdedah terlalu lama dengan jerebu ini.


Apapun kita tunggu dalam 2 hari ini, bagaimana keadaan jerebu ini. Adakah ia terus berjerebu atau sebaliknya?

Mungkin... jika bertambah teruk bacaan IPU, maka sudah pasti cuti sekolah akan disambung lagi. Adakah Sekolah Ditutup 2 Hari akan bersambung lagi? Kita tunggu dan lihat. 

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
17 Komentar untuk "Sekolah Ditutup 2 Hari"

Bagus lah sekolah cuti...tapi ibubapanya pulak yang kena jerebu. Huhu

jerebu makin kritikal..udara makin tercemar....yg ada penyakit asma mungkin akan bertambah kronik jika tiada penjagaan khusus....aku sendiri pun sesak nafas dengan jerebu...namun ini semua ujian dari Allah untuk kita semua....sabar,tabah dan redha atas ketentuannya.

Ibubapa terkena jerebu itu terpaksa kerana mencari rezeki....Kak Yan. Jika cuti juga, majikan menanggung kerugian la...

Sama-sama kita doakan agar kejadian ini tidak berterusan. Insha Allah....

saya ni masalah memang kurang nak minum air masak! hahahahah nak buat mcm mana ye. ada tips tak bro?

baca juga: Cara Letak Code Css Di Blogspot

Mahu atau tidak kita perlu minum air masak, jika tidak pergi hospital, biarkan mereka (doktor) masukkan air melalui saluran darah yang biasa doktor masukan air kepada pesakit.

Tidak mahu tidak, kita wajib minum air 6 gelas sehari.

semoga jerebu ini semakin pulih...mana tahan nak hidu asap je..

Jerebu dah teruk sangat ni. Sampai rasa berkobar2 nak buat phd pasal jerebu.. Ngee

suka betul anak2 saya sebab cuti

Nasib baik lah dapat cuti.. kalau tak memang kesian aaa kat anak-anak yang ke sekolah mase jerebu terok nih...

Sama-sama kita doakan agar jerebu ini semakin bertambah baik.

Nampaknya hari ini dah semakin baik. Semoga ia tetus baik dari hari ke sehari.

biarkan saya aamiinkan doa tersebut bro..

rasanya dah semakin pulih sekarang ini

kebetulan anak demam masa cuti 2 hari tu. Namun dah beransur pulih sekali dengan perubahan cuaca yang lebih baik hari ini

Masa cuti untuk anak anak yg bersekolah memang bagus gak tu..ibubapa susah sikit nak bercut

Elok juga sekolah tutup sebab jerebu ni boleh mengakibatkan anak-anak sesak nafas...

Kasihan sekali tak sekolah rugi laa gara gara asap tebal ya? semoga bisa cepat diatasi asapnya
Obat herbal amandel

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top