Nasi Lemak Pandan MIEEZA Bakal Top Di Pandan Indah

Nasi Lemak Pandan MIEEZA Bakal Top Di Pandan Indah dalam waktu terdekat.  Ini kerana sebuah gerai jualan di bawah nama MIEEZA CREATIVE CATERING bakal membuka gerainya di Pandan Indah (MID POINT SHOPPING COMPLEX), tapak letak kereta bersebelahan The Store Mid Point Shopping Centre, Jalan Pandan Indah 1/25, 55100, Pandan Indah, Kuala Lumpur.



Nasi lemak Pandan MIEEZA Bakal Top Di Pandan Indah
Nasi Lemak Pandan MIEEZA

Nasi Lemak Pandan MIEEZA

Biasanya kita bersarapan pada waktu pagi dengan nasi lemak satu bungkus yang biasanya di jual di tepi-tepi jalan di kebanyakan tempat terutamanya di Semenanjung Malaysia. Tahukah anda? Ada juga nasi lemak yang berwarna hijau seperti warna daun pandan iaitu "Nasi Lemak Pandan".  Ianya tiada beza dengan nasi lemak biasa tetapi ia lebih wangi dengan aromanya seperti daun pandan. 



Nasi Lemak Pandan MIEEZA Bakal Top Di Pandan Indah
Tapak Letak Kereta Di Mid Point Shopping Complex

Kini anda boleh mencuba "Nasi Lemak Pandan MIEEZA". Ia akan dijual pada setiap malam bermula jam 7 malam dan berakhir pada 12 tengah malam di gerai tempat letak kereta berdekatan The Store Mid Point Complex, Jalan Pandan Indah 1/25, Kuala Lumpur.


Nasi Lemak Pandan Indah MIEEZA Bakal Top Di Pandan Indah
Bersama Blogger Cik Pinz Di Gerai Jualan

Kepada penduduk sekitar Ampang, Pandan Indah, Cheras, anda dialu-alukan untuk singgah untuk merasai keenakan nasi lemak pandan daripada MIEEZA CREATIVE CATERING yang sedia menerima tempahan daripada pelanggan. Boleh cuba dulu bagaimana rasanya. "Jika sedap beritahu kawan, jika tidak sedap, sila bagi tahu kami".

Bakal Top Di Pandan Indah

Untuk rakan-rakan saya sekalian, bolehlah berkunjung ke gerai kami. Semoga dengan kehadiran rakan-rakan sekalian akan lebih top lagi nasi lemak pandan selera dan citarasa ramai khas datangnya resepi dari kampung, yakni dari Kelantan yang terkenal dengan keenakan masakannya terutama sambal ikan bilis, sambal kerang, sambal udang, sambal kerang dan sebagainya. "Cuba sekali, pasti nak lagi".

Nasi Lemak Pandan MIEEZA Bakal Top Di Pandan Indah
Bersama Blogger Khir Khalid Di Gerai

Sebelum menjual di Pandan Indah, kami telah menjual di Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor. Selam sebulan kami berniaga di situ, menjual nasi kerabu, nasi berlauk seperti ayam pedas, ikan pedas, gulai ayam, gulai ikan tongkol, ikan cencaru panggang, ikan percik, ayam percik, ayam goreng kunyit, ikan singgang, sup ayam, ketupat sotong dan kuih muih seperti onde-onde (kuih gula melaka) dan banyak lagi.

Semasa di sana, ramai pelanggan bertanya "Di mana nak jual pula selepas hari raya ini?" Alhamdulillah.... rezeki Allah Maha Luas..... berkat doa dan usaha, maka terlaksanalah hasrat ingin menjual nasi lemak pandan di Pandan Indah dan Insha Allah akan menjual nasi kerabu, nasi dagang, nasi tomato, nasi minyak dan sebagainya.

Saya menyeru agar kalian semua berdoa agar segala urusan berjalan dengan lanjar dan akan bertambah pelanggan, menjadi top bukan saja di Pandan Indah tetapi di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur. Insha Allah. Bila sudah top, kami akan menjual secara online dan boleh menggunakan perkhidmatan penghantaran (delivery). Itulah harapan kami untuk masa hadapan, Insha Allah.

 Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi melalui talian yang tertera di bawah ini.

MIEEZA CREATIVE CATERING (002502388-M)
Lokasi: Tapak Letak Kereta
              The Store Mid Point Shopping Centre,
              Jalan Pandan Indah 1/25, 
              55100, Kuala Lumpur.
Tel: 0139975122 @
Tel: 0139995015
Waktu Beroperasi: 7.00 pm - 12.00 pm.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
32 Komentar untuk "Nasi Lemak Pandan MIEEZA Bakal Top Di Pandan Indah"

Huh..lama dh xg sana..

Nasi lemak Best mkn pg2 n mlm..hehe

Bestnya bila dengar nama Nasi Lemak Pandan, lebih lagi jika ada sambal sotong, sambal udang dan sambal kerang.

Tak sabar nak mencubanya.

Best Wooo nasik lemak...antara favorite saya...haha

Boleh try nie.. ehehe

seperti jodohnya ayam bakr saja..klik.. http://bit.ly/29Uot2z

Untungla tuan boleh berniaga nasi lemak..semoga terus sukses

cek video berikut untuk menambah pengetahuan temen temen http://bit.ly/29ZSxxh

In shaa Allah, nanti gua singgah.. semoga terus sukses bro!.. :)

Bestnya bila dengar nama Nasi Lemak Pandan, lebih lagi jika ada sambal sotong, sambal udang dan sambal kerang.

Bestnya kdlau dah makan nasi lemak pandan di waktu pagi atau malam. Moga sukses dgn bisnes bro...

Saya tau tempat ni :D In Shaa Allah ada kesempatan boleh singgah beli

kalau zaza jejak sana nanti..insyaallah zaza mai dtg... nak jgk rasa

Marilah ke sana Jie Susanos jika makan angin di Kuala Lumpur nanti.Bolehlah try makan Nasi Lemak Pandan Mieeza.

Boel try bila-bila masa iaitu diantara jam 7pm-12pm setiap malam.

Kalau dah favorite anda, bolehlah cepat-cepat mencubanya, ada pelbagai sambal disediakan.

Insha Allah...saya ada di sana dan setia menanti kedatangan anda.

Ada juga ayam goreng celup tepung dan ayam goreng berempah.

Dahlah mengidam ingin berniaga nasi lemak pandan. peluang begini saya tidak dilepaskan begitu saja. Doakan agar saya terus berjaya.

Terima kasih Khir Khalid telah singgah di gerai saya. Semoga anda berpuas hati dengan layanan saya dan menempati selera anda dengan sambal-sambal yang disediakan.

Ada empat jenis sambal disediakan iaitu sambal ikan bilis, sambal kerang, sambal sotong dan sambal kerang.

Doakan agar saya terus berjaya dan menjadi selera orang disekitarnya.

Yup Sabree Hussin, jika dah tahu lokasinya, bolehlah singgah jika ada di sekitar tempat saya berniaga tu.

Jom...marilah cepat-cepat datang ke Gerai Nasi Lemak Pandan MIEEZA. Saya sedia menunggu kehadiran Zaza Iman.

In Sha Allah saya akan sampai satu hari nanti memang nak dtg nampak sedapnya...

Boleh ni nak coba spt nya enak ^^

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog. - Hapus

ada masa akan terjah..dekat je..nad duk pandan jaya

semoga sukses dan jaya terus ya bos.

wah trimakasih infony
semoga sukses yahh :)

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top