Selangor Juara Piala Malaysia 2015

Selangor Juara Piala Malaysia 2015 setelah mengalahkan Kedah dengan jaringan 2-0. Sudah cukup untuk mengembirakan peminat setia mereka. "Misi 33" mereka akhir berjaya malam ini, sesuatu yang sangat bermakna buat pasukan "Gergasi Merah" mereka.


                                 
Selangor Juara Piala Malaysia 2015
Selangor Juara Piala Malaysia 2015


Selangor Juara Piala Malaysia 2015
                                

                               
Selangor Juara Piala Malaysia 2015
Detik Bersejarah Selangor Selaku Juara Piala Malaysia Kali Ke-33

Selangor ( 2 ) vs ( 0 ) Kedah
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Shah Alam, Selangor.
Penjaring gol: Ahmad Hazwan Bakri - minit ke-4 dan 47 (Selangor).


Pada Aksi Final Piala Malaysia 2015 Selangor vs Kedah sebentar tadi (malam tadi), Selangor mengalahkan Kedah 2-0 di Stadium Shah Alam, Selangor. Aksi yang penuh bersemangat daripada kedua-dua pasukan, namun keputusan telah menyaksikan Selangor Juara Piala Malaysia 2015. 

Kedua-dua pasukan bermain dengan berhati-hati akibat padang yang lembab disebabkan hujan disebelah petang dan berlanjutan hingga perlawanan berlangsung menyukarkan kedua-dua pasukan mengaturkan strategi dan taktikal yang diterapkan oleh jurulatih mereka.

Setelah bermain dalam berhati-hati, kadang kala berlaku serangan pastas pada permainan tersebut. Jaringan pertama "The Red Gaints" akhirnya tiba juga pada minit ke-11. Ia telah dijaringkan oleh Ahmad Hazwan Bakri setelah memperdayakan penjaga gol Kedah Mohamad Firdaus dengan tendangan beliau di luar kotak penalti. Keputusan 1-0 kekal hingga ke tamat separuh masa pertama.

Nasib Tidak Menyebelahi Pasukan Kedah

Pada separuh masa kedua dimulakan, kedua-dua pasukan tidak berputus asa untuk mencari gol. Ketika pemainan bermula 2 minit saja, Selangor sekali lagi menghukum pertahanan Kedah dengan jaringan kedua daripada Ahmad Hazwan Bakri, yakni pada minit ke-47.

Derita Kedah berpanjangan, bukan saja kalah dengan jaringan 2-0 tetapi penjaganya juga diperintahkan keluar padang setelah Mohamad Firdaus menangkap bola di luar kawasan penalti ketika pemainan masih berbaki tujuh minit untuk ditamatkan.

Keputusan 2-0 kekal hingga ke wisel penamat. Tahniah buat pasukan Selangor. "Misi 33" akhirnya berjaya direalisasikan oleh pemain mereka. Piala Malaysia 2015 ini sudah pasti akan dihadiahkan kepada Sultan Selangor yang menyambut hari Keputeraan baginda pada 2 hari lepas. Untuk Keputusan Terkini dan penuh boleh ikuti menerusi artikel ini "Keputusan Terkini Piala Malaysia 2015, Selangor vs Kedah".

Kini sahlah bahawa Selangor Juara Piala Malaysia 2015 pada musim ini. Ramai yang tidak menjangkakan Selangor yang bermula dengan rentak tidak menyakinkan di awal musim tetapi dapat menjulang Piala Malaysia pada kali ini.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
21 Komentar untuk "Selangor Juara Piala Malaysia 2015"

Tak sangka negeri kelahiran MV boleh kalah, frust sungguh

Tahniah Selangor. Kedah tetap terbaik.

tahniah kepada team selangor..seronok yg bekerja di selangor..dapat cuti peristiwa esok ye.

Kan bagus kalau selangor menang, semua rakyat malaysia dapat cuti.. ehehe

terbaik selangor main malam tu..

tahniah Pasukan Selangor, pasukan Kedah cuba lagi tahun hadapan

Tahniah buat pasukan Selangor.

Selangor jadi juara tahun ni.

Seronok juga tengok mereka main malam tu. Selangor juara.

Tahniah buat Selangor, peminat Kedah boleh cuba lagi tahun depan. Kedah memang tidak ada rezeki tahun ini.

Memang Kedah terbaik, cuma nasib tidak menyebelahi. Selangor tidak persoa peluang terhidang.

Memang best rakyat Selangor dapat nikmati cuti free yang diumumkan oleh kerajaan Selangor.

Memang Selangor buat yang terbaik, sebab itu pasukannya menang, Kedah pula tidak guna kesempatan ruang yang ada untuk hasilkan gol.

Betul tu Kimmie, Selangor boleh mersikannya dan Kedah pula boleh cuba lagi tahun depan.

Tahniah buat kedua-dua pasukan, jika tiada hujan pasti lebih menarik lagi final Piala Malaysia musim ini.

Selangor layak tahun ini utk julang Piala Malaysia 2015.

Persembahan menarik daripada kedua-dua pasukan, Kedah dan Selangor.

selangor lebih layak menang.

so, tak hairan selangor menang sebab main lebih baik berbanding kedah.

kedah serba tak menjadi malam tu.

tahniah kepada team selangor..seronok yg bekerja di selangor..


cara bermain forex untuk pemula

Tahun depan harapnya boleh Menang la

Selangor, JDT, Kelantan, Kedah ada peluang tahun depan.

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top