Selangor vs Kedah, Siapa Juara Piala Malaysia 2015?

Selangor vs Kedah, Siapa Juara Piala Malaysia 2015? Persoalan ini akan terjawab pada malam ini bermula jam 8.45 malam di Stadium Shah Alam, Selangor. Jom kita saksikan aksi terbaik yang dipersembahkan oleh kedua-dua pasukan iaitu Selangor dan Kedah.


Selangor vs Kedah, Siapa Juara Piala Malaysia 2015
Final Piala Malaysia 2015

Selangor vs Kedah, Siapa Juara Piala Malaysia 2015

Selangor ( 2 ) vs ( 0 ) Kedah
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Shah Alam, Selangor
Penjaring Gol: Ahmad Hazwan Bakri - minit ke-4 dan 47 (Selangor).


Detik penentu di antara Selangor vs Kedah, Siapa Juara Piala Malaysia 2015 akan dapat ditentukan pada malam ini di Stadium Shah Alam, Selangor jam 8.45 malam. 

Kedua-dua pasukan, Selangor dan Kedah memiliki impian yang sama iaitu menjulang piala yang paling berprestij di negara kita iaitu Piala Malaysia 2015.

Tekad dan ikhtizam yang mereka mahukan memberi mesej yang jelas bahawa "Misi 33" dan "Ulangi Edisi 2008" akan direalisasikan oleh 22 pemain di atas padang. Sama ada mereka mampu menjayakannya, ia akan terjawab pada malam ini.


Misi Kemenangan Di Final Piala Malaysia 2015

Misi mahu menang sudah lama diidam-idamkan oleh kedua-dua pasukan. Ia bukan satu yang mustahil, hanya yang tidak melakukan kesilapan mudah akan berjaya malam ini.

Rentak kecemerlangan kedua-dua pasukan terselah ketika mereka menewaskan lawan masing-masing ketika aksi Separuh Akhir Kedua pada 6 Disember lalu. Ketika perlawanan lalu, Kedah menyingkirkan Felda United 2-1, namun Felda United gagal ke Final Piala Malaysia 2015 dengan agregat 4-3.

Sementara itu, Selangor menyekat kecemerlangan Pahang dengan jaringan 2-0. Pahang gagal ke Final Piala Malaysia dengan agregat 2-0.

Bagi Selangor, tahun ini merupakan tahun terbaik untuk merealisasikan "Misi 33" yang tertangguh semenjak tahun 2008 lagi.

Sudah pasti, ketua jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic ada ramuan terbaik untuk diterapkan strategi dan taktikal untuk anak buah mereka yang terkenal dengan jolokan "Gergasi Merah". Pemain kesayangan import mereka Andik Vermansyah yang berasal dari Indonesia dan Leandro Dos Santos dan Guilherme De Paula.

Namun jangan lupa kehebatan "Helang Merah" yang berjaya menyingkirkan Felda United untuk ke peringkat Final Piala Malaysia 2015. Bagi ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe sudah pasti ada strategi rahsia yang akan diperturunkan oleh beliau terhadap anak buah mereka.

Mereka mengharapkan kehebatan Baddrol Bakhtiar, Sandro Da Silva dan Chidi Edeh untuk merobek jaring pasukan Selangor yang dikawal oleh Norazlan Razali. 

Namun begitu, kedua-dua pasukan sebenarnya memiliki kekuatan tersendiri dan pasukan yang melakukan sedikit kesilapan akan pulang dengan kesedihan dan hampa.

Ramalan peminat seluruh Malaysia yang menonton di antara Selangor vs Kedah, Siapa Juara Piala Malaysia 2015 malam ini. 

Selamat menonton dan semoga terhibur dengan aksi mereka bermain malam ini.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Selangor vs Kedah, Siapa Juara Piala Malaysia 2015?"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top