Siaran Langsung Final Piala Malaysia 2015 Selangor vs Kedah

Siaran Langsung Final Piala Malaysia 2015 Selangor vs Kedah. Detik kemuncak Final Piala Malaysia 2015 bermula 8.45 malam ini menerusi TV online atau Live Streaming di antara Selangor vs Kedah. 

                             
Siaran Langsung Final Piala Malaysia 2015 Selangor vs Kedah
Final Piala Malaysia 2015

Siaran Langsung Final Piala Malaysia 2015 Selangor vs Kedah

Jika tidak berkesempatan malam ini ke Stadium Shah Alam, anda boleh ikuti Siaran Langsung Final Piala Malaysia 2015 Selangor vs Kedah menerusi RTM TV1 dan TV3 jam 8.45 malam.

Keputusan Terkini

12 Disember 2015 (Sabtu)

Selangor ( 2 ) vs ( 0 ) Kedah - ( Secara Langsung Di RTM TV1, TV3 )
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Shah Alam, Selangor.
Penjaring Gol: Ahmad Hazwan Bakri - minit ke-4 dan 47 (Selangor).

Selangor akan membuat perhitungan dengan Kedah pada Final Piala Malaysia 2015 di Stadium Shah Alam, Selangor.

Kedua-dua pasukan berpeluang untuk mendakap Piala Malaysia 2015 jika bermain dalam satu pasukan yang mantap dan tidak berlaku kesilapan mudah. Kegugupan pemain di dalam padang akan mengundang padah kepada pasukan terbabit.

Kedah bertekad untuk mengulangi kejayaan mereka menjulang Piala paling berprestij di negara kita, Piala Malaysia pada tahun 2008. Mereka berjaya mengalahkan Selangor 3-2 di stadium yang sama. Pada waktu itu mereka juga berjaya menjuarai Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Sementara itu, Selangor selaku tuan rumah tidak akan membiarkan Kedah menguasai permainan. Mereka sudah pasti akan membalas dendam terhadap kekalahan tersebut. "Misi 33" yang dilaung-laungkan sekian lama bakal berakhir jika mereka bermain dengan baik ketika berjaya mengalahkan Pahang pada Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2015 pada 6 Disember lalu.

Mereka mahu menang untuk dihadiahkan kepada KDYMM Sultan Selangor sempena Hari Keputeraan baginda pada 11 Disember (semalam).

Piala Malaysia 2015 milik siapa bakal terjawab malam ini dalam aksi yang penuh mendebarkan di Stadium Shah Alam yang boleh memuatkan 80,000 penonton.

Pada ramalan anda, pasukan mana yang menjuarai Piala Malaysia 2015? Berapakah jaringan bakal terhasil dan siapakah penjaringnya?

Sama-sama kita saksikan Keputusan Terkini Final Piala Malaysia 2015 Selangor vs Kedah.

Selamat menonton dan semoga terhibur.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Siaran Langsung Final Piala Malaysia 2015 Selangor vs Kedah"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top