Vape Kegilaan Ramai

Vape Kegilaan Ramai masyarakat Malaysia ketika ini. Vape atau Vapor (electronic cigarette) kini menjadi kegilaan ramai, sama ada yang sudah lama menjadi perokok tegar, anak-anak muda dan individu yang baru berjinak untuk mencuba sesuatu yang baru atas faktor terpengaruh dengan pelawaan rakan.

Ini mencetus fenomena baru dalam budaya merokok dengan alasan untuk berhenti mereokok dengan cara menyedup Vape, dalam waktu yang sama mereka mahu berhenti merokok. Agaknyalah.... adakah dengan menggunakan Vape, maka rokok mereka tinggalkan?




Vape Kegilaan Ramai
Vape - Sumber: Google


Vape Kegilaan Ramai


Fenomena ini semakin membimbangkan. Vape ternyata telah menjadi kegilaan ramai masyarakat Malaysia, ia juga telah menular ke seluruh dunia. Kalau mengikut sejarah wujudnya rokok elektronik bermula pada tahun 1963 lagi. Ia telah diperkenalkan daripada seorang yang bernama Herbert A. Gilbert tetapi ciptaanya tidak pernah dikomersialkan.

Vape telah menjadi kegilaan ramai setelah seorang ahli farmasi dari negara China, Hon Lik mewujudkan atau melahirkan semula vape ini pada tahun 2003 dengan kaedah mengewapkan nikotin yang dilarutkan dalam cecair "Propylane Glycol" (PG).


Faktor Vape Menjadi kegilaan Ramai


Ramai perokok tegar menjadikan Vape ini sebagai salah satu kaedah atau alternatif terbaik untuk membantu mereka berhenti merokok dengana alasan kononnya cecair PG mempunyai kandungan nikotin yang rendah berbanding rokok biasa, lantaran mereka menjadikan ia sebagai rutin harian mereka sebagai penganti rokok. Bagi mereka ia lebih selamat dan menjimatkan wang. Betul ke hisap Vape boleh menjimatkan wang? 

Tetapi bagi Institut Kesihatan Awam kebangsaan Jepun dalam kenyataan yang telah dikeluarkan pada November tahun lepas, mendedahkan bahawa kajian ke atas kandungan cecair Vape ini lebih berbahaya daripada rokok biasa yang kita sering melihat dijual di mana-mana kaunter jualan. 

Sebenarnya, kajian telah dijalankan terhadap Vape ini menunjukkan kadar karsinogen adalah 10 kali ganda berbanding rokok biasa yang ada jual di pasaran.

Sementara itu, Pakar Bedah dan Paru-Paru, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaya. Dr.Khairulfaizi Haron telah mendedahkan kandungan yang terdapat pada cecair PG dan nikotin boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan penggunaanya berpotensi untuk diserang penyakit angin ahmar dan jantung.


Hukum-Hakam Penggunaanya


Majlis fatwa Kebangsaan dalam kenyataan yang telah dikeluarkan pada Ogos yang lalu turut memfatwakan penggunaan Vape sebagai haram kerana ia juga adalah berkaitan terhadap perbuatan seperti menghisap Shisha

Keputusan telah dibuat setelah mengambil kira hasil muzakarah Khas Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 17 Julai 2013 yang memutuskan perbuatan menghisap shisha adalah haram dan umat Islam dilarang menghisap atau menyediakan perkhidmatan menghisap shasha atau apa-apa akitiviti yang menyerupainya.

Namun begitu, ia juga seperti menghisap rokok dan shisha tetapi ia juga menjadikan Vape Kegilaan Ramai pula. Malahan Kementerian Kesihatan Malaysia telah menasihatkan agar pengguna berhenti menggunakannya buat sementara waktu sehingga keputusan mengenai risikonya diumumkan dalam tempoh beberapa bulan lagi. Semua ini tidak diendahkan oleh penghisap tegar. Ia tidak ubah seperti "Mencurah Air Ke Daun Keladi"


Betul Ke Vape Alat Terapi Berhenti Merokok?


Ramai yang telah menganggap hisap Vape ini sebagai satu satu kaedah terapi untuk berhenti rokok. Buktinya, Vape menjadi kegilaan ramai dan menjadi semakin bertambah pengemarnya. Ia semakin berleluasa penggunaanya sehingga ramai yang sanggup menjual di kaki lima, gerai-gerai di tepi jalan, di pasar-pasar malam dan di kedai-kedai khas untuk penjualan Kedai Vapers ini. Harganya bolehlah dianggap mahal dalam sekitar RM200 hingga mencecah RM500 setiap unit.

Jika dilihat pada fenomena ini, bukannya Vape sebagai alat terapi untuk berhenti merokok, malah telah menajdi Vape Kegilaan Ramai, di mana ia lebih kepada mengalakkan lebih ramai individu yang tidak merokok mencuba, termasuklah golongan wanita, remaja bawah umur, murid sekolah dan yang lebih parahnya adalah kanak-kanak.

