Akaun Laman Sosial Facebook Alvin Tan Dipadam

Akaun Laman Sosial Facebook Alvin Tan Dipadam setelah sehari beliau menghina umat Islam dengan memuat naik gambar bersiri yang menunjukkan blogger lucah itu menggunakan kitab suci Al-Quran sebagai tisu tandas. Satu lagi penghinaan beliau yang tidak menghormati sensitiviti agama Islam. 


Akaun Facebook Alvin Tan Dipadam
Akaun Facebook Alvin Tan Dipadam


Akaun Laman Sosial Facebook Alvin Tan Dipadam

Alvin Tan atau nama sebenarnya adalah Alvin Tan Jye Yee, 26 tahun, sebelum ini telah mendapat suaka politik di Amerika Syarikat telah mengesahkan perkara tersebut menerusi laman profil sebuah lagi akaun media sosial Facebook miliknya.

"My VERIFIED BADGE Facebook page has been permanently banned (Laman Facebook VERIFIED BADFE daya diharamkan untuk selamanya)" 

Dalam gambar bersiri yang beliau muat naik dilihat menggunakan helaian Al-Quran untuk membuang najis dan telah menyatakan bahawa membaca kitab suci itu di dalam tandas sebagai salah satu hobi hariannya.

Alvin Tan sebelum ini sudah banyak membuat kontroversi yang sengaja menghina agama Islam ketika berada di Amerika Syarikat.

Kini, akibat daripada tindakannya telah dikecam hebat oleh semua umat Islam dan juga bukan Islam yang tidak berpuas hati terhadap perbuatan biadabnya dan ramai yang telah memberi amaran akan mengadu perkara berkenaan kepada pihak Facebook. 

Namun begitu, walaupun akaun Facebook Alvin Tan dipadam dan ditutup tetapi beliau masih kembali ke dunia Facebook dengan akaun baru. Beliau mendakwa, beliau masih hidup menerusi akaun terbarunya. 

Berita Sensasi beliau yang mengatakan telah mati ditembak adalah merupakan satu berita yang beliau sendiri ciptakan sebagai simbolik terhadap akaunnya yang telah dipadam oleh pihak Facebook tetapi masih hidup/aktif dengan akau lain.

Sebagai seorang Islam, kita biarkan saja apa yang beliau lakukan. Tidak usahlah menghentam beliau dengan kata-kata kesat. Jika kita berbuat demikian seperti mengalakkan beliau untuk terus menghentam dan menjadikan beliau lebih agresif untuk terus membuat kontroversi yang tiada kesudahannya. Adakah Akaun Laman Sosial Facebook Alvin Tan Dipadam akan menjadikan beliau seorang yang baik hati dan mulia selepas ini?

Semoga Allah Taala membuka pintu hatinya agar mejadi insan yang mulia selepas ini. Hanya Allah Taala yang dapat menentukan di mana Allah Taala mahu tempatkan beliau. Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu kejadian dan kesudahannya selepas ini... Allah Yang Esa dapat menentukannya.

Jangan lupa baca artikel terdahulu : Spekulasi Susu Kambing Siti Nurhaliza.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
11 Komentar untuk "Akaun Laman Sosial Facebook Alvin Tan Dipadam"

Dia ni dah tak de benda nak buat tuh.

Tak tahulah apa nak jadi dengan manusia seperti beliau ini. Namun begitu yang lebih terusk apa yang terjadi tragedi berdarah di Perancis.

Hidup si Alvin ni sangat kasihan. Lari dari negara sendiri cari perlindungan di tempat lain. Kemudian dahagakan perhatian

jangan layan dia ni

Memang dia ni banyak mencari masalah, tak pernah puas dengan yang beliau buat selama ini.

Makin dilayan, makin teruk.

manusia berperangai dan berlelaku iblis terkutuk ...

Dia ni sengaja mencari perhatian umat Islam dengan isu sendiri..tiada guna melayan orang macam ni

Allah Ya Sami' duk tgk ja tu.... tgu hari tepat akan diutk dihukum...

Baguslah kena banned....daripada asyik menyebarkan isu-isu sensitif yang dia sendiri pun tak faham.

Kalau dipadam pun dia ni tetap akan buka akaun baru....huhu

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top