Berhati-hati Ketika Menggunakan Telefon Bimbit

Berhati-hati Ketika Menggunakan Telefon Bimbit | Ramai yang ambil mudah dengan penggunaan telefon bimbit kerana banyak berlaku sesuatu yang tidak diingini sejak akhir-akhir ini. Ia boleh mengundang bahaya jika tidak berhati-hati. Ikuti langkah-langkah keselamatan ketika menggunakannya. Bukan itu saja, asyik bergayut juga boleh berlaku perkara yang buruk terhadap orang lain.  


Berhati-hati Ketika Menggunakan Telefon Bimbit
Telefon Bimbit Meletup

Berhati-hati Ketika Menggunakan Telefon Bimbit

Tabiat ketika menggunakan telefon bimbit (smartphone) ketika memandu, berjalan, ketika mengecas dan bercakap perlu berhati-hati. Banyak berlaku perkara yang tidak diingini sejak akhir-akhir ini.

Perkara ini perlu diambil serius supaya tidak berlaku kepada diri sendiri, keluarga dan orang di sekeliling kita. Walaupun di rumah, kita perlu ambil berat ketika mengecas, melayari internet dan bermedia sosial. Bila-bila masa, boleh mengakibatkan meletup atau terbakar.


Kisah-Kisah Malang Ketika Menggunakan Telefon Bimbit

Dalam satu kejadian, seorang kanak-kanak dilaporkan maut selepas terjatuh dari sebuah tangga bergerak di tingkat dua pusat membeli-belah di Kuala Lumpur pada 6 April 2015. Di mana dalam kejadian itu, satu rakaman kamera litar tertutup menunjukkan ibu mangsa sedang asyik menggunakan telefon bimbitnya pada waktu itu.



Seorang Tekong Nelayan Melecur ketika Menjawab Panggilan Telefon
Berhati-hati Ketika Menggunakan Telefon Bimbit

Dalam satu lagi kejadian seorang ibu kepada dua orang anak sedang lena bercakap melalui telefon bimbitnya, maut akibat renjatan elektik semasa bercakap ketika telefon tersebut masih sedang dicas. Ketika kejadian suami mangsa bersama anak-anaknya sedang tidur.

Sementara itu pada 22 April 2016 lalu, berita luar negara pula melaporkan seorang budak perempuan 11 tahun yang dikenali sebagai Arina, di Moscow terkena kilat petir setelah mangsa menjawab panggilan daripada bapanya yang ingin mengetahui di mana anaknya berada ketika hujan lebat dan ribut petir berlaku waktu itu.

Berita terbaru semalam pula melaporkan bahawa seorang tekong nelayan, Muhammad Syawal Md Isa, 28, cedera melecur di tangan, telinga dan muka kerana telefon bimbitnya  meletup ketika ingin menjawab panggilan telefon daripada rakannya. Sebaik saja telefon diangkat dan diletakkan di telinga beliau, tiba-tiba ia meletup. Ketika menjawab panggilan telefon masih lagi dicas.

Bukan itu saja, simtom ketagihan juga satu masalah besar terhadap penggunaan telefon bimbit. Ketagihan ini mungkin menunjukkan individu hilang kawalan diri dan menjadikan mereka menjadi seorang yang leka dan tidak mesra terhadap masyarakat sekitar. 

Jangan lupa baca kisah "Payu Dara Melecur Akibat iPhone" Seorang wanita dari Purfleet, Essex terpaksa menanggung kesakitan selepas payu daranya melecur teruk kerana telefon bimbitnya jenis iPhone miliknya terbakar sewaktu dicaj ketika beliau tidur.


Panduan Penggunaan Telefon Bimbit

Kita sebagai pengguna perlu mengambil langkah-langkah dan panduan yang betul ketka menggunakan telefon bimbit. Sebagai satu langkah alternatif, pihak berkuasa atau pihak kerajaan boleh memberi kesedaran kepada golongan taksub terhadap telefon bimbit.

  • Bukan sekadar menyaman ketika mennggunakan telefon semasa memandu, pihak berwajib boleh memberi risalah dan garis panduan yang betul cara-cara mencegah dan menghalang agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini akan berlaku.
  • Syarikat telekomunikasi boleh juga beri panduan ringkas cara pencegahan atau mengelak supaya perkara buruk terhadap penggunaaan telefon boleh juga dibuat.
  • Syarikat pembuat telefon juga boleh sertakan maklumat berkaitan telefon yang mereka jual kepada pengguna. Ini juga dapat membantu kepada pengguna mereka kerana apa-apa yang terjadi terhadap telefon buatan mereka boleh diambil tindakan di mahkamah.
  • Kita sebagai pengguna juga perlu peka dan sentiasa berhati-hati. jangan biarkan anak-anak atau kanak-kanak leka melayari internet, berchatting di media sosial, mendengar musik dalam tempoh yang lama kerana telefon bimbit akan panas jika digunakan dalam tempoh yang lama.
  • Jangan menggunakan telefon bimbit ketika mengecas terutamanya ketika bercakap di telefon atau ketika menjawab panggilan telefon. Ia boleh mengakibatkan renjatan elektrik atau meletup ketika menggunakannya.


Setelah apa yang berlaku baru-baru ini, kita sebagai pengguna perlu ambil langkah-langkah yang aktif agar tidak berlaku kepada kita pula. Jangan ambil mudah perkara yang berlaku di sekitar kita. Jadilah pengguna telefon bimbit yang bijak.

Mahukah kita lihat peristiwa kecederaan atau kehilangan nyawa berlaku terhadap diri kita dan keluarga kita? "Tepuk Dada Tanya Selera" Banyak kesan negetif daripada penggunaan telefon bimbit dan gajet-gajet lain yang ada di pasaran. Berhati-hati Ketika Menggunakan Telefon Bimbit. Jika bermanfaat bolehlah berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan anda.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
9 Komentar untuk "Berhati-hati Ketika Menggunakan Telefon Bimbit"

Bahaya betul. Jgn ambil mudah. Sy pun slalu gak guna mase cas. Pasni dah tak berani dah.

Banyak bahayanya tanpa kita sedar. Terima kasih atas perkongsian

kadang beli charger yang bukan original penyebab ni jugak..bahaya betul

bahaya betul yaa... sya jadi sikit cemas ni

Berhati-hati dan sentiasa ingat adalah satu langkah yang perlu kita lakukan. Ramai yang mengabaikan keselamatan ketika menggunakan telefon bimbit.

di daerah saya juga pernah terjadi hal seperti itu jadi kita harus senantiasa berhati hati

terima kasih informasi yang diberikan, ini sangat bermanfaat.
hal sederhana yang banyak di abaikan oleh orang.

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus

lebih hati hati dalam menggunakan handphone, terlebih ketika di charger
jangan pernah digunakan terlebih dahulu. salam kenal www.sixsenproduction.com

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top