Perilaku penghisap rokok telah menjadi viral dalam sebuah klik video di mana seorang remaja wanita menghisap Vape dan sambil itu pula bergilir menghisap kepada beberapa kanak-kanak terbabit. Ia telah juga menjadi viral di media sosial.









Astarfirullah'alaazim...... Vape Kegilaan Ramai bukan saja kepada masyarakat kita yang dewasa, malahan kanak-kanak pun terikut-ikut. Ini sudah pasti mendapat bantahan orang ramai. Apa kesudahannya? Bagaimana pihak berwajib untuk menghentikan atau menangani masalah seperti ini?

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
28 Komentar untuk "Vape Kegilaan Ramai"

Mintak maaf cakap lah..kalau tengok pompuan hisap vape ni, nampak macam 'hodoh' giler...huhu

Mintak maaf cakap lah..kalau tengok pompuan hisap vape ni, nampak macam 'hodoh' giler...huhu

sekarang tak payah vape.. boleh buat amal sedut sorang sikit jerebu tu mana tau boleh tangani masalah jerebu... apa punya mak ajar anak hisap vape

Tanpa Nama
delete

Bahan-bahan dalam liquid vape,

1. Vegetable Glycerine
2.Propelene Glycol
3.Flavour
4. Pemanis
4. Nicotine ( ada liquid yang tak guna nikotine )

Bro, sila google dulu bahan2 di atas, baru boleh jumpa jawapan. Rokok lebih bahaya dari vape. Jangan marah bro, saya takut fakta bro salah tentang vape.

Terima kasih atas sharing ini. Yang pasti memang betul Vape adalah haram mengikut fatwa kebangsaan

Ramai yang dah mula menghisapnya, takut nanti ada anak-anak kita yang mula mencubanya... Moga dijauhkan...

Ha..ha... hisap vape sambil hidu jerebu, lagilah parah.

Saya tulis pun sekadar mengingatkan agar ianya tidak dihisap oleh golongan yang patuh melakukannya.

Semoga cecair vape ini selamat untuk digunakannya.

Ada juga cecair vape yang diperbuat daripada tumbuhan.

Haram tetap haram jika kandungan yang haram diguna pakai.

MV pun pelik..katanya nak stop.smoking..tp kalau duk still ber'vape' memang tak da makna la nak berhenti merokok tu

Jalan selamat jangan main vape dan jangan rokok...semua ini menjurus kepada nafsu

Betul tu.... kata nak berhenti tetapi dua-dua sedut. Nak jimat tapi dua-dua keluar duit.

Itulah yang terbaik, jangan sedup kedua-duanya. Lagi jimat lagi sihat.

betul memang vape sudah menjadi kegilaan ramai... tapi saya tak hihi...

Dulu ketika saya merokok 10 ringgit, 1 minggu... untuk satu kotak rokok... tapi sekarang ni alhamdulillah sudah berhenti... kerana anak lelaki saya bagi tahu papa hisap rokok tak baik nanti sakit... dari situlah saya rasa sebak bila dengan anak sekecil 5 tahun menasihati kita..

Emm..enth la vape ni bleh bg kita berhnti mrokok..

Kan bgus klu berhenti trus dr mrokok ni..

Parok bleh save bajet..

Asap vape ni lagi banyak dan berkepuk-kepuk. Memang mengganggu betul

ramai tak suka dgn asapnya yang banyak, sangat mengganggu

Tak payah cuba-cuba CP, jimat duit dan badan pun sihat.

Saya masih merokok.... ada jugak anak nasihat, wat tak endah je...

Memang betul Jie... Insha Allah... cuba berhenti.

Memang mengganggu.... asap lebih teruk dgn frogging asap penyembuy nyamuk. ha..ha...

Bukannya dorang dengar kalau kita nasihat, dorang marah lagi kat kita bila menengur.

saya ada masalah dengan orang yang hisap vape flavor ntah pape... sama jer pening dengan asap rokok...

As Salam,saya berkunjung ke sini tertarik dgn tajuk vape hehe..baru baru ni sy hampir meroyan sbb asap vape..saya tak suka kopi tiba tibaada sorg mamat ni dia betul2 hembus asap vape kena muka saya..geram betul lah.. skrg kalau nk keluar kena pakai mask..bkn sbb jerebu tp bmbg kna hembus asap vape lagi hehe

Asap rokokkan ada karbon monooksida

Biasalah trend zaman sekarang, mana-mana pun ada saja yang sedut asap vape... lebih byk drp yg sedut asap rokok.

Tiada bukti vape berbahaya.....jika ada pun hanya stament tak resmi macam kat atas....
Google lah satu dunia...tiada official confirmed vape berbahaya...bah kan pakar.mengatakan ia selamat...jauh lebib baik daei rokom...

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top