sensasi2020

KAFA Setuju 35 Syarat Dr Vida Pamoga Qu Puteh | sensasi2020 KAFA Setuju 35 Syarat Dr Vida Pamoga Qu Puteh - sensasi2020

KAFA Setuju 35 Syarat Dr Vida Pamoga Qu Puteh

KAFA Setuju 35 Syarat Dr Vida Pamoga Qu Puteh | Jumlah penajaan sebanyak RM16 juta untuk tempoh dua musim membuatkan KAFA bersetuju dengan syarat-syayat yang telah ditetapkan oleh pengasas kecantikan Pamoga Qu Puteh Dato Seri Dr Hasmiza Othman.


                               
Kafa Setuju 35 Syarat Dr Vida Pamoga Qu Puteh
Pamoga Qu Puteh The Red Warriors

KAFA Setuju 35 Syarat Dr Vida Pamoga Qu Puteh

Pengasas produk kecantikan Pamoga Qu Puteh, Dato Seri Dr Hasmiza Othman telah menentapkan 35 syarat untuk KAFA bagi membolehkan beliau menaja RM18 juta untuk dua musim.

Dr Vida yakin dan berupaya melonjak skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (nama baru) ke tahap lebih tinggi. Semoga segala perancangan, target, hasrat ingin melihat dan mengecapi kejayaan antara Dr Vida untuk bola sepak Kelantan tercapai. Insha Allah....


Perjanjian Dr Vida Pamoga Qu Puteh Dengan KAFA

Semalam, KAFA dan Dr Vida telah bertemu bagi pembincangan terhadap tajaan tersebut. Pertemuan khas ini telah menemui kata sepakat dengan bersyarat yang telah ditetapkan oleh Dr Vida. 35 syarat telah ditetapkan termasuk dua syarat wajib iaitu mengecat keseluruhan stadium Sultan Muhammad IV dengan warna merah jambu dan menukar nama TRW kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors sebagai penjenamaan semula pasukan bolasepak Kelantan.

Tan Sri Annuar Musa telah mengumumkan pada sidang media semalam bahawa Dr Vida adalah Penasihat Kehormat KAFA dan menyatakan sesuatu kepada seluruh rakyat Kelantan "Saya mahu semua pihak khususnya penyokong Kelantan memberi peluang kepadanya untuk buktikan sesuatu terhadap pasukan bolasepak Kelantan The Red Warriors."

Apa pula kata Dr Vida "Saya tidak terfikir sebelum ini untuk menjadi Penasihat Kehormat bagi bola sepak Kelantan, terima kasih atas kepercayaan ini. Mereka (KAFA) juga betsetuju dengan 35 syarat tetmasuk dua syarat utama yang saya kemukakan."

"Bagi pihak saya jumlah tajaan akan meningkat dari segi kos pengiklanan. Tspi untuk KAFA, saya bagi satu bajet dan saya setuju dengan penajaan RM8 juta semusim. Semua perincian tajaan ini akan diumumkan secara rasmi pada 25 Januari ini."

"Saya minta kerjasama semua pihak untuk memahami perjuangan ini. Saya bukan suka-suka untuk metombak, tapi perjuangan kita baru bermula untuk mengangkat pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors ke peringkat lebih tinggi."


Syarat-Syarat Daripada Dr Vida Terhadap KAFA

Dr Vida memberitahu sebab kenapa beliau mahu mengubah warna Stadium Sultan Muhammad IV kepada warna merah jambu.

"Saya mahu bawa konsep kekeluargaan ketika peminat hadir di stadium. Itu sebab saya bawa kempen penyatuan warna pink (merah jambu) sebagai terima kasih sayang, keceriaan dan kecergasan." katanya.

Dalam pada itu, Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata, mereka bersetuju menerima syarat penajaan usahawan kosmetik itu kerana menganggapnya sesuatu yang unik."

"Kami dapat lebih banyak ilham dalam pemasaran kerana Qu Puteh mempunyai pendekatan yang sangat unik. Sebagai Penasihat Kehormat KAFA, beliau boleh campur secara langsung urusan dan perancangan bagi memajukan pasukan Kelantan."

Inilah masanya untuk pasukan Kelantan membuktikan sesuatu kepada peminat setia TRW bahawa tahun 2016 adalah peluang terbaik untuk mereka untuk mendapatkan kembali Piala Malaysia yang mereka pernah menang pada tahun 2010 dan kali terakhir memenanginya Piala Malaysia pada tahun 2012 setelah mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 di Stadium Shah Alam.


Harapan Peminat Terhadap Dr Vida dan KAFA

Semoga Pamoga Qu Puteh The Red Warriors dapat menyaingi kehebatan Selangor, JDT, Kedah, Pahang dan Felda United.

Apabila dah dapat penajaan besar sebegini, pasti perancangan pasukan Kelantan akan lebih teratur dan tersusun. Tidak ada lagi gaji tertunggak yang ingin peminat lihat selepas ini. Saya doakan agar ianya berjalan dengan lancar dan teratur dan agar Pamoga Qu Puteh The Red Warriors terus melekat di bibir peminat.

Kesimpulannya

Saya sebagai peminat setia TRW, sudah pasti menyokong sepenuhnya perjanjian dan kerjasama antara KAFA dan Dato Seri Dr Vida. Moga Dr Vida terus menaja pasukan Kelantan selama yang boleh.

Apabila kewangan sesuatu pasukan kukuh, sudah semestinya ada semangat untuk pemain membuktikan sesuatu dengan membawa pulang sebarang piala ke Kelantan. Insha Allah...

Jangan lupa kongsikan entri ini "KAFA Setuju 35 Syarat Dr Vida Pamoga Qu Puteh" kepada rakan-rakan anda.

Sekian, terima kasih membaca artikel ini. Jumpa lagi....

5 Komentar untuk "KAFA Setuju 35 Syarat Dr Vida Pamoga Qu Puteh"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top