Majlis Berkhatan Perdana SRCC Parlimen Pandan 2016

Assalamualaikum......
Salam sejahtera semua pembaca setia...!

Bermula saja cuti sekolah, pasti kita terjumpa banner kat mana-mana tentang Majlis Berkhatan Perdana. Maklum sajalah... cuti sekolah akhir tahun memang panjang. Peluang cuti panjang begini membuat ibubapa berhasrat untuk khatan atau bersunat anak lelaki mereka.


Majlis Berkhatan Perdana SRCC Parlimen Pandan 2016
Majlis Berkhatan Perdana SRCC Parlimen Pandan 2016

Majlis Berkhatan Perdana SRCC Parlimen Pandan 2016




Video: Majlis Khatan Perdana SRCC Parlimen Pandan 2016


Saya tahu majlis ini setelah terlihat satu banner yang diikat di tepi pagar Klinik Ibu & Anak Kg. Pandan Dalam semasa melalui jalan itu untuk ke tempat kerja saya di Kelana Jaya. Ia adalah anjuran SRCC Perlimen Pandan dan klinik kita sdn bhd serta klinik ibu & anak Pandan Dalam.


Majlis Berkhatan Perdana SRCC Parlimen Pandan 2016
Kanak-Kanak Diberi Sumbangan Di Majlis Berkhatan Perdana

Saya tertarik dengan bannernya mengambarkan latar belakang watak kartun tersohor kanak-kanak Upin-Ipin. Pendaftarannya dalah percuma, ini membuat saya terus pergi bertanya di klinik ibu & anak tersebut. Ia adalah terhad untuk 100 orang peserta, maka saya perlu buat pendaftaran dengan segera supaya tidak terlepas peluang ini.


Majlis Berkhatan Perdana SRCC Parlimen Pandan 2016
Selfie Bersama Irfan Sebelum Berkhatan

Saya rela ambil cuti pada hari tersebut, kalau tidak silap saya pada hari Isnin, 14 November yang lepas. Alhamdulillah.....hajat saya ingin mendapatkan salah satu tempat tercapai untuk anak lelaki saya Irfan.

Niat saya untuk berkhatankan anak saya bermula tahun lepas lagi (2015), namun tidak kesampaian di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sebelum tiba waktu ditunggu-tunggu, pihak penganjur telah membuat satu majlis doa selamat dan jamuan makan malam pada 14 November 2016 bermula jam 8.30 malam. Ini bagi mengenali peserta, ibubapa dan semua yang terlibat dalam Majlis Berkhatan Perdana SRCC Parlimen Pandan 2016.

Atur Cara Majlis Berkhatan Perdana

- 7.00 Pagi - Peserta/Ibubapa Daftar Diri
- 7.30 Pagi - Bacaan Doa Selamat
- 7.45 Pagi - Ucapan alu-aluan Oleh Datuk Hj Mohd Haniff Bin Hj Koslan
- 8.20 Pagi - Pembahagian angka giliran untuk peserta berkhatan
- 8.30 Pagi- Jamuan makan dan minum
- 8.45 Pagi - Sumbangan kain pelikat, sijil penyertaan dan beg sekolah untuk peserta berkhatan
- 9.00 Pagi - Sesi bergambar peserta, ibubapa dan dif-dif kehormat
- 9.20 Pagi - Acara mandi bersiram oleh pasukan Bomba
- 10.00 Pagi - Kanak-Kanak/peserta tunggu giliran untuk berkhatan
- 11.00 pagi - Pembukaan akaun BSN secara percuma oleh BSN cawangan Pandan Indah
- 12.00 Tengahari - Peserta diberi rehat selepas berkhatan dan bertemu ibubapa
- 12.30 Tengahari - Majlis bersurai


Majlis Berkhatan Perdana SRCC Parlimen Pandan 2016.
Irfan bersama peserta lain selepas dikhatankan

Jutaan terima kasih buat semua terutamanya, penyelaras majlis Enzik Zarul, Datuk Hj Mohd Haniff ketua UMNO bahagian Pandan, Muhammad Faizal Bin Hj Sufar, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pandan, AJK UMNO bahagian Pandan, petugas Klinik Kita Sdn Bhd, petugas Klinik Ibu & Anak Kg. Pandan Dalam, staff BSN, PTPTN, Klinik Ampang, agensi insuran dan pasukan BOMBA.

Maklumat Berkhatan

Apa itu berkhatan? Berkhatan adalah merupakan suatu minor surgeri dan ia adalah merupakan prosedur untuk membuang kulit yang menutupi kelenjar penis.Berkhatan juga merupakansuatu tuntutan agama kepada semua orang lelaki yang beragama Islam. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa berkhatan ini wajib manakala bagi anak perempuan adalah terpuji dan bukan wajib.

Teknik berkhatan yang dilakukan di kebanyakan klinik adalah merupakan salah satu teknik moden dengan menggunakan peralatan yang dipanggil "Diathermy". Teknik ini merupakan kaedah baru yang kini popular dikalangan masyarakat. bagi orang awan biasa, prosedur ini dikenali dengan nama "Khatan Laser". Peralatan ini adalah menggunakan FEC,"Frequency electric current" untuk memotong kulitdan menghentikan pendarahan. Kaedah FEC tidak memberikan kesan kepada tisu-tisu otot.

