Aiskrim FruityBug Terbaru Nestle - Nestle merupakan jenama yang sinonim dengan aiskrim di Malaysia yang biasa dikenali sebagai Mat Kool.

Aiskrim FruituBug Terbaru Nestle
Aiskrim FruityBug 


Aiskrim FruityBug Terbaru Nestle



Nestle Malaysia terkenal dengan pengeluaran aiskrim terutama Mat Kool.

Mat Kool adalah salah satu jenama aiskrim untuk kanak-kanak yang banyak menghasilkan aiskrim yang sangat digemari oleh kanak-kanak di Malaysia dengan reka bentuk yang menarik seperti Butterfly,  Panda, Paddle Pop,  Split,  Banana dan banyak lagi. 

Terbaru (Nestle) Mat Kool melancarkan aiskrim terbaru dengan dwibatang berbentuk Kumbang yang diberi nama Mat Kool FruityBug.

Ada dua perasa yang ada pada FruityBug,  yakni perisa Strawberry dan nanas. 

Semua pewarna diperbuat daripada sumber tumbuh-tumbuhan semulajadi.  Ia dengan sendirinya menarik minat kanak-kanak dan orang dewasa dengan bentuk, warna dan perisa tertentu.

Sebelum ini,  Mat Kool telah berjaya menghasilkan Butterfly,  sekarang Nat Kool menghasilkan FruityBug pula.

Nestle sentiasa brrusaha menghasilkan aiskrim baharu dalam produk Nestle Ice Cream bagi meningkatkan lagi detik-detik terindah yang mampu membawa keseronokan dan senyuman dalam setiap orang dapat merasai, menikmati aiskrim mereka.

Lebih menarik lagi,  meteka telah mengadakan majlis pelancaran Aiskrim Mat Kool FruityBug di Mydin Mall,  Subang Jaya,  Selangor.

Orang ramai berpeluang memenangi hadiah berupa Mat Kool FruityBug dan beg dingin beku edisi terhad.

Promosi ini diadakan di seluruh Malaysia sepanjang bulan September hingga Oktober 2017.

Jom dapatkan sekarang Aiskrim FruityBug Terbaru Nestle di seluruh Malaysia.