Cara Memohon Wang Tak Dituntut (WTD)

Cara Memohon Wang Tak Dituntut (WTD) | Rata-rata rakyat Malaysia tidak mengetahui bahawa wang mereka ada di mana-mana akaun bank kerana terlalu banyak memiliki akaun peribadi disamping itu ada juga akaun semasa (syarikat).

Sebagai pemegang amanah, kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas wang terbabit dan sentiasa melindungi agar selamat dalam pegangan kerajaan sehinggalah ianya dituntut.



Cara Memohon Wang Tak Dituntut (WTD)
Wang Tak Dituntut (WTD)


Cara Memohon Wang Tak Dituntut (WTD) 


Tabiat orang Malaysia yang suka membuka banyak akaun bank sehingga terlupa bahawa wang mereka masih ada. Jika akaun mereka tidak aktif selama setahun, wang mereka akan dibekukan.

Pemilik boleh mengeluarkannya secara manual dengan cara mengambilnya di mana-mana kaunter bank yang mereka simpan sebelum ini dan mengisi borang untuk mengeluarkannya.

Jika akaun tersebut melebihi tujuh tahun, ia akan dihantar ke Jabatan Akauntan Negara untuk disimpan. Pemilik wang tak dituntut bolehlah membuat pemohonan dengan mengisi borang.

Ada dua akaun untuk mereka yang ingin tuntut wang tersebut iaitu individu dan syarikat.


Individu


Borang dan dokumen sokongan wajib yang diperlukan adalah seperti beriku:

  • Borang UMA-7 (lengkap diisi dan ditandatangan). 
  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Dokumen asal/buku bank.
  • Salinan muka hadapan buku bank yang masih aktif (tertera nama dan nombor akaun pemohon disahkan oleh pihak bank).
  • Pemilik akaun bersama pula, ia harus mempunyai tandatangan bersama. Tuntutan hendaklah dibuat bersama oleh pemegang akaun.

Syarikat                   


Borang dan dokumen sokongan wajib yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Borang UMA-7 (lengkap diisi dan ditandatangan).
  • Cop syarikat diturunkan atas Borang UMA-7.
  • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat.
  • Dokumen asal (penyata bank).
  • Salinan muka hadapan buku akaun yang masih aktif (tertera nama dan nombor akaun pemohon yang disahkan oleh pihak bank).

Bayaran Tuntutan


Pemilikakaun atau mana-mana pihak yang dapat membuktikan bahawa beliau mempunyai hak di sisi undang-undang terhadap wang tak dituntut (WTD) bolehlah membuat pemohonan tuntutan di Pejabat Akauntan Negara di seluruh negara.

Bagi tujuan bayaran balik WTD, pihak yang mengemukakan tuntutan perlu menyerahkan borang UMA-7 dan semua dokumen sokongan yang diperlukan.

Jumlah wang yang dituntut akan dikreditkan ke dalam akaun pemilik yang aktif dalam tempoh tiga bulan.

Untuk sebarang pertanyaan atau perlukan maklumat lanjut, bolehlah layari www.anm.gov.my atau hubungi melalui talian telefon 03-88821000.


Sebab Terjadinya Wang Tak Dituntut (WTD)


Banyak sebab terjadinya Wang Tak Dituntut sehingga Jabatan Akauntan Negara terpaksa menyimpannya. Dianggar hampir RM5.8 billion telah terkumpul akibat WTD. Inilah sebab-sebab yang kebanyakan kita sudah mengetahui tempatnya.


  • Pemilik akaun tidak dimaklumkan bahawa ada kewujudan wang dalam akaun tersebut seperti wang pencen, sijil simpinan premium, saham dan sebagainya.
  •  Bayaran gaji, upah, komisen, bonus, duit insentif, elaun dan wang lain yang dibayar kepada pekerja atau kakitangan tanpa pemilik mengetahuinya.
  • Tuntutan pelbagai jenis insuran yang telah diluluskan untuk bayaran.
  • Draf bank, casher's order dan dokumen lain yang mempunyai fungsi serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput (expired).
  • Wang dividen dan keuntungan yang diisytiharkan untuk diagihkan atau dibahagikan.
  • Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang tidak dikendalikan melalui apa-apa urus niaga bagi tempoh masa tidak kurang daripada dua tahun. Kategori ini merujuk kepada akaun pemiutang dan penghutang perdagangan.


Individu yang ingin menyemak status WTD mereka, bolehlah berkunjung ke Jabatan Akauntan Negara atau talian yang tertera di atas.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
8 Komentar untuk "Cara Memohon Wang Tak Dituntut (WTD) "

lama sungguh nak tunggu 3 bulan..

Kalau rasa dalam bank baki tak banyak mana... tak perlu tuntut kot ahahaha

Banyak sungguh jumlah wang yang tak dituntut ni, sampai 5.8 billion ni kan

Sekarang ni memang viral berkenaan wang yang tak dituntut ni kan,...

Saya punya adalah RM16.42... macam malas pula nak naik turun settle WTD ni... tapi info terbaik ni, senang nak rujuk kalau nak ambik WTD tu...

1Betqq Situs Judi Online Dengan Permainan 7 Permainan Dalam 1 User ID :
- DOMINO 99
- BANDAR Q
- ADU Q
- BANDAR POKER
- POKER ONLINE
- CAPSA SUSUN
- SAKONG ONLINE

Terima kasih atas artikelnya yang sangat bagus..

Artikel ini sangat bermanfaat dan menambah wawasan. Jika admin berkenan silahkan kunjungi situs kami di Bandar Sakong Online

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top