Mulakan Pendapatan Dengan Adsense

Mulakan Pendapatan Dengan Adsense |Start Earning With Adsense,  itulah emel yang saya dapat melalui Gmail yang dihantar oleh pihak Google Adsense. "Small change can make a big defferance" (Sedikit perubahan boleh buatkan perbezaan yang besar).



Mulakan Pendapatan Dengan Adsense
Google Adsense Akaun Penuh


Mulakan Pendapatan Dengan Adsense 



Mulakan Pendapatan Dengan Adsense
Pendapatan Dari Adsense


"Tahniah!  Akaun anda kini diluluskan sepenuhnya. Selamat datang ke AdSense!  Kini... Kami menantikan perkongsian anda agar sama-sama berjaya." 

"Jika anda telah meletakkan unit iklan di website,  anda akan mula melihat iklan secara langsung dan mula boleh dapat wang daripada kandungan (content) dalam talian dalam masa beberapa jam sahaja"
Great news!  Your ads are live. (Berita baik!  Iklan anda dah disiarkan secara langsung).

Artikel sebelum ini saya kongsi cerita berkaitan "Google Adsense Dah Lulus Akaun Penuh Tetapi... "
Sekarang...  dah boleh menarik nafas panjang dengan munculnya iklan adsense di blog saya sensasi2020. Boleh baca artikel berkaitan Iklan Adsense Di Blog sensasi2020 Dah Muncul.

Terima kasih untuk Team Google dah lulus akaun penuh saya dengan 8 hari sahaja tanpa menunggu tempoh yang lama.

Semakin Bersemangat Nak Update Blog


Bila saja perkhabaran berita yang mengembirakan hati ini telah diberitahu oleh pihak adsense,  mula bersemangat kembali nak kemas kini (update)  blog.

Selepas hari raya Aidilfitri, semangat berkobar-kobar mula datang.

Walaupun tidak update setiap hari, sekurang-kurangnya dua entri untuk seminggu dah cukup baik.

Maklum sajalah,  siang hari bekerja, malam pula bekerja sendiri menjual Nasi Lemak Pandan Mieeza.

Terpaksa mencuri masa di malam hari untuk menulis artikel dan disimpan sementara di draf blog sebelum diterbitkan (publish).


Polisi Adsense Mesti Dipatuhi


Akaun telah diluluskan,  akaun Non Hosted pulak tu.  Oleh itu jagalah dengan baik dengan mengikuti terma dan syarat yang adsense telah tetapkan. Ikuti polisi yang mereka siarkan di bahagian help (bantuan). Baca dan hadam sepenuhnya. Jangan melanggarnya dah la...

  • Jangan klik sendiri iklan adsense di blog.
  • Jangan menyuruh orang lain klik iklan adsense di blog anda.
  • Jangan masukkan sebarang kandungan laman web yang dilarang termasuk kandungan dewasa,  keganasan,  perkauman,  pelacuran,  pornografi,  dadah (alkohol dan tembakau).
  • Tidak menyalahi undang-undang hakcipta (copyright), hakcipta orang lain. 
  • Jangan ubahsuai kod adsense anda. Kalau parse dibolehkan.
  • Jangan letak iklan terlalu banyak dalam satu-satu blog atau halaman. 
  • Jangan letak imej (foto atau gambar) berdekatan dengan iklan yang boleh membuatkan penguna klik iklan tersebut yang disangka imej dalam artikel. 
  • Jangan guna trafik berbayar yang melanggar TOS google adsense. 
  • Membuat iklan adsense seolah-olah sebahagian daripada isi kandungan blog anda. 
  • Jangan letak iklan di 404 page,  log in page, thank you page dan sebagainya. 
  • Jangan letak iklan di laman yang hanya mengandungi gambar dan video sahaja. 

Optimakan Blog Pendapatan Pasti Lumayan


Syarat,  terma dan polisi adsense telah dipatuhi,  kini tibanya untuk langkah seterusnya. Apakah langkah seterusnya agar iklan adsense yang kita pasang boleh menjana pendapatan yang lumayan?
Jom kita lakukan dengan cara terbaik dengan mengamalkan 4 langkah ini. 

  • SEO (Search Engine Optimization). 
  • Isi kandungan blog yang berkualiti. 
  • Reka bentuk laman web atau blog yang terbaik,  boleh guna yang premium. 
  • Guna kata kunci (keyword) yang relaven dengan niche blig yang kita gunakan. 

Insya Allah,  moga banyak dapat manfaat dengan artikel ini "Mulakan Pendapatan Dengan Adsense"

Saya cuma insan biasa,  menulis sekadar pengalaman yang ada disamping banyak membaca dan mengkaji dan pratikkannya. 

Sekian,  terima kasih yang sudi baca sampai habis. 

Berjumpa lagi di lain artikel. 

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
13 Komentar untuk "Mulakan Pendapatan Dengan Adsense"

Sangat beruntung ada iklan Google.. Semoga murah rezeki hendaknya

Wow.... semakin mengganas dah abang kamil

Macam mana bro boleh approve..saya dah berbelas kali dah buat..tak jugak approve

Insha Allah bro mrhanafi.... saya cuba buat artikel terbaik dan mesra SEO agar berada di page 1 dan mudah bagi pembaca mencarinya.

Yup...menganas untuk tambah income melalui blog dengan iklan adsense.

Cuba buat permohonan google adsense youtube (kalau ada video tutorial sensiri). Bila dah dapat (approve), upgrade melalui blog dengan melakukan setting di dashboard adsense iaitu di bahagian add product.

Cuba buat permohonan google adsense youtube (kalau ada video tutorial sensiri). Bila dah dapat (approve), upgrade melalui blog dengan melakukan setting di dashboard adsense iaitu di bahagian add product.

terkadang ngurusin adsense bikin setress sendiri bang. gampang gampang susah.

Tahniah tuan Kamil. Boleh jadi passive income tu :)

dengan kepakaran dan kemahiran tuan dalam bidang SEO..

itu bukan satu perkara yang susah tuan..

keep it up

Alhamdulillah tahniah tuan! :)

Wah Adsense... semoga saya juga mendapatkan kesempatan yang sama... :D

semoga murah rezeki tuan melalui Google Ads. Doakan utk kawan2 juga :-)

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top