ONEXOX Bekerjasama Dengan JDT

ONEXOX Berkerjasama Dengan JDT | Tahukah anda? Baru-baru ini ONEXOX telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan SOUTHERN Tiger Sdn Bhd, yakni kelab bolesepak Johor Draul Ta'zim (JDT). Ia dijalankan kerjasama perjanjian ini di Johor Bahru.


ONEXOX bekerjasama dengan JDT
ONEXOX Bekerjasama Dengan JDT


ONEXOX Bekerjasama dengan JDT

ONEXOX adalah sebuah syarikat yang mengendalikan rangkaian telekomunikasi mudah alih tempatan dan dikenali sebagai ONEXOX Sdn Bhd. ONEXOX adalah pelan komunikasi pertama seupamanya yang berusaha merapatkan hubungan dengan penyokong setia JDT selain memberi informasi terkini dengan pasukan kesayangan mereka.

Dalam kerjasama itu, ONEXOX memperkenalkan satu pelan prabayar istimewa (edisi khas) sempena perjanjian tersebut iaitu SOUTHERN Tiger Club Prepaid Starter Pack "JDT Sembang Bola" yang dilengkapi perkhidmatan Easy Menu melalui kod USSD yang dibolehkan mengakses secara dalam talian maupun luar talian.

Pelan ini dilengkapi dengan rangkaian 4G LTE ONEXOX yang membolehkan penyokong setia mereka dapat menonton video secara langsung dengan melayari laman web rasmi kelab mereka Southern Tiger "Luaskan Kuasa Mu".

Hadir sama dalam perjanjian kerjasama ini dihadir oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ONEXOX Sdn Bhd, Ng Kok Heng dan Pengurus Besar SOUTHERN Tiger Sdn Bhd, Raja Fauzeel Akmal dan Pengarah Eksekutif, Rezal Rahim.

Dengan kerjasama perjanjian tersebut diantara ONEXOX dan SOUTHERN Tiger Sdn Bhd, memberi banyak manfaat kepada keseluruhan penyokong Harimau Selatan. Semoga ia menjadi "Simkad ONEXOX Jadi Pilihan" ramai bukan saja di Johor malahan di seluruh Malaysia. 

ONEXOX menyasarkan jualan simkad pabayar edisi khas ini sebanyak 100,000 keping, khas untuk peminat setia JDT agar dapat berhubung terus dengan kelab mereka secara langsung dengan perkhidmatan yang terbaik daripada ONEXOX. 

Dengan asas yang kukuh dan kuat daripada pelanggan dari Johor akan meningkatkan lagi penggunaan data setiap kali melibatkan perlawanan JDT terutamanya Liga Super Malaysia, Piala FA dan Piala AFC.

dengan servis dan perkhidmatan yang ditawarkan ini, penyokong JDT mampu mendapatkan maklumat terkini walaupun di luar talian. Ciri ekselusif pek prabayar permulaan merupakan salah satu manfaatistimewa yang boleh dinikmati para penyokong JDT. Untuk lebih  lanjut sila baca "10 Soalan Berkaitan ONEXOX" supaya senang untuk mengetahui berkaitan ONEXOX dan keistimewaannya.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "ONEXOX Bekerjasama Dengan JDT"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top