sensasi2020

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V Dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-15 | sensasi2020 Sultan Kelantan Sultan Muhammad V Dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-15 - sensasi2020

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V Dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-15

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V Dipilih Yang di-Pertuan Agong Ke-15 semalam dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Khas kali ke-243 di Istana Negara, Kuala Lumpur untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa 13 Disember 2016 ini.


Sultan Kelantan Sultan Muhammad V Dipilih Yang di-Pertuan Agong Ke-15
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V Dipilih Yang di-Pertuan Agong Ke-15



Sultan Kelantan Sultan Muhammad V Dipilih Yang di-Pertuan Agong Ke-15
Sultan Muhammad V Yang di-Pertuan Agong Ke-15

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu, Sultan Kelantan Sultan muhammad V, 47 yang sebelum ini merupakan Timbalan yang di-Pertuan Agong mengantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 89 yang akan tamat tempoh pemerintahan baginda pada 12 Disember 2016 ini.

Pemilihan ini dijalankan pada Mesyurat Majlis Raja-Raja Khas semalam dan diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Raja perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan dihadiri semua sembilan orang raja Melayu.

Ini merupakan pemilihan Sultan Kelantan kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong. Sebelum ini nenda Sultan Muhammad V, Almarhum Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dipilih sebagai yang di-Pertuan Agong ke-6 bermula pada 29 September 1975 hingga 29 Mac 1979 (Kemangkatan Sultan Yahya Petra).

Sementara itu Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa pada tarikh dan tempoh yang sama.

Sultan Kelantan merupakan sultan berjiwa rakyat dan sering turun padang berjumpa dengan rakyat jelata dan amat dekat di hati rakyat Kelantan. Baginda sering mengadakan program untuk rakyat seperti Program Walkathon D'Raja Kelantan, majlis Qialmullial setiap kali bulan Ramadhan, Sementara hari raya Aidiladha, beliau menjadi juru sembelih binatang Qurban di Masjid Muhammmadi, Kota Bharu atau di Masjid Muhammad Faiz Petra di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Baginda sering berbaju gumbang (baju melayu), berkain pelikat dan berkopiah ketika melawat rakyat baginda. Kawasan yang sering baginda lawati adalah penduduk pendalam seperti Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang, yakni penduduk miskin dan orang asli di sana bagi memberi bantuan yang diperlukan.

Saya sebagai rakyat negeri Kelantan teruja dengan pemilihan ini. Saya menyembah ucapan tahniah kepada bagina Sultan Muhammad V, Sultan Kelantanb yang saya sayangi  Semoga negeri Kelantan dan malaysia akan terus makmur dan maju di bawah pemerintahan Sultan Muhammad V pada kali ke-15 ini.

"Daulat Tuanku". "Sembah Patik Harap Diampun".

14 Komentar untuk "Sultan Kelantan Sultan Muhammad V Dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-15"

tahniah sultan muhammad. cuma as an agong, takde efek sangat kot. kuasa raja dah kurang sangat

tahniah tuanku...mmg berjiwa rakyat

tahniah kepada sultan kelantan.. semoga Malaysia lebih maju dan teratur lepas nie

Tahniah buat sultan dan rakyat Kelantan... Daulat Tuanku.

Daulat Tuanku. Raja Kelantan berjiwa rakyat, hehe sama cam Tuanku Nazrin... berjiwa rakyat + raja handsome..hihi

Semoga Sultan Mahmud Amanah dan panjang umurnya..

info menarik dari malaysia terima kasih

Semoga dapat menjadi pemimpin yang amanah.

Mudah-mudahan jadi pemimpin yang amanah dan berani. Sultan dari negeri kelahiran bonda saya ni. Kagum dengan kerendahan hati baginda.

Amin mba ...
Sultan punya Istri berapa ?? Biasanya cantik cantik hehe
ibu hamil merokok kenapa tidak boleh ?

alhamdulillah, semoga dipanjangkan usia Yang Dipertuan Agong. dipermudahkan segala pentadbiran Yang Dipertuan

Mantap, terus maju yah pak

pemilihan yang bagus, moga terus diberkati olehNya

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top