Prosedur berkhatan ini dilakukan secara pofesional dan dibuat oleh doltor terlatih, mahir dan berpengalaman. Kebaikan kaedah memotong dengan cara ini adalah praktikal, cepat, mudah dan pendarahan yang berlaku adalah amat sedikit. Umumnya, luka khatan tidak perlu dibalut kerana sudah kering dari pendarahan. Penjagaan luka selepas berkhatan adalah senang, mudah dan cepat sembuh. Penyembuhan biasanya mengambil masa yang singkat iaitu diantara 3 hari ke 5 hari.

Prosedur Berkhatan


  • Kerjasama daripada pesakit dan ibubapa adalah sangat diperlukan, bertenang dan mematuhi arahan yang diberi. Anak-anak perlu diberikan kata-kata semangat. Biasanya ibubapa atau penjaga tidak perlu menemani anak-anak mereka ke bilik berkhatan. Ini bagi mengelakkan anak-anak bersikap "manja" dan sukar untuk bertenang.
  • Pesakit hendaklagh memastikan bahagian kemaluan dibasuh dengan bersih dan bulu-bulu yang tumbuh di sekitar kemaluan hendaklah dipotong atau dicukur. Ini bagi mengelakkan berlakunya infreksi kepada tempat berkhatan.
  • Suntikan pelalian setempat akan diberikan di kemaluan dengan menggunakan jarum yang kecil dan halus. Suntikan akan dilakukan dengan cermat dan mungkin menghasilkan sedikit kesakitan yang sementara.
  • Selepas suntikan, pesakit akan berehat selama 5 minit untuk memastikan pelalian itu berfungsi sepenuhnya dan pesakit tidak akan merasa sakit sewaktu berkhatan nanti.
  • Selepas beerkhatan, jahitan akan dibuat pada bahagian yang dipotong dan ianya tidak menyakitkan. Proses jahitan akan dibuat pada bahagian yang dipotong dan ianya tidak menyakitkan.Proses jahitan ini menggunakan jenis benang yang nudah tanggal sendiri selepas 5 ke 7 hari.
  • Biasanya pihak klinik mengamalkan "Open Wound Care" iaitu tiada balutan yang dibuat pada bahagian luka. Ini bagi memudahkan penjagaan kebersihan luka. Satu tampalan ringan akan dilakukan di bahagian kemaluan dan ianya hendaklah dibuka atau dibuang sewaktu hendak buang air kecil.
  • Pesakit boleh berjalan seperti biasa dan boleh memakai kain atau seluar yang longgar.

Penjagaan Selepas Berkhatan

  • Pesakit dinasihatkan berehat dari melakukan aktiviti lasak serta elakkan kekerapan ereksi penis.
  • Pesakit dinasihatkan mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan seperti Analgesic (tahan sakit). Postan 250mg (3 kali sehari) dan antibiotik, Cloxacillin 250mg (4 kali sehati) atau Cephalosporin 250 mg (3 kali sehari).
  • Bahagian luka dan persekitarannya hendaklah dipastikan bersih bagi mengelak infeksi.
  • Berhati-hati dengan pendarahan selepas berkhatan. Seandainya ada pendarahan, sila dapatkan rawatan ke klinik dengan segera.
  • Perbanyakkan rehat, ini bagi mengelak bengkak, perdarahan dan juga akan melambatkan proses penyembuhan.
  • Selepas buang air kecil, bersihkan kemaluan dengan tisu dan pastikan bhagian berkhatan sentiasa kering.
  • Tiada pantang-larang yang khusus bagi pemakanan dan minuman. Walau bagaimanapun pesakit boleh juga mengikuti petua-petua atau adat resam orang melayu seperti mengurangkan pengambilan udang, sotong, ketam, belacan, telur dan sebagainya. 
  • Pesakit dinasihatan datang semula ke klinik selepas dua hari atau lebih tempoh telah berkhatan untuk tujuan pemeriksaan oleh doktor dan dressing jika perlu.


Akhir kata, jom pakat berkhatan beramai-ramai bagi memeriahkan suasana "Majlsi Berkhatan Perdana SRCC Parlimen Pandan 2016". Sempena cuti sekolah akhir tahun, kita sebagai ibubapa digalakkan untuk berkhatankan agar anak kita kelihatan bersih dilain hari. "Selamat Berkhatan untuk semua" yang ada anak lelaki. Apabila dah berkhatan atau bersunat, maka anak lelaki tersebut akan menuju ke alam dewasa. 

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
3 Komentar untuk "Majlis Berkhatan Perdana SRCC Parlimen Pandan 2016"

waaaah semoga maju terus dan selalu diberi kelacaran amiiiin....sukses selalu

Semoga Alloh mememberi Keberkahan amiiin

musim sekolah sekarang kan sesuai lah kalau nak berkhatan pun.

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top